Friday, June 5, 2015

AWAS, Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Ibu Hamil


Ramai dikalangan ibu hamil bertanyakan tentang makanan yang sebaik-baik diambil dan yang sepatutnya dihindari selama masa kehamilan. Almaklum la, semasa hamil ni macam-macam kita nak jaga sebab nak bagi baby dalam perut kita membesar dengan sihat kan? Lebih-lebih lagi bab pemakanan. Makanan-makanan yang disenaraikan perlu dihindari kerana boleh menyebabkan infeksi seperti salmonella, toksoplasmosis, listeria, E.coli yang dapat membahayakan bayi di dalam kandungan.
                                  
Daging mentah
Jangan makan daging mentah atau sushi atau makanan yang kurang dimasak kerana ianya mengandungi toksoplasmosis iaitu parasite yang akan menyebabkan jangkitan serius kepada janin anda dan juga E.coli, yang juga berbahaya kepada ibu hamil dan kandungan.

Sayuran yang tidak dicuci dengan baik.
Sebelum dimasak, ianya hendaklah dicuci dengan bersih untuk menghilangkan toksoplasmosis yang terdapat pada sayur. Ulam-ulaman dan salad juga perlu dibersihkan dengan teliti sebelum dibuat dimakan mentah. Kotoran yang terdapat pada kucing juga perlu dielakkan. Kalau boleh, elakkan bermain-main dengan kucing semasa hamil kerana kucing yang kotor terdapat toksoplasmosis.

Daging, ayam dan telur yang kurang dimasak atau mentah

Elakkan memakan hati ayam atau daging yang mungkin menjadi punca kepada salmonella. Pastikan juga pinggan, piring dan alat-alat masakan yang terkena daging ayam mentah sudah dicuci dengan bersih.

Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark atau ikan bersaiz besar.
Ini adalah kerana ikan-ikan ini mengandungi tahap merkuri yang tinggi di mana ia akan menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah yang banyak. FDA menyarankan supaya pengambilan ikan tuna dan ikan berukuran besar ini dihadkan kepada 12 auns seminggu.

Keju

Keju terutamanya daripada susu kambing serta susu yang tidak dipasteur mempunyai risiko pembawa listeria iaitu sejenis bakteria yang mampu menembusi plasenta dan menyebabkan jangkitan kepada janin. Listeria juga boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang dan keracunan dalam darah. Sebaik-baiknya elakkan mengambil makanan ini sehingga anda selamat melahirkan bayi.

Minuman beralkohol.
Telah terbukti bahawa minuman beralkohol boleh menyebabkan ketidaknormalan pada perkembangan janin dan boleh menyebabkan masalah emosional kepada bayi. Sebagai orang Islam, sememangnya agama telah menegah umat Islam meminum minuman beralkohol ini.

Kafein


Minuman berkafein wajar dielakkan kerana ia berpotensi menyebabkan berat bayi anda rendah, keguguran dan menghalang penyerapan zat besi. Apabila zat besi kurang diserap, maka sel darah merah kurang dihasilkan. Ini menyebabkan bayi tidak dapat membesar dengan baik. Contoh kafein adalah teh dan kopi.

Ingatlah, perkembangan bayi dalam kandungan anda bergantung kepada apa yang anda makan semasa tempoh kehamilan.

Aku dulu pun masa mengandungkan Amni memang jaga sangat bab makan. Terutamanya makanan fast food dan maggi-maggi tu semua. Maggi tu dah lupa dah bila last aku makan. Haha. Dah hasilnya, sampai ke hari ni aku dah macam terbiasa tak makan semua tu, nafsu nak makan semua tu tak selera. Tengok orang duk post makan McD, KFC apa semua tu. Alhamdulillah, air liur aku tak menitik. Haha. Semoga hati terus istiqomah.

0 comments: