Sunday, January 5, 2014

1st Day Iman Bertadika.

Assalamualaikum w.b.t.

seronok je rasa cuti lelama. balik kampung, habiskan masa kat umah ngan family lelama. ouch. malasnya nak balik Bentong beb. rasa nak pencen je. haha.

balik kali ni bawak pengalaman baru. first time hantar Iman masuk tadika. rasa macam baru semalam duk kelek budak kecik ni atas dukung. nangis-nangis. hari ni dah mula sekolah pun dia. sekejapnya masa berlalu. hehe.

itupun puas pujuk suruh bangun. siap minta nak mandi air panas siap. tak nak air sejuk. adik bongsu kan. ikutkan je la. asalkan dia sanggup nak pergi sekolah. orang lain dah mula sekolah 1hb Januari lagi, tapi dia baru nak mula hari ni. 1hb Iman ikut famili pegi Putrajaya hantar adik kat sana. 2hb tu plak dia cakap malas. amek bantal, sambung tidur. apapuntakboley~~

mula-mula hantar tadi Mish plak rasa sebak tetiba. eh, dah kenapa? haha. sebak bila pikir boleh ke Iman tu sesuaikan diri kat sekolah tu. sabar ke cikgu yang ngajar Iman tu nanti. aish. macam-macam main dalam kepala ni tau. penyayang betul Mish ni kan. kah kah kah. tapi kejap je.air mata tak dan nak produce pun. terus think positif balik. hehe.

balik sekolah tadi pun Mish pergi amek. kebetulan cikgu yang pegang kelas Iman tu mak kawan sekolah dulu. terus je Mish tanya, Iman nangis tak? nakal tak? cikgu cakap tak. cuma bila suruh ngaji banyak-banyak sikit, Iman cakap lenguh dah. aiyayaya. kenapa kau macam ni adikkk. ahaha.

penangan anak bongsu kan. kat umah pun macam tu la dia. kalau tak kena ngan angin rajin, kita suh baca ke eja ke, dia buat dek je. rasa nak kenyek-kenyek cicah budu. kitorang pun tak paksa la kalau dia tak nak. budak-budak ni kena ada minat. baru dorang tak stress. haha. tak gitu para ibu. tapi rasanya, dalam ramai-ramai adik beradik, Iman ni paling untung la kira. umur 5 tahun tak penah kena hanger lagi. ui, kami dulu, malas ngaji je kena hanger tau. insaf~~

6 comments:

Dzureen Darwis said... [Reply to comment]

anak bongsu memang hehehe

diana said... [Reply to comment]

hahha..tunggu dah ramai kawan nanti ok la dia..

missShila Nget said... [Reply to comment]

anak sedara pn baru masuk tadika haritu..

tanya dia, harini cikgu ajar ABC tak...?

dia kata, takde..cikgu kata xyah belajar..

sakit jiwa dengar..

Akeyla Azmi said... [Reply to comment]

alahai kak hihihi
ish.
betul, dulu qila kena hanger T_T sedihnyaaa hahah

Mak Lagenda said... [Reply to comment]

Tu trainning tu..sok2 nnt bila ada anak sendiri, dah ada pengalaman hntar anak ke sekolah

:)

MamaHarriz said... [Reply to comment]

slmt ke tadika iman heee..