Showing posts with label tips kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label tips kekeluargaan. Show all posts

Friday, June 5, 2015

5 Tips Pujuk Anak Supaya Suka Makan Sayur

Sebut je pasal sayur, mesti kanak-kanak dah tarik muka, mencebik dan tak kurang juga terus mati selera makan. Susah betul nak didik anak-anak ni makan sayur. Beri sayur macam kita beri racun pulak gaya kanak-kanak ni kan.


Tak payah cerita pasal orang lain, adik-adik aku sendiri pun tak de sorang pun yang makan sayur kecuali aku. kalau masak sup, daun bawang atau daun sup yang kita tabur tu pun diorang akan kutip satu satu untuk letak tepi. Mengucap panjang bila tengok.

So kalau boleh kami tak nak lah Amni nanti besar jadi macam tu. Sebab tu kena ajar dari kecil orang kata. hehe. So, disini aku nak share sikit tips untuk pujuk anak makan sayur. mana lah tahu besar-besar nanti Amni dah pandai memilih ke kan.

1. Berikan contoh yang terbaik
Corak pemakanan ibubapa biasanya mempengaruhi amalan pemakanan anak-anak dirumah mahupun diluar. Kalau ibubapa jenis tak makan sayur, anak-anak nak kenal sayur dari mana yedakk? Oleh itu, cara terbaik adalah mulakan corak pemakanan yang sihat dengan memilih sayur-sayuran sebagai contoh terbaik buat anak-anak anda. Kalau boleh jadikan sayur lauk wajib ada setiap kali waktu makan.

2. Jadikan sayur satu makanan yang menyeronokkan
Kanak-kanak suka bermain dan tidak kira waktunya. Jadikan anak kecil kita sebagai watak dinasor yang perlu makan tumbuhan seperti brokoli untuk hidup. Lima supan brokoli dapat memberikan si kecil anda tenaga untuk berlawan dengan dinasor lain, pasti mereka seronok dan secara tak langsung anak kita akan makan sayur-sayuran secara tidak langsung.

3. Jom sediakan makanan bersama-sama
Libatkan anak-anak anda dalam penyediaan dan juga membeli belah barang dapur terutamanya di bahagian sayur. Minta tolong mereka untuk bantu anda di dapur dengan membasuh sayur atau mencuba sendiri makanan yang mereka buat. Mereka tentu lebih teruja untuk makan makanan hasil air tangan mereka sendiri.

4. Pujuk mereka untuk cuba
Penyelidikan secara konsisten menunjukkan bahawa kanak-kanak pada mulannya menolak untuk makan sayur perlu didedahkan kepada mereka sekurang-kurangnya 8-10kali supaya makanan tersebut diterima. Oleh itu, ibu bapa tak boleh cepat berputus asa tau. Beri peluang kepada mereka untuk perlahan-lahan menerima kehadiran sayur dalam hidup mereka. Hehe.

5. Ubah persepsi anak-anak
Kanak-kanak kadang-kadang menganggap sayur ni sebagai satu musuh utama dalam makanan. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberitahu kebaikan sayur-sayuran kepada mereka. Beritahu mereka apa akan jadi kalau tak makan sayur. Jadikan aktiviti makan sayur-sayuran sesuatu menyeronokkan dan bukan sebaliknya. Berikan sayur-sayur yang bewarna-warni agar mereka tidak merasa bosan dengan warna yang sama.

Bagi kanak-kanak yang tak suka makan sayur, para ibu mesti lah pandai mempelbagaikan cara masakan supaya anak tertarik dan tak jemu untuk menikmatinya setiap hari.

Pelbagaikan Cara Masakan

Sup.
Sayur-sayuran seperti sawi, bayam, kubis dan seleri sangat sesuai untuk dijadikan sup. Tambahkan ayam dan telur dalam sup untuk memberi rasa yang menarik disamping melengkapkan nutrient pemakanan anak anda.

Goreng
Tak salah untuk memberikan anak anda sayur yang digoreng, tetapi ia haruslah digoreng dengan minyak yang sedikit dan jangan diigoreng terlalu lama untuk mengelakkan khasiat sayur itu hilang.

