Assalam semua. terus je hapdet entry ni sebab excited nak mampus cuci pandangan mata yang tak hakiki tu. lepas excited terus mampus. haha.
minggu ni kolej Mish ada festival kebudayaan. biasanya kalau masa kami sem 1, 2, 3 dulu memang gila sangat event ni sebab nak kumpul kredit hour untuk Kokurikulum. tapi disebabkan peningkatan usia dan sem, kami dah tak payah nak join mende alah ni lagi. kami bebas!! hehe.
untuk malam ni, ada 3 kategori pertandingan iaitu dikir barat, koir dan sketsa. asalnya malas nak pergi sebab mood out of service kan. unfortunately, budak-budak ni duk ajak Mish pergi. sebagai seorang yang disayangi. harusla Mish akur kan. haha. sila tekankan ayat disayangi yea.
berdasarkan tajuk entry iaitu jatuh cinta tu, Mish kena fokus tang koir la. sebab Mish telah terjatuh cinta pada seorang pemain gitar untuk kos x-ray tadi. peh. nerd habis dress up dia. i loike! haha. dengan pakai spek bingkai penuh, pastu pakai kemeja. petik gitar. wah!! emosi sudaa! haha
tu jejaka first. second jejaka pulak adalah pemain piano. budak Occupational Therapy. ok! yang ni memang hensem. haha. giler gatal kan. masa dia duk main piano tu dah terbayang, ada putera raja datang lamar Mish sambil pegang bunga ros putih. oh, sweet. haha. berhalusinasi sudah. dasat dasat. kan. haha.
budak-budak ni mampu gelak dan geleng kepala je dengar Mish punya loya buruk. haha. padan muka. elok-elok aku nak duk bilik, ampa pi ajak aku cuci mata. nah...kang dah bersih mata aku. kua kua.
owh, sila la jangan ambil serius tentang entry ni oh. jatuh cinta je, tapi hati tak jatuh. so, hati ni masih suci ok. kadang-kadang menggedik untuk hilangkan stress adalah satu terapi tekanan yang baik jugak noo.
psst~
esok Pertandingan Tarian Kpop!! tak sabar nak pergi tengok. hehe. jom la ramai-ramai datang kolej Mish. (bajet cam nak ajak betul-betul la ni.)
