Showing posts with label anniversary blog. Show all posts
Showing posts with label anniversary blog. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Seronoknya Jadi Blogger Tak Kering Idea.

sebagai blogger, kita memerlukan idea untuk memastikan blog kita tak ditumbuhi sesawang. haha. malas atau rajin tu belakang kira. yang penting idea. bila ada idea semangat je nak menaip. sampai tak dan-dan nak surut jap dashboard orang. penuh ngan notification update dari blog korang je. haha. tu la jadinya kalau banyak idea. siapa yang setuju angkat bulu hidung tiga helai. kalau tak de bulu hidung tu pi suntik hormon cepat-cepat. tak stabil betul la.

"kalau ada idea pun kau bajet ada orang layan la idea ko tu?"

ui, kasarnya soalan der. tak kesah la ada orang baca ke tak, komen ke tak, bukak ke tak, what so ever laH! yang penting aku update. namanya blogger kan. kalau tak pedulik kat blog baik tak yah jadi blogger. rujuk entry INI kalau tak caya. baca komen-komennya sekali eh. haha. paksaan! blogger taip, tulis, reader baca, dan pikir, nak layan ke tak entry dia ni. haha. kononnya macam tu la kan.

bestnya kalau banyak idea macam Kak Diana ni kan. satu hari 3 4 entry. semuanya mantop! jeles Mish dibuatnya. ehee. 

pui...nampaknya hari-hari kena termenung kat anak tangga kedua tunggu idea datang mencurah-curah ke ladang gandum. kenapa anak tangga kedua? bukan ke sepuluh? erk, sebab umah Mish memang ada dua anak tangga je. hahha.

kalau keadaan kering idea ni berlarutan, alamatnya, lingkup la perusahaan Mish Lollypurp ni. ades. bankrap awal la Mish. 

babai!

Friday, June 10, 2011

My Dear MISH LOLLYPURP #1 tahun

Assalamualaikum w.b.t,

hai semua. ahaks! muka ceria berseri-seri ini pagi. tak guna Safi Rania ea. memang berseri semulajadi hari ni sebab my dear blog Mish Lollypurp ni dah cukup satu tahun. ya auw auw. kalau la belog ni anak, mesti dah boleh jalan kan umur setahun. tapi ini hanyala sebuah belog. kalau tuan tak pedulik, terencat la kau kat dunia maya ni. haha. jadi, belog ni baru setahun jagung lah kan. tak boleh lawan belog yang dua tahun jagung, 4 tahun jagung dan berjagung-jagung tu. hehe.

hai, saya newbie. sila tunjuk ajar saya yea.




serius rasa macam tak percaya je. dah setahun guwa berbelog. auww. rasa bangga jap sebab kuatnya saya dalam aktiviti ni. cuba korang bagi bola suh main. sumpah tak sampai 5 minit ai dah surrender. sayang lemak. tapi kalau berbelog. tak payah guna lemak. siap boleh buat lemak lagi. haha.

10 Jun 2010 adalah entry pertama Mish dilancarkan. ceit. guna ayat dilancarkan rasa macam dah jadi artis tak sedar diri pulak. start je 10 Jun, tapi aktif apa semua dalam bulan Ogos kot. masa tu baru la follower naik. eh eh. saya kumpul folower tak pernah guna taktik kotor ea. sori sikit. setakat yang Mish ingat Mish tak pernah la guna ayat "I FOLO U, FOLO I BALIK YEA..AUMM" . ada penambahan aumm disitu. bukan nak cakap ramai pulak orang suka belog ni. sumpah tu mengarut. tapi Mish bersyukur, sebab hodoh-hodoh isi belog ni pun, ada jugak yang polo molo eh. THANX!! walaupun sedar, ramai yang jadi follower tidur. abaikan.

10 Jun 2011 pulak, belog ni dah sedikit berusia. alhamdulillah dah ada 1400++ follower. tak berani nak letak angka tetap sebab takut kurang akibat ada yang unfollow belog serba tak best nih. haha. ai tak paksa okie ladies and gentleman. setakat entry ni ditulis, Mish dah ada 408 entry. wow! buat-buat mata bulat kejap. rasa macam ta percaya. rajin jugak aku menaip eh. haha.

entry ni harusla ditaip dengan rasa sedikit bangga kan. saya bangga menjadi seorang blogger. hehe. dan saya bangga ada belog sendiri. saya bangga belog saya tu dah cukup umur. banyak lagi sebab nak bangga ni. (kadang-kadang saya berpendapat kita harus berbangga dengan diri sendiri sebab kalau kita tak bangga, tak de orang lain dah nak bangga dengan diri kita. kan kan? ayat cover. haha)

psst~
kadang-kadang terfikir jugak, sampai bila nak berblog eh?