Celur
Celurkan lonnak merah, asparagus, brokoli atau bunga kobis dan cicah bersama mayonis atau sos. Tentu ianya menyeronokkan dan lebih berkhasiat berbanding makanan segera yang lain.

Kukus
Jika ingin mengukus sayur-sayuran, pastikan ia tidak dikukus terlalu lama kerana sayur yang dikukus terlalu lama boleh menjadi lembik dan tidak sedap untuk dimakan selain khasiatnya juga boleh hilang.

Salad
Cara paling mudah dan simple untuk menyediakan sayur-sayuran adalah mmbuat salad. Tambahkan sedikit buah-buahan atau kismis untuk rasa yang lebih seimbang dan menyelerakan bersama sos thousand island.

Kek dan roti
Jika kek dan roti menjadi si kecil, anda boleh menyediakan kek ataupun roti berperisa sayur-sayuran seperti kek lobak merah atau roti kentang.

Jus
Sayur-sayuran juga boleh dijadikan jus. Tak salah rasanya anda cuba buat jus daripada timun dan lobak merah buat si kecil. Anda boleh menucbanya dan jadikan ia minuman kegemaran di rumah.

Lepas ni boleh la praktik kan. Kalau anak-anak tetap juga tak nak makan sayur, cuba bagi diorang Vitalea for Kids. Perisa anggur. InsyaAllah khasiat sayur yang diorang tak dapat dari pemakanan seharian tu boleh di 'top-up' melalui suplemen ini. 


kalau berminat boleh lah contact kita ye.
Vitamin Cantik Sihat
sms/ WhatsApp : 0139139891
email : najihahsahami@gmail.com
Jadual pengambilan berkesan akan diberikan secara percuma
.

Monday, December 16, 2013

Tips Sebelum Dapat Anak


seriously Mish main tibai je tajuk tu. malas nak pikir. ada lebih kurang 2 bulan lagi sebelum i nak jadi mak-mak ni kn. so, entry pun dah ke arah mak-mak kn. padahal mak belum beranak. haha. lantakkk la. layankan je. :p

simpan cuti.
yang ni Mish tekan sangat dalam diri Mish. tengah duk kumpul cuti banyak-banyak untuk di bawak ke tahun depan. senang. memang la cuti bersalin nanti Mish nak ambil 3 bulan. tapi ni Mish spend cuti in case baby tak sihat, atau pengasuh ada hal ke apa ke. tak logik plak Mish nak bawak baby gi tempat keje kan. sah-sah la kena amik cuti. semua ni Mish belajar dari umi. so, cuti biar terlebih.

nanti kalu lebih cuti banyak-banyak boleh goyang kaki kat rumah. yeehuuu!

berjinak-jinak dengan kanak-kanak.
yeahh..kalau yang tak suka kanak-kanak tu boleh dah slow-slow pegi jalan umah jiran yang ada anak kecil. main-main dengan budak kecik. try test dukung baby seround dua. perhatikan apa yang normally budak selalu buat. kenalpasti perangai-perangai kanak-kanak. senang la nanti nak tackle hati anak sendiri. dah tackle anak sendiri baru senang nak didik dia. right?

okey, my husband tak reti kendong bby baru lahir. kena asah ni. ayuhhh! siapkan parang tukul bagai. haha. come on sayang.

luangkn masa sebanyak boleh dengan pasangan dan keluarga.
sebab nanti dah sibuk ngan anak dah. kita taktau anak tu nanti jenis banyak ragam ke tak. kalau tak banyak ragam, alhamdulillah, seronok nak bawak pi jalan-jalan. takde masalah. tapi kalau time sakit semua tu, masa dan perhatian konfem kat baby kannn. memang la orang yng busuk hati dan hatinya tidak redha akan cakap, tula, buat lagi anak awal-awal, kan dah takde masa untuk masing-masing. haha. gelak setan. rezeki anak tu lgi indah. masa bertiga tu nanti lagi indah. Allah aturkan the best!!!


