Monday, November 25, 2013

Sebelum Kita Shopping Barang Baby.....

Assalamualaikum w.b.t.

dah lama sebenarnya teringin nak pergi scan baby. teringinn sangat nak tahu baby boy or girl nih. sebab, selagi tak tau jantina baby, lagi tu Mish nekad tak nak beli barang baby lagi. haha. sengal kan. padahal banyak je baju unisex kat kedai-kedai tu. boleh je beli sehelai dua. tapi baby i dapat mommy gediks ngengada macam i ni kan, nak tunggu jugak jantina baby.

sekarang lebih kurang 24 minggu macam tu la kot. kata mereka yang senior, tak berapa nampak lagi jantina kalau pegi scan time ni pun. so hold dulu untuk 2 3 minggu lagi. sabar ye mama. sabar. padahal hati jiwa raga duk menggelupur dah bila tengok barang baby especially bila bukak instagram. gatal sangat pi follow instashop yang jual barang baby sape suruh kan. hikss.

boleh bayang betapa pokai purse aku lepas dapat tau jantina baby nanti. gatal-gatal tangan dah nak shopping ni. tahannnn je nak shopping.

skang ni kan baju pesen-pesen gini yang ngah trending untuk baby-baby.  baby pun ada fashion oiii!

tapi umi cakap, masa newborn tu takyah beli baju bebanyak. sebab baby cepat besar. kalau baby boy lagi senang. baju Iman dulu banyakk lagi yang elok.

Friday, November 22, 2013

Keutamaan

kalau ikutkan dalam Islam, for sure la suami jadi keutamaan kan. tapi bila dah mengandung ni, terbalik pulak. memang la best, tapi kadang-kadang rasa bersalah pulak. rasa macam isteri yang tak sempurna pulak. rasa macam membuli suami pulak. rasa macam kesiannn je. hikss.

kat kedai makan, time nak pilih menu. bila aku suh dia pilih menu, dia suruh aku balik. main suruh-suruh sampai kesian kat waiter. last-last aku mengalah. en suami kata, makan ikut kata baby. haha. banyakla alasan dia. kalau la baby boleh request, ui, tak termampu nak layan.

kalau time aku nak masak. aku tanya dia, hari ni rasa nak makan apa. aku bagi contoh lauk yang ada dalam peti sejuk. then nak bakar ke, goreng ke, masak merah ke, sup ke pape je la kan. setakat yang aku reti buat. untungnya laki aku jenis tak berapa gemar gulai. hikss. selamat laaa. sebab aku memang xberapa teror bab gulai-gulai ni. last-last jawapan en. suami, ikut sayang la. atau pun dia pilih yang paling simple. bakar je. cicah ngan air asam. sekali sekala tak pela. tapi kadang-kadang aku rasa macam dia ni saje tak nak nyusahkan aku. sifat yang baguss! tapi aku diburu rasa bersalah. haha. alih-alih aku buat je apa aku suka. kahkahkah.

cinta halal tu best!! saya sayang suami saya. :)

Friday, November 15, 2013

Siapa Pun Kita

walau sehebat mana pun kita,
ingatlah kuasa Allah lagi maha hebat,
sekejap je Dia boleh buat kita jatuh bergolek lantaran riak dan besar diri kita.

jadi, walau siapa-siapa pun kita kat atas muka bumi ini,
walau sesedih mana pun kita, ada yang lagi sedih.
walau sesusah mana hidup kita, ada yang lagi susah.
walau sebahagia mana pun kita, ianya ujian dari tuhan.

jangan lalai hanya kerana kau merana.
jangan berhenti berusaha hanya kerana kau dah mencapai cita-cita.

mungkin bahagia kita hari ni kerana luka masa lepas.
mungkin takdir kita hari tercipta kerana takdir masa lalu.
mungkin kita yang hari ni tak mungkin begini tanpa pengalaman dulu-dulu.

belajar bersyukur. belajar berterima kasih. belajar untuk sentiasa memandang ke bawah.


**terima kasih masa lalu. terima kasih atas pengalaman itu. terima kasih atas rasa itu. terima kasih atas kesempatan itu. teruskan apa yang sedang berlaku. jangan menoleh dan biarkannya membeku. 

