Wednesday, December 10, 2014

Tips Hilangkan Parut

Ramai orang yang seram dengan perkataan PARUT tu. mengenangkannya saja boleh buat makan tak lalu. lagi lagi bila PARUT tu ada pada bahagian yang jelas kelihatan seperti di wajah atau tangan. Jenuh la duk fikir nak beli krim apa yang sesuai, nak kena mekap tebal tebal suapaya boleh tutup parut tu ye.

Meh sini nak share tips untuk hilangkan parut yang susah nak hilang ni. Seelok-eloknya diamalkan masa parut tu masih muda remaja la ye. Baru cepat kesannya.

#1 - PISANG
Ambil kulit pisang dan gosokkan pada bahagian badan yang berparut tu. amalkan setiap hari sebelum tidur. Disyorkan pisang lemak manis. Isi pisang kita makan, kulit pisang kita gosok kat muka. hee. kulit muka pun lebih lembut dan licinnnn je.

#2- KAYU MANIS
Kayu manis selain boleh digunakan sebagai rempah ratus, ianya juga bagus untuk hilangkan parut tau. Caranya, jadikan kayu manis sebagai serbuk. Saya dulu gosok-gosok kat lesung batu je. lepas tu titiskan beberapa titik air, dan oleskan pada tempat berparut tu. reaksinya mungkin sedikit pedih, so, saya tak syorkan pada kanak-kanak ye.

#3- DAUN SIREH MUDA
Tumbuk 10 helai daun sireh muda kemudian tampalkan pada tempat yang berparut. Amalkan selalu InsyaAllah nampak hasilnya. Selain hilangkan parut,  daun sireh juga dikatakan boleh menaikkan seri muka.

#4 - BERAS
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan. 

#5 - TIMUN
Kisar sebatang timun dan tapis airnya. Airnya boleh diminum manakala hampasnya ditampalkan pada muka. Biarkan selama setengah jam dan kemudian bilas dengan air bersih.

#6 - LIDAH BUAYA
Ambil sehelai daun lidah buaya dan bersihkan. Kemudian patahkan untuk diambil lendirnya. Sapukan lendir daun lidah buaya pada kawasan berparut. Sekiranya rajin diamalkan, parut cepat hilang, kulit lebih lembap dan segar.

Tapi kalau malas nak pergi cari daun sireh, malas nak pedih-pedihkan muka, malas nak mencari pisang..tapi tetap nak parut tu hilang mudah je. Boleh guna cara moden ni. hee.


Ambil sebiji Vitamin E Complex Shaklee ni dan cucuk kan jarum..lepas tu picit-picit bagi minyak Vitamin E tu keluar, then sapu je kat kawasan berparut tu. Selain tu, amalkan makan 1 biji Vitamin E setiap malam sebelum tidur, bukan saja membantu merawat kulit dari dalam, malah boleh membuatkan kulit kita terasa segar bak princess gitu bila bangun pagi. hee.

Duta Vitamin E mama. :)

Nak dapatkan Vitamin E Complex dengan harga istimewa?
like Vitamin Cantik Sihat
sms/ WhatsApp : 0139139891
email : najihahsahami@gmail.com
Jadual pengambilan berkesan akan diberikan secara percuma.

2 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

Semua bahan dalam senarai tu akak dah cuba..memang parut kat muka akak dah hilang ..Dulu akak eksiden.separuh muka bercalar.memang parut teruk la..sekarang hilang dah..Shaklee je tak cuba lagi..hehe

Pha Is said... [Reply to comment]

nice.. petua pharmacognocy dari puan pamasi...