Sunday, December 8, 2013

AWAS! Bahaya Online Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum w.b.t.

salam sejahtera dan mohon semua berada dalam keadaan sihat walafiat. alhamdulillah, Mish sendiri pun sihat dan masih gagah membawa perut yang tak kecik tak besar ni. hehe.

baca tajuk macam gerunn kan. Mish percaya, para mommy to be semua sedia maklum tentang bahayanya kegiatan online ni bagi ibu-ibu mengandung macam kita-kita ni. korang suka online? bukak blog? bukak facebook? bukak instagram?

haaa. bahaya berlipat ganda la maksudnya kalau anda di golongan tersebut. sebabnya, semua website, social site macam tu, penggunanya kebanyakan suka upload gambar makanan. ohhoii. nak tak nak harusla kita tatap gambar makanan tu kan. seterusnya ia diproses ke otak, pergi ke perut, tetiba terasa kat tekak. eh?

tak pasal-pasal teringin. kalau makanan simple dan senang nak dapat tak pe la. ni kalau yang jenis ada kat bandar-bandar besar. yang tak de jual online. yang susah nak dapat tu camane ye. haha. telan air liur kosong je la. thats why Mish cakap bahaya online ni woo. lebih-lebih lagi Instagram tu ha. yang tak mengandung pun boleh mengidam lebih dari orang mengandung kau!

sekarang ni tekak rasa nak makan laksa penang. hari tu dah dapat dah. ni terasa lagi lepas baca entry kat blog Pha Is ni. harap-harap laksa penang kat Kemaman Kopitiam sedap la. nak gi buru ni next week lepas encik husband habis oncall. sobss.


laksa penang, come to mama.

psst~
ekceli ni draft yang tak terpost sebab bekalan internet terputus. hikss.

4 comments:

Puan Ezy said... [Reply to comment]

sodap nye laksa penang ituuuuu!

LadyBird said... [Reply to comment]

akak pun suke laksa penang :D..
makan byk2.. :D..

MamaHarriz said... [Reply to comment]

waa feveret ni laksa. heeee

Fiza Rahman said... [Reply to comment]

Bukan bahaya utk ibu mengandung jer. Yg tak mengandung pon mengidam mengalahkan ngandung bila tgk gambar makanan ☺☺