Monday, January 20, 2014

Shaklee : Kelebihan Alfafa

alhamdulillah, tadi dua botol Alfafa dan sebotol ESP selamat sampai kat tangan Mish. hak hak. eksaited kau. esok boleh la breakfast minum ESP. lepas tu satu botol alfafa Mish nak hadiahkan kat umi. sebotol lagi untuk kegunaan sendiri semasa menyusu baby nanti. kata nak bagi exclusive breastfeeding kan. semangat haruslah terlebey kau. hehe.

bulan Januari ni ekceli bulan promosi untuk alfafa. kebanyakan set yang mengandungi alfafa kalau dulunya RM1XX. sekarang boleh dapat dengan RMXXje. auww. jimat berganda kau. antara set yang mengandungi Alfafa adalah :




untuk alfafa ada dua saiz botol. 
  1. saiz S ada 330biji. tahan untuk dua bulan.
  2. saiz L ada 700biji. tahan untuk 3 bulan lebih.
so korang bayangkan. sekali beli tahan berbulan-bulan untuk 19 khasiat tu. harga dah la murah. harga bahagi berapa bulan dia tahan. berbaloi beb. 




so, macam biasa, kalau berminat boleh contact Mish okey. bimbingan akan disertakan sekali. don worry. 


Thursday, January 16, 2014

Tendangan Bahagia

sedang berkursus ekceli. tapi tukang bagi kursus bagi take five yang lamanya macam take an hour kau. sempat la ngapdet kejap kan memandangkan perut ni asyik berdentam dentum je kena tendang ngan budak kecik ni. ntah apa la dia buat kat dalam tu. menari gangnam style ke anak oi. huhu.

kalau cerita pasal kena tendang, semua macam ngeri, seram kan. tapi ini la sejenis tendangan yang ditunggu-tunggu oleh perempuan mengandung. tak ngeri, tak seram. tapi bahagia. gembira. sukaaa sangat. tengah-tengah rilek tetiba perut macam berombak. tsunami perut kot. tak pun tiba-tiba kat pinggang rasa macam ada tulang nak keluar. owh, main acah-acah anak mama.

semalam, dia tengah duk diam. Mish ngan hubby pun terpikir nak usik dia kat dalam. kitorang cucuk-cucuk perut ni. first dia respon slow. cucuk-cucuk lagi, nahhh. menggelagak dia. haha. bekeng anak mama ngan papa ni ye. dia tak tau lagi nanti dia keluar lagi dahsyat kami nak usik dia. haha.

baby ni pandai, dia denar je suara encik suami ada dekat-dekat ngan dia tapi tak tegur dia, dia punya taktik mngeras lam perut. punya nak suruh papa main ngan dia. hamboii. anak papa betul ye.

dear baby, thanx for cheering up our life. thanx for this memories. please stay strong for mama and papa. okey. love you.

Monday, January 13, 2014

Gambar Parodi Kangkung

entry sebelum ni : Azam Semasa Mengandung : Exclusive Breastfeeding


glemer habis kangkong hari ni ye, siap-siap masuk instagram ngan facebook lagi. kalau belek news feed tu selang satu status kisah pasal kangkung. tak cukup hebat update status, upload gambo siap. hee. jom layan.

hiks. petang ni nak gi jenguk McD la. harga pun mesti murah kan sebab sayurnya dah murah. haha.

dan-dan buat iklan tenaga batin. ish.

kangkung meatball ala-ala meatball ikea katanya.

nak buat kenduri kot ni. haha. gigih siap peluk takut tercicir.

binatang paling happy la kot bila harga kangkung turun mendadak.

tak tau tak tau. hehe.
jangan lupa setiap kegembiraan atau khabar baik macam ni, ucapkan, Alhamdulillah.

