Thursday, September 29, 2011

Faedah dan Kelebihan MERUNGUT.

Siapa yang tak suka merungut insyaAllah dia orang yang baik. Tapi Mish tau semua orang suka merungut. Pasti merungut walaupun sikit. Jangan mandai nak cakap ampa tak pernah merungut eh. Cubit peha kan. Hahaha. Perlu ke cubit peha? Opss!

  • Dengan merungut, orang yang mendengar rungutan kita tu akan tau kita ada masalah. So, mereka takkan bagi kita lebih masalah sebab kalau dia bagi jugak masalah, maka dia kena dengar lagi rungutan dari kita.

  • Orang yang mendengar rungutan juga akan menghulurkan pertolongan untuk meringankan beban rungutan kita. In case orang yang mendengar tu baik hati la. Kalau Mish, harem. Tak kuasa ai. Haha. Boleh?

  • Rungutan juga boleh sebabkan anda kehilangan kawan. Kawan pergi? Oh sukanya. Tak perlu berkawan ramai-ramai. Tak perlu nak jaga hati orang ramai-ramai. Boleh macam tu? Sendiri pikir. Haha.

  • Jika blogger yang suka merungut, itu amattt baik. Sebab rungutan boleh dijadikan idea untuk mengupdate blog. Jadikan benda yang dirungutkan tu sebagai entry anda. Wahh.nice-nice. Hahaha. Secara tak langsung, kita meluahkan apa yang kita rungutkan. Ringan kejap beban baca komen orang.


So apa lagi. Jom pakat merungut semuaaa! O yeahh..

Psst~
Semakin hari semakin fed up kerja. Uhh..annoying. (eh, ni kire merungut ke? Haha)

Wednesday, September 28, 2011

Budak Sekolah??

" eh eh adik..datang cnie amek MC ye? jumpa MA dulu ye."

" ni datang klinik ni mesti kes nak ponteng kelas kan dik kan?"

"eh, adik..mak mana? datang sorang je ke?"

" adik UPSR ea tahun ni? camane exam? "

"datang ngan cikgu ke tadi dik? "



hampeh tak soalan-soalan kat atas tu? mentang-mentang la hari ni Mish pakai baju sukan sebab ada gotong-royong kat rumah Warga Emas. diorang main perli pulak. panassss weyh.. hahaha..

tak pe tak pe. lepas ni nak makan calciyummmmmmm tu banyak-banyak. 

Tuesday, September 27, 2011

Lelaki Cinta Game dan Bola

  • Sanggup berjaga malam, tidur lewat untuk main game. Aishh. Ace kalau ada anak nanti, sanggup tak berjaga lewat malam jaga anak eh. Ops!
  • Dating yang 5 jam dipendekkan jadi 2 jam sebab nak kejar bola kat tv.
  • Sanggup pergi cyber café untuk online game bila internet kat rumah down. kalau mak suh beli kicap sebotol pun liatt giler nak keluar.
  • Bila dah layan bola. Mesej awek pun bo layan je. haishhh. Awek kena la paham-paham time ni. sikit sakit hati la sebagai seorang awek. Haha.

Itulah dia bila lelaki yang cinta game dan bola bercinta. Ades. Annoyingkan? Annoying macam mana pun, hati dah sayang. Turutkan aje lah. Hoho…

Kat mana-mana pun Mish pergi mesti Mish jumpa lelaki-lelaki macam ni. haishh..kalau bab giler game tu, sampai sanggup duk terperap dalam umah cuti hujung minggu dengan melayan game. Mak aih..mau terkeluar kot bijik mata. Duk mengadap game aje kejenya. Mana la tak merajuk si makwe. Haha.

Yang giler bola pulak. Pantang keluar ngan awek, mesti ajak makan kedai mamak. Kedai mamak kan biasanya layan channel bola. Bila mata dah terpacak kat tv siaran bola tu, awek kena culik depan mata pun tak sedar. Ahaks.. over lak ayat ai eh.

Tapi,palinggg seronok bila pasangan tu ade minat yang sama. Sama-sama minat bola. Sama-sama minat game. Pheww. Mesti best kan. Haha. Best la sangat kot..erk..

Psst~
Mish nak cari lelaki yang minat korea. Ada ke? haha.

ini entry tengah-tengah kebosanan. mesti korang baca pun bosan kan?hahahah


Monday, September 26, 2011

Erk..Azabnya Beliau Mati.


AMARAN!!

MEREKA YANG GELI-GELI JANGAN TENGOK. SEBARANG KEGELIAN ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI!!

Haha. Dah macam filem seram je ayat kan.

YARKSSS!!

Sob sob. Malam ni jemput datang umah eh. Ada tahlil untuk cicak ni dan rakan-rakan cicaknya yang lain. Mereka dipercayai meninggal semasa sedang berusaha mencari makanan. Malang tidak berbau. Sebab malang tak pakai perfume. Haha.

Ni cicak yang kelima ditemui mati dalam keadaan tragis ni. cicak yang mula-mula Mish jumpa telah meninggal akibat tersepit di celah almari baju bilik member. Haha. Rakus sangat nak amek baju sampai cicak terkorban.

Padan muka cicak. Dah la berak merata.taik ko yang itam putih tu bersepah-sepah tau tak? Grrr. Ini la hukuman buat mereka yang mengotorkan rumah. Berak merata-rata. Kebersihan tu sebahagian daripada iman tau dak? Ish.

Bila tenung balikk..kesian ko kan cicak. Mati sekor-sekor. Anak bini ko mana? Ni ko mati ni, siapa nak bagi anak bini ko makan. Mesti sakit kan ko mati sebab semut-semut tu gigit ko. Hurmm…tu la, lain kali jangan sakitkan hati orang dengan taik hitam putih ko tu. Kalau ko nak pinjam tandas, aku bagi. Aku izinkan. Asalkan ko tarik flush setiap kali membuang ye.

 Ish..Bagi ceramah, bagi pinjam tandas segala bagai pun bukan jenis reti bahasa melayu cicak tu. Maka, korang-korang yang membaca ni tolong jadi cicakla kejap ye. Haha. 

Larikkkkk dulu. bye!!