Monday, December 7, 2015

Apa Nak Buat Bila Akaun CIMBCLICK Kena Suspened?

Minggu lepas aku silap masukkan password akaun Cimbclick sebanyak 3 kali yang membawa kepada akaun Cimbclick tu kena hack. Haha. Kelam kabut jugak kejap. Camane la boleh tersalah tekan lebih 1 huruf. Sobsss..

So, hari ni aku nak share apa yang perlu korang buat kalau nasib korang pun macam aku. hehe.

First of all aku call 1300 880 900 dan bercakap dengan operator. Alhamdulillah masa menunggu tak lama. bukan macam company As*** tu, nak bercakap ngan operator kemain lagi iklannya. Habis kredit. Huhu.

Lepas tu operator tu ajar step by step camane nak dapatkan balik akaun kita tu. Sila rujuk gambar di bawah ye. :)


ni adalah contoh rupa Cimbclick yang kena suspened ye. So kalau korang pun kena macam ni means kita senasib. Tahniah. hehe

First, korang tekan dekat perkataan Forgot ID/Password tu.


Lepas tu dia akan keluar satu page macam ni. Isi semua details di atas ye. Lepas tu click kat petak Terms and Condition tu. Then klik Agree & Continue.

Page lepas tu aku lupa nak snap. haha. Dia mintak TAC kalau tak silap. Lepas tu masukkan je TAC yang korang dapat kat henpon tu. Lepas tu dia akan mintak kita resetkan password atau proceed je dengan password lama. Aku pilih reset password. Harap-harap tak lupa lagi lepas ni. hehe.

Sekian terima kasih. :)





11 comments:

Ujie Othman said... [Reply to comment]

Tersilap sekali pun terus suspended ya?
Kalau jadik gitu..mmg cuak kan.

najihah sahami said... [Reply to comment]

ujie : takk..silap masukkan 3x password baru dia suspened. :)

LadyBird said... [Reply to comment]

biasanya kalau akak masuk.. lebih dr dua kali xjd jugak, akak stop dan try buat keesokan harinye plak.. :D

zik said... [Reply to comment]

dulu masa first2 pernah lebih tiga kali..telepon bank minta reset balik.. dululah... sekarang lain pulak procedure dia.. huhu

wanzi said... [Reply to comment]

tq kongsi info.

zik said... [Reply to comment]

pernah masa zaman kolej.. tak berapa nak ingat passwordnya..terpaksa telepon operator... sekarang takda masalah..

Cik Kumbang said... [Reply to comment]

TQ For sharing
gelabah dah tadi tetibe akaun suspended tssskkk~ (T_T)
nasib baik jumpa entry awk

tqsm (^_^)

Lokman Amirul said... [Reply to comment]

Wajib fon dlu ke camna

rohman said... [Reply to comment]

Terima kasih.. sangat membantu

Yuyuu said... [Reply to comment]

kena call nombor tu jugak ke ?

Yuyuu said... [Reply to comment]

Kena call nombor tu jgk ke ?