Aku pun macam tu, lebih lebih lagi bila kita hanya memakai selipar apabila keluar ke temat tempat yang berpasir dan berdebu. lepas tu balik malas nak tonyoh losyen. Bila kaki dah berkerak baru nak bising. haha.
Getah betik
Selain enak dimakan, betik jugak mempunyai khasiat untuk merawat kecantikan wanita. Pilih betik yang tua, kemudian potong kecil. Jangan korang pilih betik yang terlalu muda tu pulak. Kesian baby betik tu nanti. hee. Sapukan getah betik pada tumit kaki. Gosok perlahan lahan dan biarkan ia kering. Kemudian, bilas dengan air bersih. Amalkan cara ini sekerap mungkin, kulit tumit akan menjadi lembut, halus dan rekahan akan beransur hilang.
Asam keping
Petua ni sangat mudah dan mujarab. Yang ni aku pernah cuba masa bujang bujang dulu. hee. Masukkan beberapa keping asam keping dalam baldi atau besen berisi air suam. Kemudian, rendam kaki anda selama 20-30 minit. Air rendaman asam keping ni jugak dikatakan sangat berkesan merawat tumit yang pecah selain dapat menghilangkan bau kaki dan melembutkan kulit. Almaklum la, kalau dah seharian pergi kerja pakai sarung kaki tu, semacam je baunya kan. Haha
Avokado
Avokado merupakan buah yang tinggi dengan vitamin E. Ia sangat bermanfaat merawat pelbagai jenis masalah kulit. Kisar isi buah ini hingga halus dan gunakannnya untuk menyental kaki anda terutamanya bahagian tumit. Biarkan ia kering selama 15 hingga 20 minit. Bila hingga bersih. Lakukan semnggu dua kali untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Minyak zaiton
Gosok tumit kaki ketika mandi dengan menggunakan batu sungai. Keringkan dengan tuala. Selepas itu, sapu minyak zaitun pada tumit kaki yang pecah dan kering. Sebaiknya gunakan minyak zaitun yang ori tu. Lagi best kesan dia. Hehe. Lepas tu pakai stokin atau sarung kaki. Seeloknya dibuat sebelum tidur malam. Amalkan setiap hari, anda pasti menawan bak puteri.
Kelapa parut
Kegunaan lain kelapa parut selain digunakan dalam masakan ialah, ianya juga sangat mujarab untuk merawat masalah tumit kaki bermasalah. Campurkan garam bersama kelapa parut untuk menjadikannya sebagai skrub. Gosok bahagian kaki dengan memberi tumpuan kepada tumit. Gosok secara perlahan-lahan antara 3 hingga 5 minit. Kemudian, bilas bersih. Kelapa parut akan membantu melembap dan melicinkan kulit manakala garam pula membuang sel kulit mati.
Tepung beras
Ini juga merupakan petua yang paling mudah untuk diaplikasikan dirumah sekiranya terdapat tepung beras di rumah anda. Gosok tepung beras yang dicampur dengan sedikit madu. Lakukan dengan kerap agar pecah pecah di bahagian tumit akan beransur pulih dan kulit akan menjadi lembut, halus dan cerah.
Herbal blend
Krim Herbal Blend juga sangat berkesan dalam merawat masalah tumit kaki pecah dan merekah. Hanya sapu sedikit Herbal Blend pada tumit kaki setiap malam sebelum tidur. Boleh juga digunakan sebagai losyen harian anda. Berminat untuk dapatkan Herbablend boleh la berurusan dengan kita ye. :)
Mudah dan sangat jimat untuk mendapatkan tumit kaki sehalus dan secantik puteri. Tak perlu keluarkan belanja besar untuk ber'pedicure' lagi.
1 comments:
nice tips. tq for sharing ;)
Post a Comment