Tuesday, January 27, 2015

Makan Supplemen Semasa Hamil Boleh Sebabkan Bayi BESAR??

Assalamualaikum w.b.t

Ramai ibu ibu yang mengandung takut untuk ambil suplemen sebab mentaliti mereka dah disogok dengan pepatah " amek suplemen, nanti baby besar, susah nak meneran, nanti koyak banyak, penat nak usung perut boyot".  Akibatnya, ramai la para ibu memandang ringan terhadap penganbilan suplemen semasa hamil.

Secara purata, berat bayi kat Malaysia ni dilahirkan dengan berat normal iaitu 3.0kg hinggan 3.5kg. Semasa mengandungkan Amni, saya amalkan suplemen Shaklee. Berat Amni masa lahir 3.3.kg, kir normal la kan. Mungkin orang cakap perut saya nampak besar sebab saya ni jenis yang rendah dan berisi semasa hamil.

Kita ni kalau orang biasa biasa cakap kita susah nak ubah mentaliti tu kan. Ni meh kita sama-sama renungkan apa kata Dr Hamid Arshat yng merupakan pkar sakit puan melayu yang terawal di Malaysia.



Apakah yang dikatakan bayi besar dalam kandungan?
  • Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
  • Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
  • Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan.
  • Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.


Sumber : http://www.myhealth.gov.my/

Kebiasannya bayi besar dari usia kandungan disebabkan oleh faktor
  • ibu adalah masalah  paras gula tinggi dalam badan atau kencing manis
  • keturunan – ibu atau bapa bersaiz besar
  • peningkatan berat badan terlalu banyak.
Oleh itu, ibu ibu jangan lah mudah melatah dan merasa takut untuk consume apa apa jenis suplemen semasa hamil termasuk Shaklee sebab dalam dunia sekarang susah kita nak dapat nutrien secukupnya even kita makan berkilo-kilo sayur sekalipun, belum tentu nutrien dalam sayur tu masih kekal. Mungkin nutriennya rosak semasa proses memasak, memotong atau pun ianya dicemari dengan racun. Oleh itu, suplemen boleh membantu mencukupkan zat zat nutrien yang kosong dalam badan kita.

kredit kepada Puan Aini. Pengambilan supplemen semasa hamil tidak mempengaruhi berat bayi, bahkan, ianya membantu bayi dalam kandungan mendapat nutrien yang secukupnya. Jangan takut untuk mengambil any suplemen semasa hamil, nak lagi best, dapatkan nasihat doktor yang menjaga anda.

Berminat untuk mendapatkan set kehamilan Shaklee dengan harga yang istimewa??
Konsultasi dan jadual pengambilan EKSLUSIF untuk anda dengan setiap pembelian.

Saya Shaklee Indipendent Distributor anda yang ceria,
Najihah (1092621)
sms/Whatsapp : 0139139891
emeil : najihahsahami@gmail.com



Thursday, January 22, 2015

BerChim Chum di Food Village

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu ni kebetulan balik Kelantan dengan selera makan yang mengagumkan. Rasa nak cuba banyak sangat makanan yang best best kat Kelantan ni. Kelantan ni ibarat syurga makanan. Sebab tu i loike balik Kelantan. Hee.

Kebetulan hari ni gaji, so me n my husband bersepakat nak merasa makan chim chum kat Food Village ni.

Bayaran?
 Rm23 untuk seorang dewasa. 4 tahun ke bawah adalah free. 
Untuk kanak kanak lupa plak berapa harganya tadi. Huhu.

Konsep? 
Buffet of course. Korang datang, bagitau berapa orang, nanti dia bagi meja. Lepas tu pergi la kutip segala makanan yang ada sambil pekerja bawakan periuk steamboat tu nanti. Hehe.
Makanan? To me yang selera takde la besar mana. Makanan dia agak memuaskan. Makanan berat ada nasi goreng, mee hoon goreng, kuew tiow, laksa penang, laksam, laksa kelantan. Set chimchum ada meatball, crabstick, sosej, daging, ayam, udang dan sotong. Ada sos manis dan sos pedas. Ada air yang aku pun tak pasti air apa. Warna biru dan merah. Boleh buat abc sendiri. Ada rojak buah. Somtam. Tu je kalau tak silap. Tapi dah cukup puas hati.

Lokasi Food Village? 
Kalau korang dari Kota Bharu, korang akan lalu kat depan KFC Pengkalan Chepa belah kiri korang dan Perdana Specialist Hospital belah kanan. Jalan straight je. Kedai dia belah kiri korang tu. Tertera nama food Village. Kedai dia kat tempat nak u turn.

