Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Potong Stim Betol Laaa...

sebelum ni meroyan duk kat farmasi sebab tak de kerja nak buat. nak packing ubat, stok tak de. nak buat inden semua dah setel minggu lepas. punya bosan sampai boleh lepak kat kedai kopi sambil bergosip. eh, tapi Mish tak de la buat sampai tahap tu. abih daya pun Mish jalan kat kaunter pendataran tu je. ehee. beramas mesra auww!

(untung duk kat kaunter pasal boleh usha abang polis..hihi)

tapi lepas ni tak boleh dah. sebab? barang dah sampai. spoillllll giler tau tak.


see?stok dah sampai. nak kena kemas, rekod, kira dan bla bla bla. tak suka langsung kerja ni. tapi best gak. tak yah senyum sampai ke dahi. sebab duk kaunter kena amalkan senyum TIGA tau...korang sebut tigaaaa..haa.tu la senyum dia. manis tau! haha.

okeh, sape yang free goyang kaki, goyang gigi mai tolong ai!

psst~
esok kena pergi majlis Perasmian Minggu Pendermaan Organ Negeri Pahang kat Universiti Malaysia Pahang. aishhh.

Monday, October 3, 2011

Kenapa Perasaan Bosan Boleh Timbul Semasa Bekerja

Tak ada customer atau patient yang hensem-hensem.

Ehemm…ampa ingat ni tak penting ke? ish…sangat-sangat penting beb. Sebab tu mish buat point  yang teratas sekali. Cuba kalau customer, patient atau officemate korang hensem macam Lee Min Ho. Konfem hari-hari Mish pergi kerja. Sabtu Ahad sanggup pergi kerja tak bergaji. Haha. Over tak?

Asyik Buat Kerja Sama.

Hari-hari packing ubat. Hari-hari kira reten. Hari-hari siapkan inden. Hari-hari dispen. Dua kali sehari topup stok. Seminggu sekali cek rekod SPUB. Kadang-kadang naik muak la jugak kan. Nasib baik la sekali sekala boleh gak keluar pergi Hospital Daerah untuk ambil stok ubat. Kalau asyik terperap dalam farmasi tu je. mau meroyan ai. Haha. Aiseh..camane la father dan mother ai boleh kerja berpuluh tahun eh? Ish..demi rezeki kami adik beradik. Sobbsss…mood sedih pulopss.

Tak Ikhlas Melakukan Tugas.

Erkk! Tercekik je masa nak tulis sebab nih. Haha. Ramai ke yang terasa. Hoho. Harap-harap tak ramai la ye. Tak baikkk tau. Buat kerja kena ikhlas. Nawaitu mesti la kerana Allah. Baru la rezeki kita berkat. Buat apa-apa kerja pun kita jadi hepi. Hik hik. Betul takkkkk kawan-kawan??  Jadi lepas ni kita kena cakap, saya bosan datang kerja bila tak de kerja nak buat. Haha.

psst~
maaf la tak sempat nak merayappegi komen-komen kat umah korang. bizi lol. ni pun entry dalam draf. sob sobbssss!

Wednesday, September 28, 2011

Budak Sekolah??

" eh eh adik..datang cnie amek MC ye? jumpa MA dulu ye."

" ni datang klinik ni mesti kes nak ponteng kelas kan dik kan?"

"eh, adik..mak mana? datang sorang je ke?"

" adik UPSR ea tahun ni? camane exam? "

"datang ngan cikgu ke tadi dik? "



hampeh tak soalan-soalan kat atas tu? mentang-mentang la hari ni Mish pakai baju sukan sebab ada gotong-royong kat rumah Warga Emas. diorang main perli pulak. panassss weyh.. hahaha..

tak pe tak pe. lepas ni nak makan calciyummmmmmm tu banyak-banyak.