Friday, January 10, 2014

Mereka Yang Berhati Mulia

alhamdulillah sangat. sejak perut dah sarat ni, Allah aturkan manusia-manusia yang baik, bertimbang rasa dan memahami sangat. hehe. mana tak nya, perut dah nak meletopsss mak oi. jalan pun rasa macam kepala dulu baru kaki. eh, boleh macam tu? haha

tadi lantai farmasi kotor gila, dah sebulan kot Mish tak mop. tak larat dah sekarang oi nak mop-mop bagai. berdiri lama sikit pun dah cramp kaki. haha. so, Mish bajet nanti ada kelapangan la baru mop. bila ntah kelapangan tu ada. aiyoo. alih-alih pagi tadi, Mish nampak bos yang pegang batang mop. mengemop satu farmasi especially kawasan stor tu. sebab situ yang kotor sikit. ada sisa air terpercik la apa la. bagussnya bos saya.

alhamdulillah. bermakna, tak semua orang atasan berkira bab buat kerja ni. sudi lagi buat kerja makcik radicare. mekaseh bos.

lepas tu, Mish nanti kan nak cuti panjang untuk bersalin nanti. so, hajatnya, nak siapkan ubat packing banyak-banyak terus. tak de la menyusahkan orang yang ganti Mish nanti. perut dah boyot ni susah nak buat kerja banyak-banyak sebenarnya. duduk lama pun kebas pinggang. alhamdulillah ada PRA sudi tolong Mish. kadang-kadang jururawat yang free-free pun datang farmasi tolong Mish packing ubat.

lepas tu sekarang ni, kalau ada ubat atau benda-benda jatuh atas lantai, ramai je volunteer nak kutip. marah kalau Mish tunduk ambik. kesian katanya. nanti lagi sakit pinggang. ya Allah. terima kasih.



hanya Allah yang mampu balas jasa dan budi kalian.


Tuesday, January 7, 2014

Jom BerSHAKLEE!

Assalamualaikum w.b.t.

hai semua. tetiba mai semangat nak bercerita sal Shaklee yang tengah havoc havoc skang ni kan. seriesly, Mish bukan jenis makan benda-benda camni. semua bermula lepas Mish pregnant ni la, HB low memanjang. dan ada lagi beberapa entry duk bercerita sal HB yang tak naik-naik.


Mish dapat tau pasal Shaklee ni pun lepas duk gigih cari cara nak naikkan HB. banyak yang bercerita tentang kelebihan Vita-Lea. kira dia ni macam booster la untuk naikkan HB. yang tu salah satu contoh. skang ni Mish duk gigih makan Omega Guard untuk perkembangan otak baby selain nak kawal kolestrol dalam badan. sebab kolestrol Mish hari tu tinggi mak oi. dah tahap kena makan ubat. tapi takpe. Mish cuba dengan Shaklee dulu. tawakal. hee.

lepas ni nak grab ESP ngan alfafa. aum aum. lepas dah tau kelebihan Shaklee dengan badan sendiri baru kita akan jadik yakin. jom jom sape yang tak pernah cuba Shaklee ni. jomm sama-sama usaha.

sesiapa yang berminat dengan Shaklee boleh contact Mish tau. jangan sesegan.

WhatsApp : 0139139891
email : najihahsahami@gmail.com
myID number : 1092621

Sunday, January 5, 2014

1st Day Iman Bertadika.

Assalamualaikum w.b.t.

seronok je rasa cuti lelama. balik kampung, habiskan masa kat umah ngan family lelama. ouch. malasnya nak balik Bentong beb. rasa nak pencen je. haha.

balik kali ni bawak pengalaman baru. first time hantar Iman masuk tadika. rasa macam baru semalam duk kelek budak kecik ni atas dukung. nangis-nangis. hari ni dah mula sekolah pun dia. sekejapnya masa berlalu. hehe.

itupun puas pujuk suruh bangun. siap minta nak mandi air panas siap. tak nak air sejuk. adik bongsu kan. ikutkan je la. asalkan dia sanggup nak pergi sekolah. orang lain dah mula sekolah 1hb Januari lagi, tapi dia baru nak mula hari ni. 1hb Iman ikut famili pegi Putrajaya hantar adik kat sana. 2hb tu plak dia cakap malas. amek bantal, sambung tidur. apapuntakboley~~

mula-mula hantar tadi Mish plak rasa sebak tetiba. eh, dah kenapa? haha. sebak bila pikir boleh ke Iman tu sesuaikan diri kat sekolah tu. sabar ke cikgu yang ngajar Iman tu nanti. aish. macam-macam main dalam kepala ni tau. penyayang betul Mish ni kan. kah kah kah. tapi kejap je.air mata tak dan nak produce pun. terus think positif balik. hehe.

