Sebut je pasal sayur, mesti kanak-kanak dah tarik muka, mencebik dan tak kurang juga terus mati selera makan. Susah betul nak didik anak-anak ni makan sayur. Beri sayur macam kita beri racun pulak gaya kanak-kanak ni kan.
Tak payah cerita pasal orang lain, adik-adik aku sendiri pun tak de sorang pun yang makan sayur kecuali aku. kalau masak sup, daun bawang atau daun sup yang kita tabur tu pun diorang akan kutip satu satu untuk letak tepi. Mengucap panjang bila tengok.
So kalau boleh kami tak nak lah Amni nanti besar jadi macam tu. Sebab tu kena ajar dari kecil orang kata. hehe. So, disini aku nak share sikit tips untuk pujuk anak makan sayur. mana lah tahu besar-besar nanti Amni dah pandai memilih ke kan.
1. Berikan contoh yang terbaik
Corak pemakanan ibubapa biasanya mempengaruhi amalan
pemakanan anak-anak dirumah mahupun diluar. Kalau ibubapa jenis tak makan sayur,
anak-anak nak kenal sayur dari mana yedakk? Oleh itu, cara terbaik adalah
mulakan corak pemakanan yang sihat dengan memilih sayur-sayuran sebagai contoh
terbaik buat anak-anak anda. Kalau boleh jadikan sayur lauk wajib ada setiap kali waktu makan.
2. Jadikan sayur satu makanan yang menyeronokkan
Kanak-kanak suka bermain dan tidak kira waktunya. Jadikan
anak kecil kita sebagai watak dinasor yang perlu makan tumbuhan seperti brokoli
untuk hidup. Lima supan brokoli dapat memberikan si kecil anda tenaga untuk
berlawan dengan dinasor lain, pasti mereka seronok dan secara tak langsung anak
kita akan makan sayur-sayuran secara tidak langsung.
3. Jom sediakan makanan bersama-sama
Libatkan anak-anak anda dalam penyediaan dan juga membeli
belah barang dapur terutamanya di bahagian sayur. Minta tolong mereka untuk
bantu anda di dapur dengan membasuh sayur atau mencuba sendiri makanan yang
mereka buat. Mereka tentu lebih teruja untuk makan makanan hasil air tangan
mereka sendiri.
4. Pujuk mereka untuk cuba
Penyelidikan secara konsisten menunjukkan bahawa kanak-kanak
pada mulannya menolak untuk makan sayur perlu didedahkan kepada mereka
sekurang-kurangnya 8-10kali supaya makanan tersebut diterima. Oleh itu, ibu
bapa tak boleh cepat berputus asa tau. Beri peluang kepada mereka untuk
perlahan-lahan menerima kehadiran sayur dalam hidup mereka. Hehe.
5. Ubah persepsi anak-anak
Kanak-kanak kadang-kadang menganggap sayur ni sebagai satu
musuh utama dalam makanan. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberitahu
kebaikan sayur-sayuran kepada mereka. Beritahu mereka apa akan jadi kalau tak
makan sayur. Jadikan aktiviti makan sayur-sayuran sesuatu menyeronokkan dan
bukan sebaliknya. Berikan sayur-sayur yang bewarna-warni agar mereka tidak
merasa bosan dengan warna yang sama.
Bagi kanak-kanak yang tak suka makan sayur, para ibu mesti lah pandai mempelbagaikan cara masakan supaya anak tertarik dan tak jemu untuk menikmatinya setiap hari.
Pelbagaikan Cara Masakan
Sup.
Sayur-sayuran seperti sawi, bayam, kubis dan seleri sangat sesuai untuk dijadikan sup. Tambahkan ayam dan telur dalam sup untuk memberi rasa yang menarik disamping melengkapkan nutrient pemakanan anak anda.
Goreng
Tak salah untuk memberikan anak anda sayur yang digoreng, tetapi ia haruslah digoreng dengan minyak yang sedikit dan jangan diigoreng terlalu lama untuk mengelakkan khasiat sayur itu hilang.
Celur
Celurkan lonnak merah, asparagus, brokoli atau bunga kobis dan cicah bersama mayonis atau sos. Tentu ianya menyeronokkan dan lebih berkhasiat berbanding makanan segera yang lain.
Kukus
Jika ingin mengukus sayur-sayuran, pastikan ia tidak dikukus terlalu lama kerana sayur yang dikukus terlalu lama boleh menjadi lembik dan tidak sedap untuk dimakan selain khasiatnya juga boleh hilang.
Salad
Cara paling mudah dan simple untuk menyediakan sayur-sayuran adalah mmbuat salad. Tambahkan sedikit buah-buahan atau kismis untuk rasa yang lebih seimbang dan menyelerakan bersama sos thousand island.
Kek dan roti
Jika kek dan roti menjadi si kecil, anda boleh menyediakan kek ataupun roti berperisa sayur-sayuran seperti kek lobak merah atau roti kentang.
Jus
Sayur-sayuran juga boleh dijadikan jus. Tak salah rasanya anda cuba buat jus daripada timun dan lobak merah buat si kecil. Anda boleh menucbanya dan jadikan ia minuman kegemaran di rumah.
Lepas ni boleh la praktik kan. Kalau anak-anak tetap juga tak nak makan sayur, cuba bagi diorang Vitalea for Kids. Perisa anggur. InsyaAllah khasiat sayur yang diorang tak dapat dari pemakanan seharian tu boleh di 'top-up' melalui suplemen ini.
kalau berminat boleh lah contact kita ye.
Vitamin Cantik Sihat
sms/ WhatsApp : 0139139891
email : najihahsahami@gmail.com
Jadual pengambilan berkesan akan diberikan secara percuma.
sms/ WhatsApp : 0139139891
email : najihahsahami@gmail.com
Jadual pengambilan berkesan akan diberikan secara percuma.
2 comments:
irine pun susah mkn sayur... isau gak..:(
Aku pula jenis yang tak makan buah. hehe
Post a Comment