Thursday, September 11, 2014

Pengalaman Saya Makan Set Mengandung dan Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak kongsi pengalaman makan set mengandung dan berpantang Shaklee. alhamdulillah, mula diperkenalkan dengan Shaklee semasa mengandung anak pertama. kiranya, tak terlambat la kan untuk mencuba. hehe.

Vitamin Pertama Saya.



masa mengandung 16weeks rasanya, HB saya yang memang dah rendah, jadik makin rendah. dah cuba macam-macam makanan yang saya google katanya boleh menaikkan HB. tapi sama jugak. still below 11 bacaannya. huk huk.

masa google tu banyak terjumpa artikel tentang Vita-Lea. teringin la pulak nak mencuba sebab macam dah nak muntah makan Iberet. bau dia kuat giler. pewarna pun kuat. Alhamdulillah, dua minggu pertama lepas ambil Vita-Lea, ada peningkatan.

Set Mengandung

lepas tu saya try Energizing Soy Protein (ESP) yang katanya hot selling. mula-mula minum, tak boleh nak telan sebab rasa dia. apatah lagi buat saya yang bukan peminat soya. tapi kata orang, tak kenal maka tak cinta. bila dah tahu resipi-resipi ESP yang ringkas dan sedap, terus saya jatuh cinta. sekarang saya dah masuk tin keempat bersama ESP.

baby yang keluar pun alhamdulillah kulit putih gebu. setakat 6 bulan ni, belum pernah sekali kulit dia terkena ruam. penangan ESP kot. hehe. masa pergi kerja pun masih boleh aktif masa bawak perut memboyot hari tu. masuk 28 minggu, saya mula mengambil Omega Guard untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan.

Set Berpantang



masih lagi setia bersama Shaklee. berkenalan dengan Shaklee bukanlah membuatkan saya taksub, tapi lebih kepada memberi kesedaran kepada saya tentang pemakanan seharian kita. Saya mengambil Zinc untuk mempercepatkan luka sembuh, vitamin C untuk membina antibodi tubuh dan memudahkan penyerapan zat besi, VitaLea untuk memberi tenaga sepanjang tempoh berpantang, Ostematrix untuk elakkan sembelit dan ESP untuk membekalkan tenaga berterusan di samping membanyakkan susu.

dan alhamdulillah, saya mendapat semua manfaat tu. tiada masalah sembelit, susu banyak dan tak terasa penat walaupun berjaga malam.

Istimewanya set berpantang lengkap ni, anda mendapat bonus untuk set menyusu sekali. Memang meriah susu setakat saya menggunakan set ni. Bangun menyusu malam-malam pun tak rasa penat. Selain tu, ada lagi bonus saya dapat, kulit pun makin cerah sekata hasil berESP dan Vitamin C. dalam pantang pun muka tak nampak pucat sangat. Malah berat badan saya yang naik 18kg semasa mengandung kembali normal lepas sebulan berpantang. I loikeee! All in one.

Berjimat dengan bijak bersama Shaklee.

saya SID anda,
Najihah (1092621)
0139139891
Fb : Najihah Sahami
FB Page : Vitamin Cantik Sihat
email : najihahsahami@gmail.com

Friday, September 5, 2014

Shaklee Memang Tak Bagus Pun

sekarang ni trend viral kat facebook adalah, Makan Shaklee Rahim Bengkak. lalu aku pun terfikir, kenapa makan Shaklee, rahim boleh bengkak? lepas tu mula la macam main telefon buruk tu, macam khabar angin yang tak penah dengar, kita dapat dengar, penyebab kanser la apa la.

aku pun makan Shaklee, alhamdulillah, rahim aku okey. kawan-kawan aku pun ramai yang makan GLA ni, alhamdulillah, takde dengar masalah rahim bengkak. masalah period makin stabil, jerawat batu makin pulih, dikurniakan rezeki anak. tapi tak pe. take it easy. hehe.

mungkin Shaklee ni memang tak bagus, sebab tu la Shaklee mampu bertahan 50 tahun dalam pasaran dunia..dan lebih kurang 25 tahun dalam pasaran Malaysia. Lama betul kan? Camane Shaklee boleh bertahan sebegitu lama andainya benar produk ni tak bagus, bagi kesan negatif pada pengguna. mesti la awal-awal lagi dah lingkup kan?

