Ramai orang yang dah mula berkira-kira untuk menguruskan badan sempena Syawal yang bakal tiba. Ada juga yang mengambil kesempatan ke atas Ramadhan yang akan datang untuk mengamalkan pemakanan sihat sambil menguruskan badan. Jom semak apakah makanan makanan yang boleh membantu anda untuk tampil langsing di hari lebaran nanti. Baru lah cun pakai kebaya nuonya nanti..yedak?
Makan makanan yang mengandungi banyak air seperti sup akan memberikan kesan cepat kenyang. Khasiat yang terdapat pada sayur-sayuran pula akan membantu untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Cara ini mampu mengawal nafsu makan anda dari makan dengan berterusan.
2. Diet epal hijau
Sebiji epal dianggarkan mengandungi 3 gram serat. Serat membantu penghadaman dan dapat mengelakkan daripada sembelit. Serat juga membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisma. Epal hijau sesuai dijadikan makanan pilihan bagi mereka yang berdiet kerana ia kaya dengan nutrien tambahan dan kalori.
3. Bakar kalori dengan air sejuk
Sesetengah berpendapat bahawa minum air putih atau air suam sahaja sudah mencukupi. Namun ada pendapat lain mengatakan amalan ini boleh dipertingkatkan keberkesanannya dengan meminum air masak yang disejukkan terlebih dahulu. Amalan meminum lapan gelas air sejuk dalam sehari dikatakan membantu membakar 200 kalori sama seperti berlari sejauh 4.8km.
Tips Minum Air Kosong 3 Liter Sehari.
Tips Minum Air Kosong 3 Liter Sehari.
4. Buah tin hapus kolestrol jahat
Buah tin mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B6, vitamin E, potassium dan kaya dengan serat yang tinggi. Vitamin dan mineral ini sangat diperlukan untuk menjaga dan memelihara tubuh. Amalan memakan buah tin dapat mengawal nafsu makan, mengurangkan kolestrol jahat dan seterusnya mampu menurunkan berat badan dengan berkesan.
5. Minuman detoks
Pengambilan minuman pembuangan lemak ini semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan. Minuman ini menggunakan buah-buahan yang kaya vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang membantu mengubah lemak kepada tenaga. timun pula dapat membuatkan anda rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Apabila toksin sudah dibuang, maka lebih mudahlah proses pembakaran lemak berlangsung ketika bersenam. Dan makin cepat jugaklah berat badan anda turun.
6. Kenyang dengan bijirin
Bijirin adalah sarapan yang sangat baik untuk kesihatan. Jika anda mengambil bijirin sekurang-kurangnya lima kali seminggu, ia dapat mengurangkan risiko obesiti dan diabetes berbanding sarapan dengan makanan yang lain. Bijirin mengandungi serat dan kalsium yang dapat membuatkan anda rasa kenyang. Contoh bijirin? OAT.
7. Rempah membakar lemak
Tahukah anda, sesetengah rempah seperti halia, cili, lada hitam, biji sawi dan jintan manis didapati boleh membakar kalori? Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak pada tubuh badan, so, jom masak tumis sawi dan masukkan lada hitam lebih sikit. Nyamss.
8. Kurangkan makanan berkanji
Kurangkan pengambilan berkanji seperti mee, pasta atau roti. Anda digalakkan untuk mengambil lebih sayuran dalam setiap hidangan. Elakkan lemak dalam masakan. Amalan ini mampu membuang 100 hingga 200 kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan.
Mudahnya berdiet kan? Nak diet dengan cara lebih mudah? JOM KE SINI.
0 comments:
Post a Comment