Saturday, July 2, 2011

Tolong JANGAN Ingatkan Aku | Genap SEBULAN

kalau tanya Iman, "Iman, abang g ane?" Iman jawab, " Abang g skoloh:...
hari ni ramai sangat sebut pasal arwah.
hati jadi sebak.
jangan sebut nama dia depan aku,.
jangan cerita pasal dia depan aku.
jangan ingatkan kejadian 2 Jun itu depan aku.
tolong laa.
aku mohon.
hati aku sakit.
aku rindu arwah.

aku cuba jadi kuat.
tolong jangan rapuhkan aku.
jangan ingatkan aku.
aku dah redha.
tapi hati ni rindu.

aku bukak gambar dia.
dia senyum.
senyum kat aku.
manis giler.
aku nak sangat gambar tu bergerak.
aku nak tengok gelagat dia.
aku rasa dia tengok aku sekarang.

Ya Allah.
kuatkanlah aku.

hari ni, 2hb Julai, dah sebulan arwah pergi. tapi rasa macam baru semalam. betul la orang cakap, mula-mula arwah tak de, kita boleh kawal lagi kesedihan kita. tapi makin lama, makin kita teringat kat orang yang dah tak de tu. macam sekarang ni, kalau ada je yang sebut pasal arwah, cepat-cepat pergi tandas. sebak. tak tahan. rindu.

bila pergi kubur arwah, aku bukan nak sangat menangis. aku cuba tahan. sebab aku tau, tak baik menangis. tapi masalahnya. meman dah tak tahan. seriyes. air mata ni bukan ada remote kontrol nak tahan. sampai sekarang, even dah berpuluh kali pergi kubur arwah mesti berendam lam air mata. lemahnya aku..

al-Fatihah buat arwah.

Friday, July 1, 2011

Pengalaman Berlawan Dengan INCREDIBLE HULK.

tangan tengah terketar-ketar. bukan sebab tengah hot marah. tapi baru lepas tangani adik yang mengamuk bagai dirasuk jin. seriyes. dia kalau mengamuk, ikutkan hati pukul guna penyapu sampai patah pun belum tentu dia diam. dia mengamuk sakan just sebab kami tegur dia berebut belon dengan si Iman. adess. budak kecik tu pun satu.

dia pukul, sepak apa semua adik beradik yang lain. mula-mula Mish malas nak layan, sebab Mish ni bukan penyabar. tapi alhamdulillah tadi, Allah bagi Mish kesabaran yang kuat. lebam lengan, bercalar kaki apa semua dia cubit, gigit, sepak la. tapi sikit pun Mish tak marah. sebab api kalau lawan api, habis la. so, Mish pilih nak jadi air. cuba nak coolkan dia. Mish cuba ingatkan dia tentang arwah, tentang dosa buat macam tu kat kakak-kakak semua. tapi, haremm. sepatah pun dia tak dengar.

padahal dalam hati, panas jek tengok lengan bercalar. grr. kurang mas kawen aku. haha.

last-last, Mish cuba selawat, tiup atas kepala dia. Mish pegang kepala dia, tangan lagi satu pegang lengan. kuat gila budak ni. seriyes. lepas tu Mish baca ayat kursi. aa. sebab dah tak tau surah apa terbaik untuk keadaan macam ni. Mish ulang banyak-banyak kali. dia berhenti meraung. tapi tenaga still kuat. penat pegang okey. dah rasa macam totally spies pulak. haha.

dekat setengah jam kot bertarung dengan raksasa kerdil tapi kuasa macam Incredible Hulk. lepas tu Mish selow-selow tanya dia, adik nak marah sape sebenarnya? adik nak marah nape? adik dapat nape kalau marah-marah camni? tuhan tengok adik ni. malaikat semua duk catat dosa adik wat ke kakak-kakak. lepas tu dia jerit, nak gi mandi. fuh..mula-mula teragak-agak nak lepas ke tak. sebab bimbang dia terajang sliding door.

haha. memang happening a pengalaman malam ni. ades. tak pernah kot Mish biarkan badan ini disakiti sesuka hati. moral of the story, jangan berlawan dengan api. lagi satu jenis Mish, kalau orang yang marah-marah ni, Mish suka jirus air je. bia sejuk dan cool sikit. haha.

psst~
mungkin lepas ni kena bawak jumpa ustaz. kan??

Jerawat Naik Bak Itik Pulang Petang

Salam sejahtera, salam satu negara, satu bangsa, satu agama. haha. ok mengarut.

dalam sedar tak sedar, dah masuk bulan Julai. oyeah! saya hepi. tapi takde sebab. lain la kalau bulan 7 ni ada yang nak masuk minang ke apa kan. ahaks. bestnya. okeh miang.

mungkin sebab miang tu kot jerawat kat pipi, dahi, dan dagu ni tumbuh non stop. seriyes! rasa nak berus guna sabut kelapa je muka ni. tak pun guna kulit durian. err. bolehkan? haha.

sumber gambar dari sini.
sesiapa, ada tak produk ke petua ke nak guna untuk hilangkan jerawat ni sekali ngan parut-parut serta nenek moyang jerawat ni sekali. tak mau bagi dia tumbuh dah. seksa wok. nak amek gambar sendiri pun pikir doploh kali. aigoo. BELIA BENCI JERAWAT.

orang kata jerawat ni tumbuh bila tertekan. err. memang tertekan pun sehari dua ni. tapi logikkah? haha. memang logik pun sebab tekanan mempengaruhi pengeluaran hormon kita. nak tahu lebih lanjut pi google sendiri. penat ohh nak explain. nanti terkeluar landasan.

dan sebenarnya, tajuk tu nak cakap jerawat naik bak cendawan tumbuh lepas hujan. ahaks! jangan contohi penggunaan peribahasa yang bunguks macam tu okeh!