Friday, June 5, 2015

5 Tips Pujuk Anak Supaya Suka Makan Sayur

Sebut je pasal sayur, mesti kanak-kanak dah tarik muka, mencebik dan tak kurang juga terus mati selera makan. Susah betul nak didik anak-anak ni makan sayur. Beri sayur macam kita beri racun pulak gaya kanak-kanak ni kan.


Tak payah cerita pasal orang lain, adik-adik aku sendiri pun tak de sorang pun yang makan sayur kecuali aku. kalau masak sup, daun bawang atau daun sup yang kita tabur tu pun diorang akan kutip satu satu untuk letak tepi. Mengucap panjang bila tengok.

So kalau boleh kami tak nak lah Amni nanti besar jadi macam tu. Sebab tu kena ajar dari kecil orang kata. hehe. So, disini aku nak share sikit tips untuk pujuk anak makan sayur. mana lah tahu besar-besar nanti Amni dah pandai memilih ke kan.

1. Berikan contoh yang terbaik
Corak pemakanan ibubapa biasanya mempengaruhi amalan pemakanan anak-anak dirumah mahupun diluar. Kalau ibubapa jenis tak makan sayur, anak-anak nak kenal sayur dari mana yedakk? Oleh itu, cara terbaik adalah mulakan corak pemakanan yang sihat dengan memilih sayur-sayuran sebagai contoh terbaik buat anak-anak anda. Kalau boleh jadikan sayur lauk wajib ada setiap kali waktu makan.

2. Jadikan sayur satu makanan yang menyeronokkan
Kanak-kanak suka bermain dan tidak kira waktunya. Jadikan anak kecil kita sebagai watak dinasor yang perlu makan tumbuhan seperti brokoli untuk hidup. Lima supan brokoli dapat memberikan si kecil anda tenaga untuk berlawan dengan dinasor lain, pasti mereka seronok dan secara tak langsung anak kita akan makan sayur-sayuran secara tidak langsung.

3. Jom sediakan makanan bersama-sama
Libatkan anak-anak anda dalam penyediaan dan juga membeli belah barang dapur terutamanya di bahagian sayur. Minta tolong mereka untuk bantu anda di dapur dengan membasuh sayur atau mencuba sendiri makanan yang mereka buat. Mereka tentu lebih teruja untuk makan makanan hasil air tangan mereka sendiri.

4. Pujuk mereka untuk cuba
Penyelidikan secara konsisten menunjukkan bahawa kanak-kanak pada mulannya menolak untuk makan sayur perlu didedahkan kepada mereka sekurang-kurangnya 8-10kali supaya makanan tersebut diterima. Oleh itu, ibu bapa tak boleh cepat berputus asa tau. Beri peluang kepada mereka untuk perlahan-lahan menerima kehadiran sayur dalam hidup mereka. Hehe.

5. Ubah persepsi anak-anak
Kanak-kanak kadang-kadang menganggap sayur ni sebagai satu musuh utama dalam makanan. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberitahu kebaikan sayur-sayuran kepada mereka. Beritahu mereka apa akan jadi kalau tak makan sayur. Jadikan aktiviti makan sayur-sayuran sesuatu menyeronokkan dan bukan sebaliknya. Berikan sayur-sayur yang bewarna-warni agar mereka tidak merasa bosan dengan warna yang sama.

Bagi kanak-kanak yang tak suka makan sayur, para ibu mesti lah pandai mempelbagaikan cara masakan supaya anak tertarik dan tak jemu untuk menikmatinya setiap hari.

Pelbagaikan Cara Masakan

Sup.
Sayur-sayuran seperti sawi, bayam, kubis dan seleri sangat sesuai untuk dijadikan sup. Tambahkan ayam dan telur dalam sup untuk memberi rasa yang menarik disamping melengkapkan nutrient pemakanan anak anda.

Goreng
Tak salah untuk memberikan anak anda sayur yang digoreng, tetapi ia haruslah digoreng dengan minyak yang sedikit dan jangan diigoreng terlalu lama untuk mengelakkan khasiat sayur itu hilang.

Celur
Celurkan lonnak merah, asparagus, brokoli atau bunga kobis dan cicah bersama mayonis atau sos. Tentu ianya menyeronokkan dan lebih berkhasiat berbanding makanan segera yang lain.

Kukus
Jika ingin mengukus sayur-sayuran, pastikan ia tidak dikukus terlalu lama kerana sayur yang dikukus terlalu lama boleh menjadi lembik dan tidak sedap untuk dimakan selain khasiatnya juga boleh hilang.

