Friday, November 22, 2013

Keutamaan

kalau ikutkan dalam Islam, for sure la suami jadi keutamaan kan. tapi bila dah mengandung ni, terbalik pulak. memang la best, tapi kadang-kadang rasa bersalah pulak. rasa macam isteri yang tak sempurna pulak. rasa macam membuli suami pulak. rasa macam kesiannn je. hikss.

kat kedai makan, time nak pilih menu. bila aku suh dia pilih menu, dia suruh aku balik. main suruh-suruh sampai kesian kat waiter. last-last aku mengalah. en suami kata, makan ikut kata baby. haha. banyakla alasan dia. kalau la baby boleh request, ui, tak termampu nak layan.

kalau time aku nak masak. aku tanya dia, hari ni rasa nak makan apa. aku bagi contoh lauk yang ada dalam peti sejuk. then nak bakar ke, goreng ke, masak merah ke, sup ke pape je la kan. setakat yang aku reti buat. untungnya laki aku jenis tak berapa gemar gulai. hikss. selamat laaa. sebab aku memang xberapa teror bab gulai-gulai ni. last-last jawapan en. suami, ikut sayang la. atau pun dia pilih yang paling simple. bakar je. cicah ngan air asam. sekali sekala tak pela. tapi kadang-kadang aku rasa macam dia ni saje tak nak nyusahkan aku. sifat yang baguss! tapi aku diburu rasa bersalah. haha. alih-alih aku buat je apa aku suka. kahkahkah.

cinta halal tu best!! saya sayang suami saya. :)

2 comments:

adventure mama said... [Reply to comment]

beshnye mengandung...sume suami ikut kan...

Pha Is said... [Reply to comment]

bagus la kalau mcm tu.. buat apa nk rasa bersalah plak.. hehehe