Urutan bahagian perineum ini amat digalakkan dilakukan oleh ibu hamil kerana ia sedikit sebanyak dapat memudahkan proses kelahiran yang bakal dilalui. Urutan ini boleh mula dilakukan seawall minggu 34 kehamilan sehingga tiba saat melahirkan bayi.
Urutan ini boleh dilakukan sendiri di rumah, satu hingga dua
kali sehari menggunakan minyak yang berasaskan bahan semulajadi seperti minyak
zaitun, minyak kelapa dara, minyak kelapa dan lain-lain. Elakkan menggunakan
minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua jenis minyak yang mengandungi bahan
kimia.
Masa yang paling sesuai untuk melakukan urutan ini
adalah sejurus selepas mandi kerana bahagian perineum pada masa ini lebih lembut
dan lebih selesa disentuh.
Menurut kajian, urutan ini dapat mengurangkan
koyakan pada bahagian perineum lalu boleh mengurangkan risiko episiotomy.
Urutan ini dimulakan dari lubang dubur ke lubang faraj. Kebanyakan wanita yang
mengamalkan teknik ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan di bahagian
perineum dalam tempoh tiga bulan selepas bersalin.
Langkah demi langkah
1.
Cuci tangan anda dengan sempurna. Pastikan kuku
sentiasa pendek.
2.
Kedudukan yang sesuai untuk melakukan urutan ini
adalah dengan bersandar pada bantal di atas katil atau sofa dengan lutut
dibengkokkan ataupun duduk ditandas. Dapatkan kedudukan yang selesa dan
pastikan lokasi urutan adalah selamat dan tiada gangguan.
3.
Sapukan jari dengan minyak pilihan anda.
4.
Masukkan satu jari kedalam dinding faraj iaitu
lebih kurang1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.
5.
Pastikan empat jari lagi dibahagian punggung.
6.
Tekankan ke bawah iaitu kea rah dubur dan ke
sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.
7.
Tetapkan keadaan tersebut selama satu hingga dua
minit.
8.
Gerakkan kesemua jari mengikut bentuk U dan
lakukan berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu atau sekurang-kurangnya
5 minit setiap sesi.
9.
Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan
di bahagian faraj sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angina
keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang sehingga 10 kali.
InfoUrutan ini tidak dibenarkan jika anda mengalami jangkitan di bahagian faraj. Seeloknya, dapatkan pandangan doctor terlebih dahulu sebelum melakukan urutan ini. Selamat mencuba!
1 comments:
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.
Post a Comment