Salad
Cara paling mudah dan simple untuk menyediakan sayur-sayuran adalah mmbuat salad. Tambahkan sedikit buah-buahan atau kismis untuk rasa yang lebih seimbang dan menyelerakan bersama sos thousand island.

Kek dan roti
Jika kek dan roti menjadi si kecil, anda boleh menyediakan kek ataupun roti berperisa sayur-sayuran seperti kek lobak merah atau roti kentang.

Jus
Sayur-sayuran juga boleh dijadikan jus. Tak salah rasanya anda cuba buat jus daripada timun dan lobak merah buat si kecil. Anda boleh menucbanya dan jadikan ia minuman kegemaran di rumah.

Lepas ni boleh la praktik kan. Kalau anak-anak tetap juga tak nak makan sayur, cuba bagi diorang Vitalea for Kids. Perisa anggur. InsyaAllah khasiat sayur yang diorang tak dapat dari pemakanan seharian tu boleh di 'top-up' melalui suplemen ini. 


kalau berminat boleh lah contact kita ye.
Vitamin Cantik Sihat
sms/ WhatsApp : 0139139891
email : najihahsahami@gmail.com
Jadual pengambilan berkesan akan diberikan secara percuma
.

AWAS, Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Ibu Hamil


Ramai dikalangan ibu hamil bertanyakan tentang makanan yang sebaik-baik diambil dan yang sepatutnya dihindari selama masa kehamilan. Almaklum la, semasa hamil ni macam-macam kita nak jaga sebab nak bagi baby dalam perut kita membesar dengan sihat kan? Lebih-lebih lagi bab pemakanan. Makanan-makanan yang disenaraikan perlu dihindari kerana boleh menyebabkan infeksi seperti salmonella, toksoplasmosis, listeria, E.coli yang dapat membahayakan bayi di dalam kandungan.
                                  
Daging mentah
Jangan makan daging mentah atau sushi atau makanan yang kurang dimasak kerana ianya mengandungi toksoplasmosis iaitu parasite yang akan menyebabkan jangkitan serius kepada janin anda dan juga E.coli, yang juga berbahaya kepada ibu hamil dan kandungan.

Sayuran yang tidak dicuci dengan baik.
Sebelum dimasak, ianya hendaklah dicuci dengan bersih untuk menghilangkan toksoplasmosis yang terdapat pada sayur. Ulam-ulaman dan salad juga perlu dibersihkan dengan teliti sebelum dibuat dimakan mentah. Kotoran yang terdapat pada kucing juga perlu dielakkan. Kalau boleh, elakkan bermain-main dengan kucing semasa hamil kerana kucing yang kotor terdapat toksoplasmosis.

Daging, ayam dan telur yang kurang dimasak atau mentah

Elakkan memakan hati ayam atau daging yang mungkin menjadi punca kepada salmonella. Pastikan juga pinggan, piring dan alat-alat masakan yang terkena daging ayam mentah sudah dicuci dengan bersih.

Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark atau ikan bersaiz besar.
Ini adalah kerana ikan-ikan ini mengandungi tahap merkuri yang tinggi di mana ia akan menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah yang banyak. FDA menyarankan supaya pengambilan ikan tuna dan ikan berukuran besar ini dihadkan kepada 12 auns seminggu.

Keju

Keju terutamanya daripada susu kambing serta susu yang tidak dipasteur mempunyai risiko pembawa listeria iaitu sejenis bakteria yang mampu menembusi plasenta dan menyebabkan jangkitan kepada janin. Listeria juga boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang dan keracunan dalam darah. Sebaik-baiknya elakkan mengambil makanan ini sehingga anda selamat melahirkan bayi.

Minuman beralkohol.
Telah terbukti bahawa minuman beralkohol boleh menyebabkan ketidaknormalan pada perkembangan janin dan boleh menyebabkan masalah emosional kepada bayi. Sebagai orang Islam, sememangnya agama telah menegah umat Islam meminum minuman beralkohol ini.

Kafein


Minuman berkafein wajar dielakkan kerana ia berpotensi menyebabkan berat bayi anda rendah, keguguran dan menghalang penyerapan zat besi. Apabila zat besi kurang diserap, maka sel darah merah kurang dihasilkan. Ini menyebabkan bayi tidak dapat membesar dengan baik. Contoh kafein adalah teh dan kopi.

Ingatlah, perkembangan bayi dalam kandungan anda bergantung kepada apa yang anda makan semasa tempoh kehamilan.