Servis? 
Ada yang cakap servis dia very bad. But bagi aku. Biasa biasa je. Tak la ramah sangat. Lagi lagi yang tukang jaga makanan tu. Masam je. Tapi tak la garang. Servis bab serve makanan dan kemas2 meja tu okey la. Tu je kot. Lagipun aku g sana nak makan makan. Bukan nak sembang sembang ngan pekerja depa. Haha.

Gambar?
 Meh nak belanja sekeping. Gambar kat buffet tak dan la aku nak snap. Time pegi tu ramai ya ampun manusia. Maklum la..time gaji. Hee..

Friday, January 16, 2015

Tips Mengurangkan Sakit Belakang Semasa Hamil.

Gejala sakit pada bahagian belakang bagi ibu hamil adalah perkara biasa terutamanya apabila kandungan sudah semakin membesar dan sarat. secara tidak langsung ia boleh mengganggu kelancaran aktiviti seharian buat ibu hamil.

Mengapa ini terjadi?
  • perubahan saiz pada bayi dan rahim semakin membesar
  • perubahan hormon semasa kehamilan yang menyebabkan kelonggaran pada ligamen dan tulang pada pelvis
  • kenaikan berat badan sebanyak 11-15kg sepanjang kehamilan
Sakit belakang ini hanya bersifat sementara dan akan hilang selepas bersalin. Tips yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan sakit belakang ini ialah :
  1. Memakai kasut yang bertumit rata atau kasut yang dikhaskan bagi wanita hamil. ianya perlu lembut dan selesa. Elakkan kasut tumit tinggi kerana boleh menyebabkan regangan pada bahagian tulang.
  2. Elakkan daripada duduk dalam posisi yang sama dalam tempoh yang lama. Cuba ubah kedudukan selang setengah jam. elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung. Seeloknya, letak bantal untuk menyokong bahagian belakang.
  3. Tidur dalam posisi mengiring dengan meletakkan bantal di antara dua kaki anda atau menggunakan bantal khas untuk ibu hamil. Biasanya kedai baby center yang besar ada jual pregnancy pillow ni. harga mengikut jenis. Ada bentuk U dan G.
  4. Jika perlu mengambil sesuatu yang berada di bawah, pastikan postur tubuh adalah betul. Elakkan dari terus membongkok, sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang badan dalam keadaan yang lurus. Hindari dari mengangkat benda terlalu berat,
  5. Jika terasa cramp atau orang pamggil simpul biawak, anda boleh cuba tuam tempat yang cramp dengan ais atau air suam. Lakukan sekurang-kurangnya 10-15 minit.
  6. Anda juga boleh melakukan senaman ringan untuk ibu hamil. Selain dapat mengurangkan sakit belakang, ianya juga boleh memberi rasa selesa bada badan anda.
  7. Pengambilan suplemen untuk tulang juga berkesan dalam mengatasi sakit belakang ketika hamil ini. 
Pengambilan kalsium yang mencukupi penting untuk proses kelahiran nanti dimana otot-otot badan bekerja keras semasa contraction. Ia juga dapat membantu untuk mengurangkan pendarahan semasa bersalin kerana platlet darah cepat terbentuk sekaligus dapat mengurangkan risiko pendarahan semasa bersalin.

Oleh itu, sepanjang kehamilan, ibu-ibu disarankan untuk mengambil sekurangnya-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Masalahnya, macam mana kita nak cukupkan 1000mg sehari? minum susu 4 gelas sehari? bagaimana dengan ibu-ibu yang tak boleh langsung bau susu apatah lagi minum susu?

4 biji Ostematrix sehari beoleh membantu anda menggenapkan 1000mg kalsium sehari.

Khasiat Ostematrix yang perlu anda tahu ialah : 
  • membantu mengurangkan sakit lutut dan sakit pinggang
  • mencegah osteoporosis
  • membantu menghilangkan rasa kejang dan kebas
  • melegakan migraine
  • bagus untuk pembentukan tulang janin
  • bagus untuk pelawasan dan sembelit
  • mendapatkan tidur yang berkualiti dan lena



Saya juga pernah amalkan Ostematrix ni, memang kaki kurang cramp dan masalah sembelit pun tiada. Sebotol hanya RM61.00 untuk kegunaa sebulan. Sebiji bersamaan 50sen dan 4 biji sehari hanya memakan kos rm2.00 untuk melengkapkan 1000mg kalsium sehari dan untuk melegakan masalah sakit belakang anda. Mahukan harga yang istimewa? Hubungi saya,

SID Najihah,
(1092621)
sms/whatsapp : 0139139891
emeil : najihahsahami@gmail.com