Tuesday, December 16, 2014

Tips Minum Air Kosong 3 Liter Sehari.

Sekiranya anda mengamalkan pengambilan sebarang jenis suplemen pastinya akan ada nasihat supaya mengambil air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ianya bukanlah omong kosong penjual yang wajar anda endahkan.

Mengapa perlu minum air kosong secukupnya?

okey, bayangkan anda mengambil suplemen Vitamin C sebagai contoh. air kosong akan membantu badan kita menyerap kebaikan Vitamin C dengan lebih baik dan optimum. baru la segala khasiat Vitamin C tu akan tersebar secara sama rata ke seluruh badan kita.

Fungsi lain vitamin adalah untuk menyingkirkan toksin Air yang banyak diperlukan untuk proses pengangkutan toksin-toksin ini keluar dari badan kita. Jika kekurangan air, ianya boleh menyebabkan toksin tetap tersimpan dalam badan dan menyumbang kepada masalah krisis pemulihan (healing crisis).

Kalau tak minum air kosong, vitamin tu pun duduk setempat tu je dalam badan kita. Khasiat tak menyeluruh dan tak optimum la jadinya kan?

Secara puratanya, air kosong yang perlu diminum menigkut berat bada adalah sebanyak 1 liter untuk setiap 25 kg. So, kalau berat anda 55kg? Minum lebih kita kerap ke tandas, minum kurang, mungkin kita kerap ke hospital. Think wisely.

Cara minum air kosong yang betul.

ada sesetengah orang, bila cakap je 3 liter sehari, dia terus ambil sekali minum 3 liter waktu pagi. lepas tu tengah hari, petang malam tak de dah minum air kosong. Salah sangat-sangat cara tu okey. 3 liter tu adalah jumlah air yang perlu diminum sepanjang sehari. kalau kita minum 3 liter sekaligus, selain secara logiknya ianya tak mungkin, kita juga sedang membebankan pundi kencing kita. jadi, minumlah air kosong secara berpada-pada.

Tips cukupkan 3 Liter air kosong sehari sangat mudah.

#1 - Set Alarm 

Masing masing ada smartphone canggih canggih kan? so, gunakan sebaiknya demi kesihatan anda. hee. set kan alarm pada telefon anda setiap 2 jam pelu minum segelas air. let say segelas air bersamaan 500ml. Jadi, anda hanya perlu set alarm sebanyak 6 kali, and then, your 3 liters of plain water is done!

#2 - Minum menggunakan botol.


Yang ni hasil pengalaman sendiri. Minum air kosong dari botol lebih best daripada gelas. kalau minum dari gelas, nak habiskan secawan air kosong tu rasa macam nak buncit perut. haha. tapi kalau minum guna botol air mineral tu, rasa sekejap je habis setengah botol. So, bolehlah selamatkan bumi daripada pencemaran kan? Recycle balik botol air mineral tu demi kesihatan anda dan bumi. ehee.


#3-  Buat senggatan pada botol


Satu botol ni bersamaan 1.5 liter air. jadi buat senggatan masa pada botol tersebut. contoh pukul 10am, banyak mana air yang perlu anda minum. kalau boleh, before 2 pm, anda dah habiskan sebotol air 1.5liter ini dan seterusnya sambung untuk botol yang kedua. Its simple and fun! Ianya seolah-olah anda mencabar diri anda.

#4 - Minum air lepas solat.

Amalkan macam ni ye. konsepnya sama dengan yang set alarm tu iaitu 500ml untuk segelas air.
Selepas sembahyang subuh - 1 gelas air kosong.
Selepas breakfast - 1 gelas air kosong
Selepas zohor - 1 gelas air kosong
Selepas Asar - 1 gelas air kosong
Selepas Maghrib - 1 gelas air kosong
Selepas Isya' - 1 gelas air kosong
So totalnya 6 gelas air bersamaan 3 liter air kosong, DONE!

#5 - Air kosong campur perahan jus lemon

Ada yang jenis tak suka rasa air kosong yang payau payau tak de rasa tu. so solution untuk korang, dalam botol air kosong tu, korangkan masukkan sedikit perahan lemon. Selain dapat kebaikan air kosong, korang juga akan dapat kebaikan lemon tu sendiri. Nyam nyam. tapi jangan campur gula tau.


Thats all. Ada sesiapa yang nak share tips minum air kosong 3 liter sehari yang lain? jom jom share sama-sama.

Thursday, December 11, 2014

Hidup Tanpa Telefon

Zaman sekarang ni kalau tak de handphone macam susah sangat kan? lagi lagi kalau peniaga online macam saya. hurm..



dah masuk 5 hari ni tau handphone Mish rosak. Sedih banget. Contact number customer, order customer, contact number kengkawan, gambar-gambar Amni masa kecik, gambar masa mama papa Amni sebelum kawen, banyak sangat aih yang ada dalam handphone tu.

Zaman sekarang biasa la, ada memo pape, mesti save kat phone je. sudahnya bila handphone dah rosak macam ni, nak menangis bawah tangga pun tak guna kan? sobbss.

Lepas tu, Mish ni jenis kerja terpaksa berulang alik 25 minit ke tempat kerja ngan Amni. So Mish selalu terbayangkan kalaulah jadi pape kat tengah jalan, camane nak telefon suami nak minta bantuan kan? seram pulak tetiba. Mintak dijauhkanlah semua tu. huhu.

Ni kes Mish dah selalu berangan nak beli phone baru, terus dia rosak. haishh. Handphone ni pun ada perasaan rupanya.

Handphone. cepatlah sembuh...

Wednesday, December 10, 2014

Tips Hilangkan Parut

Ramai orang yang seram dengan perkataan PARUT tu. mengenangkannya saja boleh buat makan tak lalu. lagi lagi bila PARUT tu ada pada bahagian yang jelas kelihatan seperti di wajah atau tangan. Jenuh la duk fikir nak beli krim apa yang sesuai, nak kena mekap tebal tebal suapaya boleh tutup parut tu ye.

Meh sini nak share tips untuk hilangkan parut yang susah nak hilang ni. Seelok-eloknya diamalkan masa parut tu masih muda remaja la ye. Baru cepat kesannya.

#1 - PISANG
Ambil kulit pisang dan gosokkan pada bahagian badan yang berparut tu. amalkan setiap hari sebelum tidur. Disyorkan pisang lemak manis. Isi pisang kita makan, kulit pisang kita gosok kat muka. hee. kulit muka pun lebih lembut dan licinnnn je.

#2- KAYU MANIS
Kayu manis selain boleh digunakan sebagai rempah ratus, ianya juga bagus untuk hilangkan parut tau. Caranya, jadikan kayu manis sebagai serbuk. Saya dulu gosok-gosok kat lesung batu je. lepas tu titiskan beberapa titik air, dan oleskan pada tempat berparut tu. reaksinya mungkin sedikit pedih, so, saya tak syorkan pada kanak-kanak ye.

#3- DAUN SIREH MUDA
Tumbuk 10 helai daun sireh muda kemudian tampalkan pada tempat yang berparut. Amalkan selalu InsyaAllah nampak hasilnya. Selain hilangkan parut,  daun sireh juga dikatakan boleh menaikkan seri muka.

#4 - BERAS
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan. 

#5 - TIMUN
Kisar sebatang timun dan tapis airnya. Airnya boleh diminum manakala hampasnya ditampalkan pada muka. Biarkan selama setengah jam dan kemudian bilas dengan air bersih.

#6 - LIDAH BUAYA
Ambil sehelai daun lidah buaya dan bersihkan. Kemudian patahkan untuk diambil lendirnya. Sapukan lendir daun lidah buaya pada kawasan berparut. Sekiranya rajin diamalkan, parut cepat hilang, kulit lebih lembap dan segar.

Tapi kalau malas nak pergi cari daun sireh, malas nak pedih-pedihkan muka, malas nak mencari pisang..tapi tetap nak parut tu hilang mudah je. Boleh guna cara moden ni. hee.


Ambil sebiji Vitamin E Complex Shaklee ni dan cucuk kan jarum..lepas tu picit-picit bagi minyak Vitamin E tu keluar, then sapu je kat kawasan berparut tu. Selain tu, amalkan makan 1 biji Vitamin E setiap malam sebelum tidur, bukan saja membantu merawat kulit dari dalam, malah boleh membuatkan kulit kita terasa segar bak princess gitu bila bangun pagi. hee.

Duta Vitamin E mama. :)

Nak dapatkan Vitamin E Complex dengan harga istimewa?
like Vitamin Cantik Sihat
sms/ WhatsApp : 0139139891
email : najihahsahami@gmail.com
Jadual pengambilan berkesan akan diberikan secara percuma.