Mungkin jugak Shaklee ni tak bagus sebab terlalu banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum mengeluarkan sesuatu produk? kalau semua nak tahu, sebelum mengeluarkan GLA je pun, Shaklee amek masa 3 tahun R&D dan beberapa tahun selepas tu baru la GLA terhasil. mereka buat kajian untuk hasilkan Evening Primrose Oil pada mulanya, tapi mengambil keputusan untuk menghasilkan GLA in the end lepas mereka mendapati bahan active dalam EPO adalah GLA dan bunga yang paling banyak mengandungi GLA bukanlah Evening Primrose tetapi bunga borage. See? Betapa mendalamnya kajian Shaklee?

Shaklee ni memang tak bagus, sebab tu Perdana Menteri ke 4 Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, artis Rita Rudaini, Ayu Raudhah, Leuniey Natasha dan ramai lagi orang-orang ternama yang amalkan Shaklee ni sebagai supplemen yang mencukupkan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan. Mereka pun sedar akan kebaikan Shaklee sebagai supplemen kedua terbaik di dunia.

kita UP gambar instagram Rita Rudaini berShaklee sekeping. hehe. Alhamdulillah Rita masih sihat cantik menarik tertarik lagi sekarang. 

Betapa tak bagusnya Shaklee ni sebab banyak dapat feedback positif daripada negatif. terlalu banyak yang mendapat kebaikan selepas menggunakan produk Shaklee.

GLA bagus untuk kulit.

GLA bagus untuk kulit berjerawat

GLA mengecutkan cyst.

GLA bantu hamil.

GLA membantu menurunkan paras gula dalam darah pesakit diabetes.

janganlah kita menjadi manusia yang mudah dicucuk dan terus melatah tanpa usul periksa. belajar untuk menyiasat sebelum percaya bulat-bulat. Kalau tak betul, tak pasal-pasal jatuh fitnah. semua tahu kan apa hukum orang yang menyebarkan fitnah. Nauzubillah.

Kesimpulannya, Shaklee memang tak bagus pun. mata ke atas, tangan ke bahu. Hee. I love Shaklee. I love myself.

kalau nak order Shaklee jangan lupa contact saya ye.
your Shaklee Independent Distributor.
1092621
 sms/WhatsApp : 0139139891

Friday, August 1, 2014

Pengalaman Bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah

Assalamualaikum w.b.t.


tergerak hati nak bercerita pengalaman bersalin kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bila terbelek keywords kat Nuffnang tadi banyak yang mencari pasal ni. mesti diorang terjumpa entry Pengalaman Bersalin, Welcome BABY. takpe. ai paham.bab-bab nak bersalin ni, lagi-lagi anak first, memang berdebar dia tahap dewa punya kan. yelah, tak pernanh merasa. lepas tu niat hati mesti la nak pergi bersalin kat tempat yang kita yakin sikit kan.

sebab tu aku dah pasang niat dalam hati awal-awal lagi, nak bersalin kat HSNZ. semoga Allah permudahkan dan alhamdulillah, Allah makbulkan biarpun jarak dari rumah ke HSNZ adalah lebih kurang sejam lebih. Option pertama kalau kat tempat aku adalah Hospital Dungun.

sebab kenapa aku pilih HSNZ? ye, aku pilih HSNZ, bukan pusat bersalin swasta, dan bukan hospital daerah yang dekat rumah aku adalah..jeng jeng jeng. haha. ok poyo. dah jadi mak budak pun still poyo. grr.

paling utama sekali adalah kepakaran. yess. kita tak tau apa akan berlaku semasa proses nak bersalin tu kan, uri terbelit ke, anak lemas ke, tak de tenaga ke dan masalah-masalah semasa bersalin yang lain berlaku. di HSNZ, memang dah ada doktor pakar, so, kalau pape jadi, kita tak de la kena refer ke sana ke mari naik ambulans. cek jalan dua tiga kali. bertukar-tukar doktor.

alhamdulillah, Allah permudahkan untuk aku walaupun aku dah kehabisan tenaga nak push time tu sampaikan doktor dah suggest vakum masa tu.

