Monday, January 3, 2011

Lelaki Kaki Kikis.

hai peeps.makin lama makin suram lak blog ni i rasa. hehe. tapi tak pe, Mish setia disini merapu meraban ntah hape-hape. berceloteh ibarat muka mengadap cermin. bagi peringatan kepada diri sendiri mungkin. ehee.

lelaki kaki kikis? yeww...kalau perempuan biasa panggil pisau cukur kan. hehe. sama la perangai si kaki kikis ngan pisau cukur ni. bekerja dengan matlamat yang sama. menoreh duit pasangan kaw-kaw. jijik kan. hak hak. tak malu ke kalau lelaki yang bertitle kan kaki kikis ni? dah la sepatutnya dia yang dikikis sebab memang dah tugas lelaki mencari rezeki. tapi bukan dengan cara mengikis.

perempuan yang membiarkan dirinya dikikis pun boleh tahan senget jugak. apa yang speselnya kalau dapat si kaki kikis tu? lama-lama diorang naik lemak tau. aigoo. tak rugi pun korang tinggal lelaki macam ni. cam dayus je. tau makan duit perempuan. ish. mintak kita semua dijauhkan dari perangai dan orang sebegini.

lelaki macam ni just tau nak hidup mewah tanpa berusaha. hari-hari goyang kaki kat umah. nak topup phone pun minta si bunga topupkan. ceitt. tak malu. setakat sekali dua tu paham la. tapi ni kalau hidup ditanggung 60%. mau berhangenn omak! aihh.depa ni kalau dah sekali dibelanja, nak dibelanja lagi dan lagi. ketagih duit perempuan kot.

hak hak.tetiba emo semacam. well, u know me. budak emosi tak berapa nak stabil. benda yang tak de kena mengena ngan diri sendiri pun duk kepoh macam kena atas kepala sendiri je. hahaha.

Sunday, January 2, 2011

Kisah Masuk Asrama Sem Satu.

salam semua. alhamdulillah Mish sampai asrama tengah hari tadi. ehee. dah mula rindu famili ni. aihh..sabar-sabar. hehe. tadi adik Mish mesej cakap mereka dah sampai umah. waaa..alhamdulillah, semua perkara berjalan dengan selamat dan mengikut perancangan.

tadi masa salam-salam ngan famili. macam tak de feeling lak. tak rasa sedih. ehhee. maybe bagi korang biasala kot. dah biasa berjauhan. tapi bagi Mish. ish..dah lama tak jauh. setahun duk Terengganu. walaupun praktikal kat bandar. tapi tiap-tiap minggu balik. hurm. bapak kuat homesick dalam diri. haha. hari ni rasa excited lak. sebab boleh jumpa member kot. banyak gosip nak dikongsi ni. opss! haha.

teringat masa sem 1 dulu. huwaa. nangis kot lepas famili balik. ciss. malu je. tapi nangis kat toilet la. tak macho nangis depan orang. haha. masa famili nak balik tu. nak lambai-lambai pun cam dah plastik. pasal tahan sedih. hahaha. gelak la semua. anak manja nak bercerita ni. hihi. *malu*

masa mula-mula masuk asrama kolej ni, hari-hari telefon umi. ngadu pasal orientasi yang teruk vavavoom. agak-agak nak nangis. cepat-cepat letak. cehh...benci air mata!! tak kasi can nak bual lama. hehehe. tapi sekarang? ohho..tidak lagi. say never pada air mata. hak hak. gila bangga.

ala...dulu tu pasal first time duk jauh ngan famili. biasa before ni duk asrama pun area Terengganu je. sekarang ni Mish da macho la..apa barang nangis-nangis ni. *sila jelir dengan muka kiut yea memasing*

ok lah. nak turun makan. lapar derr. nanti sape-sape nak belanja Mish mekdi ke kepsi ke kat KL sila roger-roger ye. i on je. hehehe. salam rindu semua. *jelir*

First Time Update di KL!

uwah uwah..makin lama makin suram lak blog ni. ehem..anybody there?? uhuk2..ni semua Celcom Broadband la punye pasal. ntah bila nak kembali ke speed normal. ciss. ehee.

ok, kembali kepada topik berkenaan tajuk. ni first time Mish update entry kat KL okey. before ni semua entry Mish dari ladang Terengganu. kira ni first entry dari ladang Kuala Lumpur la. ehee. perlu ke bangga sampai taip entry? yeww.. geli je. ahaks! tak perlu pun kan. tapi biarlah. yang menaipnya siapa? dan yang lenguh menaipnya jugak siapa. uhuu..jawab sendiri.

pagi tadi abah dengan keputusan mengejutnya bagitau nak gerak 11.30 tengah hari. fuhhh. Mish yang duk lena tidor masa tu terus terbangun sebab sumpah memang tak packing paper pun lagi. malam tu tidur lewat. tapi duk wat mende yang ntah paper. adess. menyesal?uit...tak baik woo. hehe. kemas la mana barang yang lam list bagai lipas kudung. harap-harap tak de paper yang tertinggal. hehe.

2hb januari hari pendaftaran. kepoh kat member konon nak sampai kolej awal pagi. ehee. tapi tengok la macam mana. konpem sampai lewat lah. tau sangat. umi siap ajak shopping kat situ la sana la. alahai. pukul berapa la baru boleh ambil kunci. uhuks.

psst~
memerlukan setong Vaseline sekarang sebab bibir super duper kering. kena aircond. dah lama tak merasa aircond suhu tinggi. hehe. bibir pun dah shock!!



Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011 !!


waa..unbelievable kan. sekejap je masa berlalu. pencennya 2010 dan takhta kemudian diambil alih oleh 2011. hurmm. usia pun turut sama berganjak yea. well, happy birthday kepada mereka yang menyambut hari lahir pada bualn January ni. kamu orang yang tertua ok. hehe.

  • semua azam lama dah gubal belum? dah tubuhkan azam baru? wow!! semoga tercapai la hendaknya!!
  • semoga 2011 lebih baik dari tahun sebelumnya.
  • semakin terasa dengan pepatah, rumah kata pergi kubur kata mari. ish ish ish...
  • kita blogger, kita blogging, kita enjoy!! hehe. kurangkan buat hal, banyakkan buat entry. 
  • selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan!!

ok, tak tau nak merapu apa lagi. hehe. sekian terima kasih. opss! lupa. Selamat Tahun Baru 
sekali lagi. senyum sokmo deh!