Saturday, May 7, 2011

Harapan Lulus? | Selamat Hari Ibu

tadi first paper Mish dah berlalu. perasaa? erk! tertekan giler ok. ntah paper je soalan dia. adeh. nak salahkan soalan pulak. padahal salah Mish sebab tak terbaca soalan-soalan past year punya. namanya study last minit kan.

nak nangis air mata darah pun macam dah tak guna. dah lepas. so, hrapan sekarang, lulus pun jadi la. tak harap dapat tinggi-tinggi pun. asal lepas, dan boleh grade. ouh, wish me, wish me.

tak tau nape tadi masa jawab rasa macam tak confident sangat. nak goreng pun macam tak cukup bahan. adoi. nasib la.

sempena hari ibu ni jugak Mish tak nak terlepas wish Happy Mother's Day UMI!! dan jugak para ibu semua. Mish pun ibu jugak tau. ibu cacing lam perut. cepat wish! cepat! hahaha

Exam Buat TerRINDU Dia!

along : hello. mu duk wat pe tu?

lan : dop wat pape pun. nape?

along : lan........ aku exam esok. huhu. tapi baca punya baca tak dop pun yang masuk ni..:(

lan : laa. mu makan nape petang tadi?

along : hah? makan nasi lauk ayam. nape?

lan : tu la. lain kali makan la budu. baru ingatan kuat. kalau dop budu pun petai ke.

along : cait. *gelak guling*

lan : dah2. nafsu malas semata-mata tu. jangan ikut ngat. kata nak kawen. kalau belajor dop lepas nak kawen gane. haha.

seriyes rindu dia. kalau dulu setiap kali exam. setiap kali ada paper mesti amek semangat dari dia. rindu dia. sangat2.

nak cari dia. tapi skang kami dah lain. terpaksa tahan diri. rindu nak dengar nasihat sempoi dia. rindu nak gelak ngan dia. lamaaaa sangat tak tulis pasal dia ni. aihh. tiba-tiba malam ni teringat.

pujuk hati sendiri.

psst~
lan bukan nama sebenar ok!
btw, happy dengan life skang. tapi kadang-kadang ada time tertentu buat kita rindu suatu masa dulu. kan?

Friday, May 6, 2011

Exam Terakhir

pejam celik pejam celik, dah tiga tahun rupanya Mish duk kat kolej ni. memegang gelaran pelatih Program Penolong Pegawai Farmasi. dan ni merupakan tahun terakhir Mish kat sini. semoga exam yang akan bermula esok takkan menghalang Mish untuk tamat latihan bulan Jun ni. taknak repeat. tak nak ulang sem. tak nak sangkut. huhu.

tup tap tup tap. esok merupakan hari pertama final exam. waaa...rasa nak nangis guling-guling. lepas ni tak kan ada istilah final exam dah. sebab lepas ni dah kerja. harapan nak sambung belajar tu mungkin tipis sebab terikat dengan kontrak government. lagipun dah tua-tua ni rasa macam dah malasnak belajar. haha.

tapi semalam kawan ada ajak Mish amek PJJ kat USM. nanti la pikir balik. best jugak kan. hehe.

rasa cuak, berdebar, gelisah, kelam kabut, macam-macam rasa lagi la duk main kat otak ni. aih. esok first paper dah pun subjek killer. mampukah aku? erk!


Penangan Blog Ibu-ibu

Salam semua! hehe. terasa rajin sangat nak update sekarang ni. makin dekat exam makin ai semangat nak berblog. adoi.

tadi masa duk layan blog ni, macam biasa la. pi jalan-jalan baca entry-entry yang berkenan di hati. tapi malam ni terasa nak baca blog para ibu-ibu. tak tau nape. seriyes. mula dengan blog Kak Izan, Dua Hati Menjadi Satu. rasa macam terhibur lak baca setiap entry dia yang duk cerita sal family. rasa eksaited nak kawen bila tengok kak Izan ni duk bercerita sal anak-anak. perangai budak-budak ni kadang-kadang buat kita tertawa sorang-sorang kan? aih. bila la nak ada anak. uit. kawen belom daaa. haha. rindu Iman  *_*

lepas tu Mish suka baca blog Kak LM. nama panjang sikit, Lydia Miza, Hidup Itu Indah. akak ni rajin masak. seriyes. dulu pernah sekali rasa macam tak nak masuk blog dia sebab nanti mesti terliur. nak makan tak boleh pasal gambar je semata-mata. rasa macam nak je suruh kak LM post kan makanan tu. haha. akak ni skang ngah pregnant au. bestnyaaa! haha. gedik kan. camane rasanya kalau pregnant eh? aih, para ibu ni buat gua eksaited mau kawen deh. kah kah kah.

lagi sorang ibu yang Mish suka baca blog dia adalah Kak Diana, Senyum-senyum. for sure ramai kenal blogger rajin nih. sehari 2 3 sekali update. entry dia tak de lah terikat pasal famili. lebih banyak tang ragam manusia seharian. rajin dia olah dan jadikan satu entry kan. tak pernah kering idea. tapi seronok jugak bila baca part anak akak ni. nama Maisara kan sis kan?hehe.

agak-agak nanti kawen Mish terus berblogging ke eh? adeh.

nanti kalau dah ada anak, hari-hari ai update sal anak. anak kucing, anak tikus, anak lipas, anak ular, anak cacing, anak kepala, anak-anak. haha. indahnya angan-angan. mungkinkah realiti? aih..

kalau ada anak, mesti anak-anak aku hepi cz dapat ibu sporting macam ai kan? hahaha..CERIA~


psst~
terasa naluri keibuan la pulak malam ni. pangkat student pun tak lepas lagi. mati aku kena kapak ngan abah. haha