Sarapan kami pagi ni, beli kat 7Eleven je. 180 baht kalau tak silap. boleh la buat alas perut. |
Selfie kejap sementara driver datang pick up. |
Gambar naik tuk tuk. hehe |
Amni macam biasa, nangis beria masa naik bot. haha.. |
Pharang Cave Island.
Turun je dari bot terus amek gambar. Itu wajib okey. |
Dinasihatkan, kalau amek private boat, duduklah kat pulau ni lama sikit, sebab kat pulau ni je macam boleh mandi kaw-kaw, boleh jalan-jalan tepi pantaui sampau Gua Phranang kat hujung pantai. Kitorang singgah sini takdela lama mana sebab ingatkan nanti kat pulau lain nak main air puas-puas lagi, rupanya kat lain tak sebest kat sini. Menyesal tak duk lama-lama.
Main lambung-lambung Amni. |
Kalau lapar boleh beli dari kedai atas boat tu. Yang depan tu adik aku okey, bukan tukang jual. haha |
Chicken Island and snorkelling.
tu haa..sebab tu la namanya Chicken Island, bentuk pulau tu memang macam ayam. Ayam jantan ke betina kena tanya ayam tu sendiri la ye. haha. Kat sini kitorang just berenti dan menikmati bentuk ayam tu je. Then terus gerak ke tempat snorkeling, area-area Chicken island ni jugak. Aku tak join snorkelling ni, adik ngan en suami je yang menyelam. Tapi menyelam lah sangat, haha sebab boat kitorang tu berenti kat tempat yang macam tak strategik sangat. Cukup sekadar celup badan, mereka pun naik. haha.
Tup Island.
Gambar tak ready lagi dia dah snap. Pftt. |
Aku beli nasi lauk paprik. Pedas sampai berasap telinga weh. Amni aku dah spare roti Gardenia dari Malaysia untuk dia. Lepas tu pemandu boat tu ada belah nenas dan bagi kitorang makan sekali. Manis sangat nenasnya. Pemandu boat kitorang ni walaupun tak reti bahasa melayu dan Inggeris tapi okey la...mudah berkomunikasi walaupun macam ayam ngan itik bercakap. haha
Haa..kalau korang jalan je straight kat belakang tu boleh sampai ke pulau tu. Sebab pasir kat sini tinggi sikit. |
Haa..nganga luas-luas. haha. Cantik kan air dia. Rindunyaaa... |
Poda Island
Nampak tak muka Amni mengantuk tu. Kesian dia. |
Kitorang tak salin baju pun, biar dia kering camtu je. haha. panas terik hoi, tak yah susah-susah salin baju, sampai darat nanti baju dah kering. Sekejap sangat-sangat kami berhenti kat sini, pemandu boat tu nak gi ngeteh pun tak sempat. haha. Ini la untungnya naik private boat, boleh berhenti lama mana kita suka. Boleh terus ajak balik bila dah penat. Hee.
Selesai sudah aktiviti hari kedua kami. Balik hotel dalam pukul 1 lebih. Sebelum balik cam biasa, beli pancake dulu. haha. Amni dah ketiduran masa dalam boat lagi.
Amni yang penat. haha. |
harga pakej?
1500baht untuk 4 Island Hopping with speedboat hari kedua dan Hot Steam Water Bath dan Emerald Pool untuk hari ketiga. Murah dan berbaloi sangat. (Ini harga yang kitorang dapat before kitorang naik private boat)
Tips nak pilih pakej?
Better korang spend time untuk pergi round round kat travel agency yang bersepah kat tepi pantai tu. Macam-macam harga diorang letak. So kena pandai pilih la. Malas nak gi survey? boleh je amek pakej kat hotel. Even hotel yang aku stay tu pun ada tawarkan pakej diorang, mula-mula dengar macam murah. Tapi akak yang aku jumpa kat lobi tu nasihatkan pergi survey kat tepi pantai. Lagi Murah.
Kitorang pilih Rungtawan Tours untuk buat aktiviti sebab antara banyak0banyak tempat yang kami survey, dia yang sudi bagi harga paling murah walaupun 50baht berbanding kat tempat lain. hee. Lepas tu dia punya pekerja pun baik dan peramah. Jangan lupa cari Rungtawan Tour tau. Pekerja dorang pakai baju warna pink. Gambar kedai tak snap la pulak. hee. Ampun. Gambar boat je yang ada. Boleh la daripada takde langsung kanssss...
0 comments:
Post a Comment