Bulan lepas aku berkesempatan menyinggah kat Kaison Sunway Putra. Punya lah dah lama mengidam nak masuk ke Kaison ni sebab hari-hari duk bukak instagram dan facebook personal shopper Kaison atau Ikea. Juling mata weh. tu baru tengok lam media sosial kan?
nak dimurahkan rezeki, kebetulan satu hari tu sorang member nak pergi ke Great Eastern untuk settle masalah insurans, aku pun menawarkan diri untuk teman la konon-kononya kan> padahal ada udang di sebalik batu. haha. Setel masalah insurans kitorang berpecah, kereta tinggal kat stesen LRT Cheras, aku naik LRT sampai ke stesen PWTC. dan disinilah ceritaku bermulaaa...haa..gitteww.
p/s : Amni aku tinggal umah pengasuh. haha.
|
Tergamam kejap bila nampak lambang Kaison depan mata sendiri. Yeehaa!! |
Kaison kat Sunway Putra ni terletak kat tingkat 3, berhadapan dengan Mr. DIY kalau tak silap. lagi la pencinta deko rumah happy kan main kan? Lepas shopping kat kaison boleh cuci poket kat Mr DIY plak. haha. Disebabkan Sunway Putra Mall ni kire baru lagi kan, so memang tak ramai langsung orang dalam mall tu. Macam masuk lam hutan pun ada, senyap sepi je. Kebetulan aku pergi tu hari bekerja, lagilah menyepi kan.
|
Wallpaper RM19,.90 segulung. *beliakkan mata. |
Masuk je dalam Kaison baru rasa macam nak menjerit sebab terlalu happy tengok barang-barang yang ada kat dalam. Murah dan sangat berbaloi. Tu adalah wallpaper yang orang duk gila sangat-sangat. RM19.90 untuk segulung. satu gulung dalam 10meter kalau tak silap. Aku rembat jugak dalam 3 gulung. haha. Tak perlu pakai gam, dia dah ada pelekat kat belakang. Memang memudahkan kerja orang yang malas macam aku ni. hehe,
Jam dinding pun banyak pilihan kat sana. Rambang mata. Boleh sangat setakat nak bagi hadiah orang kawen atau hadiah birthday. Harga kalau tak silap dalam RM16.90 sampai RM25+ kalau tak silap. Ni pun aku rembat jugak seketul. hehe.
Haaa...rambang mata tak tengok? kat sini je aku rasa dah naik sawan tengok semua ni. Maca bunga betul okey. Semua lawa. Semua nak sapu kalau ikutkan hati. naseb baikla berbelanja ikutkan poket.
|
Yang ni harga dia RM13.90 je. Aku amek la sepasu sebab warna purple kan. Gerramss nengok. |
|
Yang ni, rak putih harga RM75.90. Bunga atas tu RM15.90 je. Murah kan? |
Lukisan ni pun antara yang membuatkan jiwa sawan seketika. Dah la lawa gila, lepas tu murah gila. yang ni kalau tak silap RM69.90. Ikutkan hati memang nak beli, tapi mengenangkan datang dengan LRT. Haish, malula pulak nak usung mende ni naik LRT. Buatnya berhimpit nanti habislah hancur barang aku. haha. So, impian untuk memiliki ni aku simpan kemas-kemas dalam hati. Nanti datang dengan Mr. husband pulak.
|
tempat lilin ni harga dia cuma RM11.90. letak je sebelah rak tv atau kat kabinet tv...cun habis. hehe |
|
haa..yang ni pun lawa gantung kat dinding kan? RM14.90 je. |
|
Basikal ni harga dia cuma RM10.50. boleh letak atas kabinet atau divider ke. Konfem lawa meletopss. |
teruja tak tengok barang Kaison? Harga pun murah dan berbaloi kan? Aku rasa kalau rumah sebelah Kaison ni konfem atas almari, kabinet, dinding semua penuh ngan hiasan. haha. sesak mak oi.
0 comments:
Post a Comment