Wednesday, June 10, 2015

Tips Minum Air Kosong 3 Liter di Bulan Puasa untuk Mengelakkan Hidrasi

Dah nak masuk bulan ramadhan kan? Ramailah mengeluh sebab tak tau macam mana caranya nak cukupkan air kosong 3 liter di bulan puasa ni. Lebih-lebih lagi buat pengambil suplemen tegar, ibu menyusu dan orang-orang yang selalu bekerja di luar pejabat.


Ada juga tips-tips dari post sebelum ni yang mungkin boleh digunapakai.

  • Minum air 500ml selang 2 jam. Ataupun 250ml air setiap jam. Andaikan 250ml air adalah bersamaan dengan segelas air. 12 kali minum settle 3 Liter. 
  • Mudah kan?Masa berbuka mulakan dengan minum air kosong. 250ml - 250ml Done.Lepas makan minum 250ml - 500ml Done
    Lepas tu bawak pergi terawih. Selang solat terawih tu minum 250ml air. Kalau buat 8 rakaat terawih dan 6 rakaat witir, korang dah settle 1500ml.- 2000ml Done.
    Sebelum tidur 500ml - 2500ml Done
    Sebelum sahur - 250ml - 275ml Done.
    Selepas sahur 250ml - 3000ml = 3 Liter Done.
  • Bawa air masuk ke tempat tidur. Setiap kali terjaga malam, minum air. 
  • Minum 250ml air kosong sebelum menyusu dan 500ml selepas menyusu. Lagi banyak lagi bagus. 
  • Minum air kosong setiap kali selepas ke tandas untuk mengganti balik cecair yang keluar.
  • Minum 250ml air setiap jam.
Tanda-tanda badan kurang air.

Untuk bulan puasa ni paling kurang cukupkan 2 Liter air kosong kalau rasa susah sangat nak minum 3 liter tu ye, supaya badan kita tidak terhidrasi. Tanda-tanda badan terhidrasi adalah seperti berikut :

1.Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).
2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.
4. Tekanan darah menurun.
5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk.
6. Lesu pada waktu siang.
7. Sakit belakang.
8. Dehidrasi.
9. Sakit kepala.
10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.
11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.
12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.
13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.
14. Meningkatkan keinginan untuk makan.
15. Darah menjadi lebih pekat .
16. Mudah keliru.
17. Degupan jantung semakin meningkat.
18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.
20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.
22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.
24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
25. Penghadaman yg sukar serta najis agak keras.

Mahu ke tandas lebih kerap atau ke hospital untuk check up?Minum air kosong ke tandas lebih kerap. Kurang minum air kosong ke hospital la lebih kerap. Hehe.


4 comments:

TS said... [Reply to comment]

good tips...leyh try ni..

Athirah said... [Reply to comment]

cuba,,hehe

nurul said... [Reply to comment]

Kena banyak minum air, kalau terkurang, kesannya nampak kat muka, kering mengelupas. Nanti tak boleh raya :(

Zik said... [Reply to comment]

very good info... tapi time selang tengah sembahyang terawikh agak susah tuh..huhu...