Monday, November 11, 2013

Tips Untuk Suami Semasa Isteri Mengandung

Tips ni khas untuk suami-suami yang isteri atau isteri-isteri beliau mengandung je la ye. jika anda seorang suami, tapi isteri anda tak mengandung, mungkin boleh digunapakai sekiranya si isteri anda menghadapi saat-saat bulan mengambang. hikss. simptom dan perangai lebih kurang je. cuma kalau isteri yang mengandung, kena bayarrr lebih la... hehe

  1. Peka terhadap permintaan/keperluan.
    bila isteri mula tau yang dia mengandung, setiap permintaan tu memang agak kencang jugak la. kejap nak makan tu. kejap nak makan ni. kejap nak tu. kejap nak ni. boleh pening si suami kalau tak memahami. lepas tu kan, kalau misal kata, isteri ada sebut nak something ke..jangan peram lama sangat permintaan isteri tu. nanti hati dia membengkak. lepas tu mula la pikir, suami kita tak sayang kita la. suami kita tak bertanggungjawab la. bla bla bla. over kan perempuan punya pemikiran. yess. kami sentiasa berfikir di luar kotak. lepas tu perang dingin. haa. takmau takmau takmau. tapi sang isteri kena beragak jugak la ye. jangan ikut emosi sangat. kalau rasa si isteri belum makan dari pagi, cuba pujuk isteri untuk makan walaupun sikit demi bayi. jangan buat tak tau je. nanti isteri pikir, laki aku ni tak kisah agaknya aku mati kebulur pun. sobbss.
  2. Banyakkan bersabar.
    yang ni memang wajib la kan. banyak-banyak sabar ye wahai sang lelaki dalam menangani masalah perempuan ni. lagi-lagi time pregnant nih. emosi kejap ke atas. kejap ke bawah. tak leh salahkan perempuan jugak. masa ni hormon mana nak stabil. kadang-kadang, benda kecik pun boleh bawak rajuk yang panjang. suami kena pandai-pandai la ye. takkan masa bercinta je pujuk bukan main. buat video, nyanyi lagu, beli hadiah bagai. kannnn?? hehe
  3. Simpan duit banyak-banyak.
    serius kau yang ni. nampak macam materialistik kan, tapi hakikatnya, yang ni penting tau. saving. yess. menyimpan la sikit-sikit untuk beli keperluan bayi nanti. keperluan isteri masa mengandung lagi. kalau isteri mengandung, banyak jugak kena habiskan untuk kegunaan time mengandung je. selipar kena yang selesa-selesa kononnya. baju kena yang gebang-gebang ala-ala baju kelawar. semua butuh uang dong. barang bayi kalau anak sulong lagii la banyak guna duit. semua kena beli baru. hikss. Mish untung. sebab adik bongsu baru 5 tahun. so, banyak barang leh pawww dari umi je. selebihnya nak jugakkk beli baru. hee.
  4. Jadi la suami mithali. 
    ringankan beban si isteri sekali sekala tak salah. bukan dia mengandung anak orang lain pun kan. hehe. kalau isteri bekerja, sekali-sekala, tolongla isteri duk dapur. potong-potong bawang, sayur. teman isteri duk dapur. borak-borak tanya pasal baby, ada tendang ke tak. ada nakal-nakal ke tak. hikss. sweet je kan. kalau balik dari berjalan-jalan, sebelum tidur tu, urut-urut kaki isteri yang konfem penat duk bawak anak kita dalam perut tu. memang la kadang-kadang isteri menolak, sebab dia rasa macam menyusahkan. tapi be gentleman bro!! isteri sebenarnya suka ada orang bagi perhatian kat dia time-time dia rasa lemah. believe me. :)
  5. Puji Isteri.
    simple je kan. orang perempuan ni, bila dah mengandung. sebulan, dua bulan, tiga bulan, duk runsing pasal morning sickness je. mabuk-mabuk. muntah-muntah. dah masuk bulan-bulan seterusnya morning sickness pun dah kurang, runsing pasal perut makin besar. hiks. memang la besar kan dari hari ke hari, dah benih tu duk bercambah, membesar. seronokk tau. tapi tak seronok bila pikir, hilang bentuk badan. takut nanti suami cari lain. banyak kes yang kita dengar kan?? so, selalu la puji isteri awak tu. comel apa perempuan mengandung. naik seri wajah. perangai pun dah jadi cam budak-budak balik. selain dapat meningkatkan keyakinan diri si isteri, dapat hilang stress jugak tau. dapat tambah semangat jugak kita nak bawak kandungan ni. hee.
  6. Sama-sama berusaha menjadi yang terbaik.
    yeahh. tu yang terbaik. sama-sama jaga solat. sembahyang berjemaah banyak-banyak. sama-sama baca surah Maryam dan Yusuf yang dikatanya selusuh untuk perempuan mengandung. wallahu'alam. tapi umi nasihat suruh baca sama-sama. ngaji sama-sama. sweet kan. Mr. Arrogant pun menangiss kau. haha. selusuh terbaik adalah yang dibuat oleh suami tau. 
akhir kata, jadilah seorang suami yang SUPERB sepanjang isteri anda mengandung. semoga anak yang bakal dilahirkan nanti juga seSUPERB ibubapanya. :)