kenalpasti kaedah didikan anak.
cuba bawak berbincang dengan pasangan camane nak didik anak nanti supaya anak tak terkeluar cuan keluarga bahagia dan diberkati. contoh macam kena bertegas bab tu. bab ni. well, berbincang la semampu kamu ye. jangan sampai terpikir nak pukul-pukul anak sampai lebam plak. ingt, anak tu ibarat kain putih.

psst..Mish nanti memang tak leh ajar anak shopping kuat sangat. tak nak manja-manjakan sangat anak. tapi husband kata Mish selalu manjakan Iman. dia tak cakap depan-depan, tapi i know my husband very well. haha.

berbaik-baik dengan kenalan dekat dan jauh.
boleh pungut hadiah baby lebih sikit. haha. mommy materialistik!



Monday, November 11, 2013

Tips Untuk Suami Semasa Isteri Mengandung

Tips ni khas untuk suami-suami yang isteri atau isteri-isteri beliau mengandung je la ye. jika anda seorang suami, tapi isteri anda tak mengandung, mungkin boleh digunapakai sekiranya si isteri anda menghadapi saat-saat bulan mengambang. hikss. simptom dan perangai lebih kurang je. cuma kalau isteri yang mengandung, kena bayarrr lebih la... hehe

  1. Peka terhadap permintaan/keperluan.
    bila isteri mula tau yang dia mengandung, setiap permintaan tu memang agak kencang jugak la. kejap nak makan tu. kejap nak makan ni. kejap nak tu. kejap nak ni. boleh pening si suami kalau tak memahami. lepas tu kan, kalau misal kata, isteri ada sebut nak something ke..jangan peram lama sangat permintaan isteri tu. nanti hati dia membengkak. lepas tu mula la pikir, suami kita tak sayang kita la. suami kita tak bertanggungjawab la. bla bla bla. over kan perempuan punya pemikiran. yess. kami sentiasa berfikir di luar kotak. lepas tu perang dingin. haa. takmau takmau takmau. tapi sang isteri kena beragak jugak la ye. jangan ikut emosi sangat. kalau rasa si isteri belum makan dari pagi, cuba pujuk isteri untuk makan walaupun sikit demi bayi. jangan buat tak tau je. nanti isteri pikir, laki aku ni tak kisah agaknya aku mati kebulur pun. sobbss.
  2. Banyakkan bersabar.
    yang ni memang wajib la kan. banyak-banyak sabar ye wahai sang lelaki dalam menangani masalah perempuan ni. lagi-lagi time pregnant nih. emosi kejap ke atas. kejap ke bawah. tak leh salahkan perempuan jugak. masa ni hormon mana nak stabil. kadang-kadang, benda kecik pun boleh bawak rajuk yang panjang. suami kena pandai-pandai la ye. takkan masa bercinta je pujuk bukan main. buat video, nyanyi lagu, beli hadiah bagai. kannnn?? hehe
  3. Simpan duit banyak-banyak.
    serius kau yang ni. nampak macam materialistik kan, tapi hakikatnya, yang ni penting tau. saving. yess. menyimpan la sikit-sikit untuk beli keperluan bayi nanti. keperluan isteri masa mengandung lagi. kalau isteri mengandung, banyak jugak kena habiskan untuk kegunaan time mengandung je. selipar kena yang selesa-selesa kononnya. baju kena yang gebang-gebang ala-ala baju kelawar. semua butuh uang dong. barang bayi kalau anak sulong lagii la banyak guna duit. semua kena beli baru. hikss. Mish untung. sebab adik bongsu baru 5 tahun. so, banyak barang leh pawww dari umi je. selebihnya nak jugakkk beli baru. hee.
  4. Jadi la suami mithali. 
    ringankan beban si isteri sekali sekala tak salah. bukan dia mengandung anak orang lain pun kan. hehe. kalau isteri bekerja, sekali-sekala, tolongla isteri duk dapur. potong-potong bawang, sayur. teman isteri duk dapur. borak-borak tanya pasal baby, ada tendang ke tak. ada nakal-nakal ke tak. hikss. sweet je kan. kalau balik dari berjalan-jalan, sebelum tidur tu, urut-urut kaki isteri yang konfem penat duk bawak anak kita dalam perut tu. memang la kadang-kadang isteri menolak, sebab dia rasa macam menyusahkan. tapi be gentleman bro!! isteri sebenarnya suka ada orang bagi perhatian kat dia time-time dia rasa lemah. believe me. :)
  5. Puji Isteri.
    simple je kan. orang perempuan ni, bila dah mengandung. sebulan, dua bulan, tiga bulan, duk runsing pasal morning sickness je. mabuk-mabuk. muntah-muntah. dah masuk bulan-bulan seterusnya morning sickness pun dah kurang, runsing pasal perut makin besar. hiks. memang la besar kan dari hari ke hari, dah benih tu duk bercambah, membesar. seronokk tau. tapi tak seronok bila pikir, hilang bentuk badan. takut nanti suami cari lain. banyak kes yang kita dengar kan?? so, selalu la puji isteri awak tu. comel apa perempuan mengandung. naik seri wajah. perangai pun dah jadi cam budak-budak balik. selain dapat meningkatkan keyakinan diri si isteri, dapat hilang stress jugak tau. dapat tambah semangat jugak kita nak bawak kandungan ni. hee.
  6. Sama-sama berusaha menjadi yang terbaik.
    yeahh. tu yang terbaik. sama-sama jaga solat. sembahyang berjemaah banyak-banyak. sama-sama baca surah Maryam dan Yusuf yang dikatanya selusuh untuk perempuan mengandung. wallahu'alam. tapi umi nasihat suruh baca sama-sama. ngaji sama-sama. sweet kan. Mr. Arrogant pun menangiss kau. haha. selusuh terbaik adalah yang dibuat oleh suami tau. 
akhir kata, jadilah seorang suami yang SUPERB sepanjang isteri anda mengandung. semoga anak yang bakal dilahirkan nanti juga seSUPERB ibubapanya. :)