Azam Ketika Mengandung : Exclusive Breastfeeding

alhamdulilah, dah masuk 32 minggu dah baby tecik dalam perut ni. tahap teruja sama naik ngan tahap ketakutan. teruja untuk bergelar ibu. teruja untuk berjumpa dengan si penendang hebat dalam perut ni. teruja nak terjun ke alam keibubapan. tapi terselit juga ketakutan bila memikirkan kedaan semasa dalam labour room nanti. ketakutan bila memikirkan tanggungjawab yang kan ditunaikan lepas ni.


semoga semuanya baik-baik saja. umi boleh beranak sampai sembilan orang, aku ni baru sorang. fuhh. semoga semangat dan kekuatan umi bersama aku.

ekceli, Mish nak kongsikan beberapa azam yang Mish sepanjang Mish mengandung ni. semuanya adalah cubaan untuk menjadi yang terbaik buat bakal baby yang keluar nanti. Antara yang paling utama, Mish nak cuba memberi exclusive breastfeeding sekurang-kurangnya sehingga baby berumur 6 bulan. ini bermaksud, no susu lembu atau susu formula, no air masak or whatever jenis air, no solid food sebelum umur baby 6 bulan. seronok tengok baby yang menyusu susu ibu ni. badan tegap-tegap. jarang dapat penyakit. cuma kerja macam Mish mungkin membataskan sikit perlaksanaan tu. tapi insyaAllah. Mish nak cuba. hee. misi mencari breastpump tak setel lagi. huu. mohon tipss daripada akak-akak berpengalaman ye. insyaAllah kalau berjaya sampai 6 bulan tu mungkin akan diteruskan sampai umur 2 tahun pulak.

Tips Bagi Menjayakan Exclusive Breastfeeding Bagi Mommies Yang Bekerja
1) Kumpulkan ilmu mengenai penyusuan susu ibu terutamanya maklumat berkenaan ibu yang bekerja. kena belajar google la teknik mengepam, jadual mengepam dan cara nak simpan susu yang dipamkan tu nanti.
2) Melaburlah dengan membeli pam dan peralatan menyusu yang bersesuaian dan mampu milik. setakat ni Mish aim nk beli Spectra 3 sebab ramai cakap bunyi dia tak kuat berbanding ngn pam letrik yang lain. elokla nak bawa kat tempt keje kan. tapinya, dia sedikit berat lol. hee. ikut keinginan nk beli medela freestyle. tapi ikut kemampuan Spectra 3  sudah memadai kot.
 3) Sediakan stok susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja. masa dalam pntang tu tk pe la kalau tak nak but stok pun kan. sebab memang 24jam ku boleh bertepek ngn baby. tapi dah nak masuk keje tu kena gigih la buat stok. lepas tu kena ajar anak minum guna botol. yang ni la sakit sikit biasanya sebab baby dah selesa minum direct tetiba rasa plastik. eh? hehe. pandai-pandaila cari puting yang berseuaian ye.
 4) Rancang masa dan tempat yang sesuai untuk pam. yang ni la Mish cakap pasal jadual mengepam tadi tu. kalau keje dari pukul 8pagi sampai 5petang, sekurang-kurang perlu mengepam 3 kali okey. klu boleh waktu yang konstinten la, supaya bila dah terbiasa nanti, sampai je waktu mengepam, susu dah tersedia. tinggal nak pam je. lepas tu cari la tempat yang kita rasa selesa. surau ke, stor ke. kalu nak pam kat meja pejabat pun boleh, beli je kain yang macam pashmina tu buat tutup.
 5) Beritahu majikan anda. yang ni penting la. senang. mana tahu majikan kita boleh bertolak ansur, dia siap sedia tempat lagi untuk kita ke. hehe. beritahu majikan supaya senang kalau dia tengok anda tak de kat tempat anda, dia tau la anda tengah projek mengepam. tak de la dia nak ganggu. 
 6) Percaya “Saya boleh”. Ibu yang menyusu ni, mindset dia kena sentiasa positif. sebab ia akn mempengaruhi pengeluaran susu. kalau kita rasa down, susu pun sikit, nanti baby nak minum apa. susu sikit ke, penat ke, tetap set dalam minda, "Saya boleh" " Saya nak memberi yang terbaik untuk anak saya".
7) Pengambilan makanan yang sihat. tak dinafikan, bila bekerja, jadual makan ntah kemana sebab terlalu sibuk dengan kerja. so, Mish  cadangkan pengambilan ESP Shaklee. kebaikan ESP untuk ibu menyusu memang banyak. tak caye boleh google.

boleh jugak belek brochure Susu Ibu Tiada Yang Lebih Baik Darinya...  mungkin kat situ lebih detail. hehe. semangat! semangat!!