Tuesday, May 31, 2011

Orang Buat Tarak Boleh, Kau Buat Boleh Pulak.

pernah tak jumpa orang yang jenis time orang buat tak boleh. kalau dia yang buat tak pe pulak. aik. waddehal kan?

contoh macam, dia gelar kita ngan nama bapak tak pe pulak. kalau kita buat macam tu kat dia. fuh.. habis la maki segala nama binatang kat hutan tu keluar. mak oi, mengata die tau marah pulak. kan??

tak pun, kita mintak pinjam barang dia sikit punya laaa bising duk kecoh. pinjam je pun. macam la tak boleh pulang balik. bukan luak pun. tapi kalau dia pinjam barang kita siap buat macam harta sendiri tu boleh pulak. adeh. apedehal la makhluk macam ni. kan? ^_^



manusia ni macam-macam la. kalau nak tulis semua jawabnya berkematu la jari. haha. lepas ni nak kawan ngan skeleton lak. ade bran? haha. ciss. tulis skeleton mentang-mentang dah lulus semua mata pelajaran berlagak kau cakap omputiss.

Monday, May 30, 2011

Mereka Yang Menjengkelkan

  1. mereka yang suka cakap besar. cakap berkepak-kepak. last-last hasilnya hampeh..sengal kan?


  2. mereka yang suka memaksa. dah orang cakap taknak. jangan la paksa. aish. cuba la guna kelembutan. ape la. ada akal tak nak guna. kau kasar. aku kasar dua kali ganda. padan muka. hihi. macam ganas je ayat ai kan.


  3. mereka yang perasan bagus. bajet dorang perfect. ish. memang tak boleh belahh r makhluk tuhan macam ni. hehehe


  4. mereka yang tak boleh terima pendapat orang lain. apa yang orang cakap bukan nak fikir. bawak masuk ke otak lepas tu muhasabah diri. ni tak. salahkan orang lain lak. aih. salah sendiri simpan lam poket. aiyoo..


  5. mereka yang mulut tak manis suka sinis. paham? means, suka perli-perli orang la. yang ni pun kes perasan diri tu malaikat la. perfect sangat. mulut tu pulak jenis tak bertapis. adeh. memang menyakitkan hati jiwa dan raga sepenuhnya la.


  6. mereka yang jenis ukur baju di badan orang lain. ada paham? buat sesuatu semua nak ikut orang. padahal kemampuan diri tu terhad. aisehh. tak boleh la macam tu cik kak. pape pun nilai dulu kemampuan diri. lain orang lain ukuran bajunya.

sekian terima kasih.

Yang Kecik Seronok Bercuti Sekolah, Yang Besar Tak Sabar Nak Kawen.

cewwah..masuk hari ni dah 4 hari cuti sekolah mula kan.(bagi pantai timur). syok kot dengar perancangan adik-adik Mish yang dah mula cuti skang. aiseh betul la. sampai budak-budak dah start cuti pun Mish still stuck kat hostel ni. ohmai..

adik-adik semua duk plan nak g lepak Mesra Mall la, main pantai la, pergi shopping sana la, berseronok sana la. bestnya. sabar..sabar. sikit hari je lagi nak balik. aiseh. 3hb. datangla cepat!

namanya cuti, mesti la budak-budak yang excited lebih kan. boleh la bangun lambat 2 minggu. lepas tu tak payah pakai baju sekolah apa semua. tak payah mengadap muka cikgu. tak payah cuak-cuak kalau ada keje sekolah tak siap. eh, tapi kalau cuti sekolah lagi la banyak kerja sekolah kan. haha. padan muka budak-budak.

dalam seronok budak sekolah bercuti, yang tua, remaja, muda dan mudi ni pulak duk syok menghitung hari nak kahwin. eh, ayat tu macam kahwin tu main-main je kan. tukar ayat yang mengghairahkan sikit. mereka yang tua, remaja, muda dan mudi pulak sedang berdebar menghitung hari menjadi raja sehari. cewwah. *yang berkenaan sahaja*

mentang-mentang la cuti sekolah. semua pakat nak wat kenduri.

dekat FB pun ramai duk invited untuk ke majlis perkahwinan si polan dan pulin la. padahal sumpah ai tak kenal. so, just klik no no dan no jela. susah jugak zaman moden ni. main jemput je orang merata-rata. kang kalau yang tak kenal tu semua datang. haru la jawabnya. gulai tak cukup, nasi tak cukup. haha. senang je orang kawen skang kan. jemput kat FB. jimat duit nak cetak kad kawen. haha. my future hubby, t kita kawen jemput camni gak ke eh?*berangan jap*

yang si mak dan ayah mempelai ni pun mesti duk sibuk duk jemput sedare mare dan kawan-kawan semua. bizi manjang. mana yang lebih duit duk sibuk cat rumah la apa la. bagai nak raya bunyinya. hehe. hari bersejarah kan. harusla nampak style dan kelass sikit dari biasa.

seronok dengar orang nak kawen. eh, tetiba.

hehe. curi picca from my kazen,s FB. sweet kan baju kawen dia. simple je. pheww. dah la laki doctor. aiseh...naseb badan.


psst~
pelajar U yang cuti pun duk bizi buat kerja part time. ai yang student final sem ni? apa kes terlekat kat hostel lagi? adoi.

Saturday, May 28, 2011

Puas Walaupun POKAI

phew. nasib baik la 3hb ni family datang jemput Mish kat Sungai Buloh ni untuk diterbangkan menaiki Toyota Unser ke Dungun, Terengganu. harusla Toyota Unser sebab namanya adik beradik ramai kan. dengan barangnya lagi. mak aih..so, kalau pokai pun tak de la terasa teraniaya nak beli  tiket bas yang harganya bersamaan 3 tiket wayang kat Midvalley dan satu set combo 5 kat GSC punya tempat jual popcorn tu. haha. annoying kot ai buat perumpamaan harga tiket ngan wayang kan.

elaun bulan ni tinggal kurang dari suku je lagi. sedih je bunyi. tapi bunyi je sedih. taipnya tak sedih pun. sebab Mish rasa puas giler kot bulan ni punya elaun. dihabiskan untuk beli barang-barang yang bukan untuk dimiliki. mak aih..awat ai rasa ayat ai kali ni cam klasik dan berbelit je. aigoo.

seperti yang anda semua sedia maklum (ayat skema habis), bulan ni birthday Athirah, Iman dan Umi. so, banyakla stok hadiah yang perlu dibeli. mak ai. masa nak beli tu tak rasa sakit lagi. bila dah beli. fuhh. berdenyut gak kepala bila kire balik semua. haha. ikhlas najihah. ikhlas. tak baik menyesal. tutup mata, redha je la.

 ni hadiah untuk Iman. haha. setakat iman je pun. dah tau iman takkan pandainya bukak blog ai. sebab tu tayang suka-suka je hadiah dia ni. sekarang ni dia memang suka sangat tengok game Plant vs Zombie. suka tengok. tak suka main sebab dia baru 2 tahun, takkan nak ajar berjinak-jinak dengan keyboard dah kan. aiyaa. jem a adik ai nanti. agak-agak Iman takut ke Iman suka ea ngan patung Zombie yang menyeramkan nih. haha.

psst~
opss..terupdate la puloks.