jangan tak tau, kat HSNZ kita boleh pilih nak doktor lelaki atau perempuan tau. so, takde masalah kalau kita nak jaga aurat kita as a perempuan. doktor pun senang tolerate. nak kata misi garang? misi buat tak endah? tak pernah pulak aku dilayan sampai macam tu. alhamdulillah sepanjang aku di wad kelas tiga, kelas dua dan kelas satu semua staf sangat membantu dan memahami.

aku dah lupa nama jururawat masyarakat (JM) masa aku kat wad kelas dua. sangat membantu aku masa aku tengah sakit macam azab. dia banyak tolong amek kerusi roda, bawak aku pi bilik air, banyak tenangkan aku. so, tak de masalah staf tak peduli sepanjang aku kat sana. tak tau la korang. hehe. time nak menyusu baby for the first time pun, sampai dua orang jururawat dalam mengajar. haha. lucu hoi bila ingat balik.

setakat ada satu dua yang tak kena, contoh macam guard overaction, makanan tak sedap (pernah ke makanan kat hospital sedap? haha. jahat.), leceh nak melawat anak yang kat NICU dan sebagainya, biasala. tak semua benda sempurna kan? ingat hospital swasta sempurna sangat ke? my mom banyak lahirkan adik-adik aku kat swasta. ada jugak yang pahitnya. semua yang kita rasa leceh, rumit tu sebenarnya adalah untuk keselamatan kita. kang ada yang hilang anak, tertukar anak, tau pulak nak saman hospital kan kan kan?


nah. gambar terbaru Nur Amni Batrisya. dah 5 bulan pun anak dara sorang ni. semoga Allah terus melimpahkan rahmat, kesihatan dan rezeki yang melimpah untuk Nur Amni Batrisya.
=======================================================================

tu pengalaman peribadi aku sendiri. mungkin pengalaman kita tak sama manis, tak sama pahit. sekian, wassalam.

Tuesday, July 15, 2014

Pengalaman Berpuasa Sebagai Breasfeeding Mommy

Assalamualaikum w.b.t.


7hb Julai hari tu genapla Amni umur 4 bulan. Maafla gambar malas nak transfer dari henpon, kita pakai je yang ada dalam stok Facebook ye. haha.

Setakat ni Amni masih lagi menyusu badan walaupun banyak rintangan dan cubaan yang adaaaa je menghasut untuk campur dengan formula milk. i want the best for Amni. walau orang cakap leceh, renyah, cerewet dan potpepotpet, saya tetap dengan pendirian saya. selagi ada rezeki untuk Amni, selagi itula saya akan tetap memberi susu badan 100% kepada Amni. lagi 2 bulan je lagi, nanti dah boleh campur solid food. harap hati tak mudah goyah.

menyusu semasa bulan puasa ni memang mencabar weh. imsak pukul 5.35pagi contohnya, pukul 7 pagi perut dah berdondang sayang. tekak dah kering semacam. ya Allah, kalau tak kuat iman, tak puasa la jawabnya. haha.

rasa macam cabaran berpuasa masa menyusu lagi hebat dari masa mengandung kot. tahun lepas berpuasa dengan Amni berusia 2 bulan dalam perut. masa mula-mula puasa hari tu, hari-hari lepas balik keje lembik jugak la badan. tapi gagahkan diri juga masuk dapur sebab kat tempat saya ni pilihan makanan kat bazar tak begitu membanggakan. sobsob.

dah la stok susu dalam peti makin menipis. susah hati dibuatnya. waktu pam tak pernah terabai, tapi kuantiti yang dapat agak terjejas la jugak. tu pun nasib baikla bersahur minum ESP, makan nasi ngan sayur hijau..dah minum air masak banyak tiap-tiap malam. pernah sekali skip minum ESP, sekali perah dapat 3oz je. tapi orang kata jangan patah hati, kena cekalkan mindset kita. lepas tu tak berani dah nak tinggalkan ESP kesayangan. haha. sikit tak sikit, dapatla jugak menambah stok kan. huhu.

liplapliplap, dah separuh perjalanan kita di bulan Ramadhan. semoga kecekalan hati masih utuh. semoga rezeki dari Allah s.w.t terus melimpah demi menunaikan segala perintahNya.