Aku dulu pun masa mengandungkan Amni memang jaga sangat bab makan. Terutamanya makanan fast food dan maggi-maggi tu semua. Maggi tu dah lupa dah bila last aku makan. Haha. Dah hasilnya, sampai ke hari ni aku dah macam terbiasa tak makan semua tu, nafsu nak makan semua tu tak selera. Tengok orang duk post makan McD, KFC apa semua tu. Alhamdulillah, air liur aku tak menitik. Haha. Semoga hati terus istiqomah.

Wednesday, June 3, 2015

Tips Kurus : 8 Makanan Untuk Berdiet


Ramai orang yang dah mula berkira-kira untuk menguruskan badan sempena Syawal yang bakal tiba. Ada juga yang mengambil kesempatan ke atas Ramadhan yang akan datang untuk mengamalkan pemakanan sihat sambil menguruskan badan. Jom semak apakah makanan makanan yang boleh membantu anda untuk tampil langsing di hari lebaran nanti. Baru lah cun pakai kebaya nuonya nanti..yedak?


1. Kurus dengan sup sayur

Makan makanan yang mengandungi banyak air seperti sup akan memberikan kesan cepat kenyang. Khasiat yang terdapat pada sayur-sayuran pula akan membantu untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Cara ini mampu mengawal nafsu makan anda dari makan dengan berterusan.

2. Diet epal hijau

Sebiji epal dianggarkan mengandungi 3 gram serat. Serat membantu penghadaman dan dapat mengelakkan daripada sembelit. Serat juga membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisma. Epal hijau sesuai dijadikan makanan pilihan bagi mereka yang berdiet kerana ia kaya dengan nutrien tambahan dan kalori.

3. Bakar kalori dengan air sejuk

Sesetengah berpendapat bahawa minum air putih atau air suam sahaja sudah mencukupi. Namun ada pendapat lain mengatakan amalan ini boleh dipertingkatkan keberkesanannya dengan meminum air masak yang disejukkan terlebih dahulu. Amalan meminum lapan gelas air sejuk dalam sehari dikatakan membantu membakar 200 kalori sama seperti berlari sejauh 4.8km.

Tips Minum Air Kosong 3 Liter Sehari.

4. Buah tin hapus kolestrol jahat

Buah tin mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B6, vitamin E, potassium dan kaya dengan serat yang tinggi. Vitamin dan mineral ini sangat diperlukan untuk menjaga dan memelihara tubuh. Amalan memakan buah tin dapat mengawal nafsu makan, mengurangkan kolestrol jahat dan seterusnya mampu menurunkan berat badan dengan berkesan. 

5. Minuman detoks

Pengambilan minuman pembuangan lemak ini semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan. Minuman ini menggunakan buah-buahan yang kaya vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang membantu mengubah lemak kepada tenaga. timun pula dapat membuatkan anda rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Apabila toksin sudah dibuang, maka lebih mudahlah proses pembakaran lemak berlangsung ketika bersenam. Dan makin cepat jugaklah berat badan anda turun.

6. Kenyang dengan bijirin

Bijirin adalah sarapan yang sangat baik untuk kesihatan. Jika anda mengambil bijirin sekurang-kurangnya lima kali seminggu, ia dapat mengurangkan risiko obesiti dan diabetes berbanding sarapan dengan makanan yang lain. Bijirin mengandungi serat dan kalsium yang dapat membuatkan anda rasa kenyang. Contoh bijirin? OAT. 

7. Rempah membakar lemak

Tahukah anda, sesetengah rempah seperti halia, cili, lada hitam, biji sawi dan jintan manis didapati boleh membakar kalori? Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak pada tubuh badan, so, jom masak tumis sawi dan masukkan lada hitam lebih sikit. Nyamss.

8. Kurangkan makanan berkanji

Kurangkan pengambilan berkanji seperti mee, pasta atau roti. Anda digalakkan untuk mengambil lebih sayuran dalam setiap hidangan. Elakkan lemak dalam masakan. Amalan ini mampu membuang 100 hingga 200 kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan.

Mudahnya berdiet kan? Nak diet dengan cara lebih mudah? JOM KE SINI.

Multivitamin Pertama Di Dunia

Majalah  iSihat edisi Februari 2013
Dalam sedar tak sedar rupanya dah genap 100 tahun Vitalea ni dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee sendiri. Ia merupakan multivitamin pertama yang dicipta atas muka bumi ni.

Walaubagaimanapun, semasa ianya mula dicipta, Vitalea adalah dalam bentuk cecair dan ianya dikenali sebagai Vitalized Minerals. Bila digabungkan, jadilah VITAMIN yang kita duk sebut-sebut sekarang ni.

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diambil daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang dicadangkan oleh RDA.

Nak dapatkan Vitalea secara percuma?
sms/ WhatsApp : 0139139891
email : najihahsahami@gmail.com