Tuesday, December 6, 2011

Tips Mengambil Hati Budak Kecik

selalu kita dengar tips amek ati suami, mertua, family dan yang sama waktu dengannya. jarang pulak kita dengar pasal amek ati budak kan. budak..ye..budak kecik. budak-budak yang kecik. apa, korang ingat budak kecik boleh layan kasar-kasar ke kalau nak bagi dia suka kat kita. espeselli korang yang nak mengorat janda anak berderet. memang patut baca lahhhh. haha.

  1. ketahui kesukaannya.
    lain budak lain benda yang dia suka tau. ada budak jenis suka mainan, ada budak suka citer-citer power rangers. ada jugak budak suka makanan. so, bila korang dah target kemas-kemas kesukaan budak tu, kalau korang jumpa mereka, ringan-ringan kan la untuk bawak benda yang dia suka. ahahaha. orang banyak duit boleh laaaa buat macam ni kan..ishh.

  2. bergurau.
    tahniah la pada sesape yang ada sense of humor. budak-budak suka orang macam ni. pandai bergurau ngan budak. ai yang melihat pun tergeli hati plus terusik hati. erkk. terusik hati? hahha. bahaya-bahaya. bila budak kecik dah suka ngan kemesraan kita..mesti dia nak jumpa kita selalu. plussss...dia senang nak ingat kita. ehee..

  3. sentuhan
    sambil-sambil korang bersembang ngan ahli keluarga budak kecik tu, tak kisah la mak ke kakak ke abang ke whoever okehh..belai-belailaaaa sikit budak kecik tu. mesti dia suka. pegang-pegang rambut dia ke. tapi kalau budak tu jenis tak suka di sentuh-sentuh pandai-pandai la. kang kena cop gangguan seksual pulak. maklum la, skang kan banyak penderaan seksual ke atas kanak-kanak. 
seronok tau baik-baik dengan budak kecik. diorang tak pandai menipu..diorang menghiburkan. Mish suka cium budak kecik, hilang semua penat ngan tensen kalau dapat peluk dan cium diorang. hehe. rasa macam tak nak bagi Iman besar..biar dia kecik camtu je. boleh? hahaha.

cakap ngan budak kecik ni, tak boleh marah-marah. tak boleh kasar-kasar. tapi, tak boleh lembut sangat jugak. haishhh.