Thursday, June 11, 2015

8 Tips Elak Susu Merudum di Bulan Puasa Bagi Ibu Bekerja

Assalamualaikum w.b.t.


Tak lama lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan, bulan di mana umat Islam wajib berpuasa selama sebulan. Pastinya perkara ini sedikit sebanyak membimbangkan ibu yang menyusu. Ada yang terus fikir nak campur susu formula bila tiba bulan puasa, katanya tak larat nak mengepam. Kalau mengepam pun mesti dapat sikit. Negative thinking. (-.-)'

Tahun lepas, saya pun menghadapi cabaran yang sama. Menyusu dan membuat stok susu semasa bulan bulan puasa memang sangat mencabar, Masa tu Amni baru 4 bulan. Bayangkan baru 4 bulan, dan saya memang tak terfikir langsung nak berikan susu formula masa tu. Sebab fikirkan exclusice breastfeeding yang saya impikan masa saya mengandung dulu. Di sini saya nak share kan sedikit tips yang saya amalkan semasa menyusukan Amni di bulan puasa.


1. Reset mindset.
Perkara pertama yang ibu-ibu harus lakukan adalah reset balik minda negatif yang bermain difikiran. Tanam sedalam-dalamnya dalam fikiran anda bahawa anda boleh menyusukan anak anda walaupun di bulan puasa. Susu untuk anak anda sentiasa ada walaupun anda berpuasa. Jangan sesekali memikirkan atau terdetik dalam hati bahawa susu anda semakin berkurang. Jauhi orang-orang yang memujuk anda untuk memberikan susu formula kepada si kecil anda. Anak anda hak anda.

Breastfeeding is about your mindset.

2. Buat stok lebih awal.
Pastikan stok dalam peti ais mencukupi untuk dua minggu pertama bulan puasa. Mencukupi maksud saya adalah stok yang sedia ada. Tak termasuk yang bakal di pam pada bulan puasa. Ini bagi membolehkan stok tersebut menjadi back up sekiranya anda demam atau tak sihat atau tak sempat mengepam semasa bulan puasa. Lagi banyak stok sedia ada lagi bagus sebenarnya, sebab anda takkan stress tengok stok yang semakin berkurangan. Bila stress pengeluaran susu pun terganggu.

3. Mengepam dengan kerap.
Sekalipun bulan puasa, jadual mengepam jangan sesekali anda tinggalkan. Pam setiap 3 jam bagi ibu-ibu yang bekerjaya. Kalau pam dapat 1oz sekalipun jangan mengeluh, malah bersyukur sebab itu adalah rezeki dari Allah untuk anak anda. Bila anda pam dengan kerap, badan anda akan mengeluarkan signal supaya bekerja dengan lebih keras untuk menghasilkan susu untuk anda pam pada jam berikutnya. 

  • Contoh jadual mengepam bagi ibu bekerjaya. Masuk kerja pukul 8 pagi.
  • 7.30am - sebelum masuk kerja.
  • 10.00am
  • 1.00pm
  • 4.00pm  
  • Balik kerja pukul 5.00pm. Ambil anak di nursery dan boleh buat tandem nursing. Sebelah menyusu, sebelah lagi mengepam.Lepas tu boleh la masuk dapur dengan senang hatinya. Anak kenyang. Stok susu pun dapat. 
  • Sebelum tidur pam 1 kali.
  • Kalau rajin, waktu malam boleh buat power pumping. sepuluh minit pam, sepuluh minit rehat. Ulang selama satu jam. Power pumping boleh meningkatkan demand dan setrusnya minda akan menghantar signal supaya susu disupply dengan lebih pada keseesokan harinya. 

4. Amalkan pemakanan yang sihat.
Amalkan memakan 7 biji kurma pada waktu sahur dan berbuka. InsyaAllah, selain bertenaga, kurma juga mampu membantu pengeluaran susu dengan lebih banyak. Makanan berbijirin seperti oat dan nestum juga selain boleh memberi rasa kenyang yang lama, ia juga merupakan milkbooster yang baik kepada ibu menyusu. Saya dulu selalu minum nestum with oat tu masa bulan puasa. Alhamdulillah, perut tak cepat lapar dan bertenaga. Selain itu, jangan skip makan makanan berat seperti nasi setiap kali bersahur dan berbuka. Tak lupa juga, elakkan mengambil ais.

5. Kurangkan aktiviti luar.
Ini adalah kerana aktiviti luar boleh menyebabkan tubuh anda terhidrasi. Apabila ianya terjadi, ini menunjukkan bahawa tubuh anda kekurangan air. Bila tubuh kekurangan air, penghasilan susu akan terjejas. So, banyakkan duduk di kawasan yang teduh dan berhawa dingin dan kalau boleh, jangan buat kerja yang berat atau berlari ke sana-sini yang boleh menyebabkan anda cepat haus. Walaubagaimanapun, ini tidaklah bermaksud anda hanya perlu goyang kaki di pejabat. hehe.

6. Minum air suam
Sekalipun bulan puasa, bukanlah bermaksud rutin 3 liter air kosong perlu ditinggalkan. 3 liter air kosong tetap perlu diambil bagi menggantikan air yang hilang dari tubuh semasa seharian berpuasa. 

Rujuk sini untuk mengetahui Tips Minum Air 3 Liter di Bulan Puasa.

7. Ambil suplemen dengan konsisten.
Amalkan suplemen dengan konsisten. Saya amalkan set penyusuan Shaklee bagi menjayakan penyusuan. Seperti tahun sebelumnya, saya akan bersahur dengan ESP yang akan memberi saya tenaga extra semasa bekerja walaupun dibulan puasa di samping membantu menghasilkan susu yang lebih pekat untuk Amni. Ostematrix pula saya amalkan untuk membekalkan kalsium secara berterusan. Maklumlah, bila menyusu mesti selalu rasa sakit belakang dan sakit gigi kan.

8. Berdoa.
Paling penting, sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah Yang Maha Esa dalam perjalanan menyusukan anak ini, semoga dipermudahkan olehnya.

Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”

Tahun ni, InsyaAllah sekali lagi saya akan melalui detik ini, menyusu di bulan puasa. Semoga kita sama-sama dipermudahkan dan niat suci kita dimakbulkan. Berpuasa dalam masa yang sama bekerja dan dalam masa yang sama menyusukan anak bukalah suatu perkara yang mudah. Ramai ibu-ibu yang gagal dalam penyusuan apabila tibanya bulan puasa. Pucuk pangkal kejayaan penyusuan ni sebenarnya atas kuatnya semangat seorang ibu. Semoga tips di bawah membantu sedikit sebanyak dalam perjalanan penyusuan ibu-ibu sekalian.




0 comments: