Thursday, January 22, 2015

BerChim Chum di Food Village

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu ni kebetulan balik Kelantan dengan selera makan yang mengagumkan. Rasa nak cuba banyak sangat makanan yang best best kat Kelantan ni. Kelantan ni ibarat syurga makanan. Sebab tu i loike balik Kelantan. Hee.

Kebetulan hari ni gaji, so me n my husband bersepakat nak merasa makan chim chum kat Food Village ni.

Bayaran?
 Rm23 untuk seorang dewasa. 4 tahun ke bawah adalah free. 
Untuk kanak kanak lupa plak berapa harganya tadi. Huhu.

Konsep? 
Buffet of course. Korang datang, bagitau berapa orang, nanti dia bagi meja. Lepas tu pergi la kutip segala makanan yang ada sambil pekerja bawakan periuk steamboat tu nanti. Hehe.
Makanan? To me yang selera takde la besar mana. Makanan dia agak memuaskan. Makanan berat ada nasi goreng, mee hoon goreng, kuew tiow, laksa penang, laksam, laksa kelantan. Set chimchum ada meatball, crabstick, sosej, daging, ayam, udang dan sotong. Ada sos manis dan sos pedas. Ada air yang aku pun tak pasti air apa. Warna biru dan merah. Boleh buat abc sendiri. Ada rojak buah. Somtam. Tu je kalau tak silap. Tapi dah cukup puas hati.

Lokasi Food Village? 
Kalau korang dari Kota Bharu, korang akan lalu kat depan KFC Pengkalan Chepa belah kiri korang dan Perdana Specialist Hospital belah kanan. Jalan straight je. Kedai dia belah kiri korang tu. Tertera nama food Village. Kedai dia kat tempat nak u turn.

Servis? 
Ada yang cakap servis dia very bad. But bagi aku. Biasa biasa je. Tak la ramah sangat. Lagi lagi yang tukang jaga makanan tu. Masam je. Tapi tak la garang. Servis bab serve makanan dan kemas2 meja tu okey la. Tu je kot. Lagipun aku g sana nak makan makan. Bukan nak sembang sembang ngan pekerja depa. Haha.

Gambar?
 Meh nak belanja sekeping. Gambar kat buffet tak dan la aku nak snap. Time pegi tu ramai ya ampun manusia. Maklum la..time gaji. Hee..

2 comments:

Eka Tikah said... [Reply to comment]

belum pernah dengar chim chum. hehe. nnt pergi kelantan nak try la ^^

Najiha Sabri said... [Reply to comment]

Sedak dok kak? Ore tok ajim lagi tera makey? Heheh. Btw thanks for info ! XD