balik sekolah tadi pun Mish pergi amek. kebetulan cikgu yang pegang kelas Iman tu mak kawan sekolah dulu. terus je Mish tanya, Iman nangis tak? nakal tak? cikgu cakap tak. cuma bila suruh ngaji banyak-banyak sikit, Iman cakap lenguh dah. aiyayaya. kenapa kau macam ni adikkk. ahaha.

penangan anak bongsu kan. kat umah pun macam tu la dia. kalau tak kena ngan angin rajin, kita suh baca ke eja ke, dia buat dek je. rasa nak kenyek-kenyek cicah budu. kitorang pun tak paksa la kalau dia tak nak. budak-budak ni kena ada minat. baru dorang tak stress. haha. tak gitu para ibu. tapi rasanya, dalam ramai-ramai adik beradik, Iman ni paling untung la kira. umur 5 tahun tak penah kena hanger lagi. ui, kami dulu, malas ngaji je kena hanger tau. insaf~~

Wednesday, January 1, 2014

Senarai Klinik Untuk Scan 3D/4D

Assalamualaikum w.b.t.

skang ni memang musin scan 3D/4D tengah top dikalangan parents to be sekalian kan. imej dia lebih jelas walaupun Mish ekceli seram sikit tengok imej 3D nih. tapi malangnya tak banyak klinik yang sediakan perkhidmatan ni. mungkin sebab mesin 3D tu mahal kot. sesetengah klinik yang ada 3D ni biasanya akan ada 4D skali. 4D lebih kepada video kalau tak silap. yang 4D kita boleh tengok baby gerak-gerak. berenang-renang dalam perut. boleh tengok baby menguap. boleh tengok baby hisap jari. senyum-senyum. dap emm~

penat tau nak mencari klinik yang 3D dengan harga yang berpatutan. standard range harga dari RM80 hingga Rm 150 macam tu la kot. tak tau la kot korang jumpa tempat lagi murah atau lagiii mahal. haha. kopak poket lol.

okey, berikut list senarai klinik yang ada perkhidmatan 3D yang Mish tau. senang tepek kat sini. nanti anak kedua, ketiga kesepuluh, keseratus bleh pilih je memana klinik. haha. tapi rasanya dah anak ke sepuluh, seratus tu teknologi lagi canggih kot. silap-silap mak ayah boleh sentuh lagi anak lam perut tu. eh? perut tembus? haha. merapu. boooo~

psst~ Apakah Beza 2D, 3D dan 4D.

Terengganu

  1. Klinik Medik Bestari, Paka. (09-8278009) (RM100/4D)
  2. Pusat Perubatan Intan (09-6241458)
  3. Klinik Sulaiman, Jalan Tok Lam (lebih kurang RM200)
  4. Klinik Habibah, Paka (RM120)
Kuantan
  1. Klinik Doc W.Y KO (09-5667805) (RM85/3D, RM145/4D)
  2. Kuantan Medical Centre (09-5142828) (RM120/3D/4D/print out 1copy + consultation)
  3. Kuantan Specialist Hospital (09-5678588)
Negeri Sembilan
  1. Senawang Specialist Hospital (06-6751188)
  2. Klinik Rekha, Seremban (RM130/4D)
  3. Columbia Hospital Seremban (06-6011898) (
  4. Klinik Ravi (RM80/3D/4D)
  5. Klinik Thong, Bahau (06-4541048) (RM80/3D)
  6. Hospital Bersalin Sulkhimi, Senawang (06-6752560)
  7. Klinik Tawakal, Senawang (RM90)
Kelantan
  1. Pusat Perubatan An-Nisa' (2D/RM45) (rm??/3D)
  2. Klinik Ang,depan KB Mall. (RM180)
  3. Kota Bharu Medical Centre (RM250)
  4. Poliklinik Al-Hafiz (09-7430749) (RM80/3D)
tu je la kot setakat yang Mish rajin nak korek. kenapa 4 negeri ni?? sebab negeri-negeri ni je yang dekat ngan tempat kerja atau rumah Mish. so, potensi nak pergi klinik diorang ni tinggi la sikit. sekian.