Thursday, July 9, 2015

AMNI : 1 Tahun 4 Bulan

Lip lap lip lap...dah nak masuk setahun setengah pun umur Amni. Ya rabbi, rasa macam baru semalam beranakkan Amni. Cepatnya masa berlalu. Amni pun dah besar sekarang. Dah lincah. Dah pandai cari pasal dengan mamanya. haha.



Tahun ni merupakan tahun kedua la beraya dengan Amni. tahun lepas raya pertama tanpa papa sebab encik suami kena oncall, so tahun ni memandangkan beliau dapat cuti belajar, makanya tahun ni sakan lah sikit rayanya. haha.

Hari tu terbaca kat facebook. umur budak setahun lebih ni biasanya akan ada sifat tantrum. Sifat ingin memberontak. uii...cuak dengar kan. Sebab pengalaman ada adik 8 orang tu sangatlah betul. Amni ni pun sekarang dah ada sikit-sikit tantrumnya tu. Tapi takdela tahap menangis jerit-jerit dalam shopping mall, terguling-guling atas lantai macam pak cik-pak cik nya. haha. Cuma hari tu bawak pergi beli barang dapur, dia cakap 'Nakk..' bila dia nampak biskut. Amni ni memang jenis nampak pape pun memang dia jawab nak. kau tanya 'Amni nak adik tak?'. Tu pun dia jawab nak tau. haha.

Berbalik kepada cerita, lepas aku cakap, 'No, Amni..kat rumah kan dah ada...' terus dia hempas bontot atas lantai. haha. geli hati tengok...dah pandai dah ye..cepat-cepat aku dukung dia ajak tengok gambar baby kat bahagian pampers. hikss. nasib baik makan dek pujuk.

psst..sebenarnya rasa dah lama tak bercerita pasal Amni kan?

Tips Jimat Semasa Membuat Persediaan Raya

kurang dari 10 hari lagi kita nak sambut hari raya kan? alhamdulillah, tahun ni memang tak gelabah mencari baju raya sebab dah buat persediaan seawal bulan 5 lagi. haha. eksaited mama nak oi..meh nak share tips supaya jimat masa buat persediaan raya.



1. Buat persediaan awal.

Macam yang aku buat tahun ni, buat persediaan seawal mungkin. awal bulan 5 aku dah start cari kain untuk baju kurung dan jubah. hantar kat tailor siap-siap. akhir bulan 6 dah boleh ambik. hahaha. first time rasanya baju raya siap seawal ni. seronok habaq hang. rasa hari-hari pegi try baju tu. kah kah kah. Baju encik suami pun beli sikit-sikit. Sekali gaji beli sikit, sekali gaji beli sikit. takde la terasa sangat duit mengalir bak air kan?

2. Membeli semasa ada jualan murah

Alah membeli, menang memakai. Tak semestinya barang yang banyak diskaun tu barang tak berkualiti. Kualiti sama je, cuma mungkin stok yang tahun lepas atau yang lama sikit, sebab tu dapat murah. Apa kesah, yang penting baru..tak gitu? Beli yang mahal pun, tahun depan kalau tak habis harga jadi murah jugak. hee. Baju Amni pun banyak je aku beli masa ada sale. Almaklumlah, baju budak lagi mahal dari baju dewasa. sobss.

3. Asingkan duit yang nak ditukar siap-siap.

Yang ni pun sama, 3 bulan sebelum tu dah simpan rm100 dari duit gaji untuk tukar nanti raya. so dapatlah rm300 lepas 3 bulan. tak de la sedebuk nak tukar rm300 tu. terasa wooo. Lagi-lagi kalau baju raya tak cari lagi. lari bajet dik oi.. sekurang-kurangnya kalau nak tambah pun keluarkan sikit je lagi untuk top up kann? tahun ni bajet kecik, so paham-paham la ye adik-adik. haha

4. Buat sendiri kuih raya.

Belajar buat sendiri kuih raya instead of membeli. kadang-kadang yang beli ni bukan sedap mana. nama homemade, tapi home dia tak tau la bersih macam mana kan? hee. bersangka baiklah ye. Tak reti buat kuih raya? alaahhh, kat facebook sekarang berlambak-lambak orang duk share resepi biskut raya, siap tak lokek dengan tipss lagi. Tinggal kita je nak buat ke idok. hee

5. Kurangkan pembaziran.
Contohnya beli apa yang perlu je. Kasut raya sampai nak sedondon ngan setiap jenis baju, rasanya tak perlu la kot. 10 pasang baju 10 pasang kasut lah ye? haha. okey, amalan syaitan yang direjam sangat. beli ikut keperluan je okey.

sekian tips dari saya. haha. orang kerja kerajaan patut amalkan ni sebab rasanya setiap kali bulan raya memang gaji akan dapat awal. nak menunggu ke gaji seterusnya jangan sampai ada yang makan maggi plak. eh, tapi maggi pun mahal skang kan? sobss.