Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Monday, December 7, 2015

Apa Nak Buat Bila Akaun CIMBCLICK Kena Suspened?

Minggu lepas aku silap masukkan password akaun Cimbclick sebanyak 3 kali yang membawa kepada akaun Cimbclick tu kena hack. Haha. Kelam kabut jugak kejap. Camane la boleh tersalah tekan lebih 1 huruf. Sobsss..

So, hari ni aku nak share apa yang perlu korang buat kalau nasib korang pun macam aku. hehe.

First of all aku call 1300 880 900 dan bercakap dengan operator. Alhamdulillah masa menunggu tak lama. bukan macam company As*** tu, nak bercakap ngan operator kemain lagi iklannya. Habis kredit. Huhu.

Lepas tu operator tu ajar step by step camane nak dapatkan balik akaun kita tu. Sila rujuk gambar di bawah ye. :)


ni adalah contoh rupa Cimbclick yang kena suspened ye. So kalau korang pun kena macam ni means kita senasib. Tahniah. hehe

First, korang tekan dekat perkataan Forgot ID/Password tu.


Lepas tu dia akan keluar satu page macam ni. Isi semua details di atas ye. Lepas tu click kat petak Terms and Condition tu. Then klik Agree & Continue.

Page lepas tu aku lupa nak snap. haha. Dia mintak TAC kalau tak silap. Lepas tu masukkan je TAC yang korang dapat kat henpon tu. Lepas tu dia akan mintak kita resetkan password atau proceed je dengan password lama. Aku pilih reset password. Harap-harap tak lupa lagi lepas ni. hehe.

Sekian terima kasih. :)





Monday, February 7, 2011

Tutorial : Masukkan Scroll Box Dalam Entry Untuk Jimatkan Ruang

As-Salam semua!! kali ni mish nak kongsi ngan korang semua pasal buat scroll box dalam entry. apa guna menatam scroll box ni? aih...jangan ingat tak de guna. bagi korang yang suka bebenor letak gambar banyak-banyak dalam blog tu. elokla kalau korang gunakan kemudahan scroll box ni untuk mengelakkan blog korang daripada melorot.orait? paham?

tak paham jugak. anda boleh tengok contoh kegunaan scroll box ni dalam entry Pom Pom Girl Malatop!!. selain menjimatkan ruang, scroll box ni jugak boleh membantu proses meloading dan meng'scroll' blog korang tu jadi lebih mudah. ada paham? 

selain untuk berkongsi, Mish saja je tepek tutorial ni untuk rujukan sendiri. almaklumla..penat setiap kali nak tepek gambo banyak-banyak, kena search tutorial. adeh. leceh kan? haha.


so, mula-mula...korang just perlu tampalkan koding ni dalam entry korang di

<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto;
border-width:2px;border-color:000000;border-style:solid;">
Your content in here.
</div>
kaler kuning macam oren ni : korang boleh ubah die punye lebar atau tinggi kotak scroll tu.
kaler pepel :                        : untuk korang adjust die punya tebal border korak tu. 
kaler hijau                           : untuk korang adjust die punye kaler boerder kotak tu.
yang kaler slow pink           :  korang padamkan dan korang taip atau masukkan la apa-apa je gambar yang korang nak uploadkan tu ok!!

lepas dah siap siap semua. sila la hitamkan balik semua tulisan koding tu dan unboldkan sekali ok!

dah!!setel!!

haha. bila mish baca balik tutorial ni macam berbelit pulak. adeh. maap la. Mish xpandai nak ajar-ajar orang bagai ni. just terangkan mengikut apa yang mish paham. kalau rasa berbelit sangat tu, sila la ulang bacaan anda atau terus pergi ke rujukan Mish iaitu SINI.

psst~
yeayy!!lepas ni dah boleh upload gambar lagi melambak tanpa perlu bimbang blog makin melorot ke bawah.. hehehe.

Friday, December 24, 2010

Tutorial : Scroll Box Untuk Blog Archieve


Ramai yang bertanya pasal scroll box untuk blog archieve Mish. bukan tanya pasal lawa, sebab memang sama je kat mana-mana. cuma mungkin nampak kemas dan blog tidak melorot. sesuai la untuk korang yang rajin update entry sampai 2 3 sehari.



walaupun mish tau ramai yang dah tau. Mish tetap sediakan entri ni untuk keperluan Mish akan datang. malas nak godek-godek kat google lagi. huhu. maklumla, budak rajin tukar template kan. hehe. ilmu tak baik kedekut-kedekut.

STEP 1 :

Log in kedalam akaun blogger > pilih 'DESIGN' > edit HTML > klik expand widget.

STEP 2 :

tekan F3 untuk cari code di bawah.

<em></b:if>
<div class='widget-content'>
<div id='ArchiveList'></em>

STEP 3 :

highlightkan code yang anda jumpa pada STEP 2 dan gantikan dengan kod ini.

<em></b:if>
<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>
<div id='ArchiveList'></em>
kod yang bewarna biru tu anda boleh ubah sesedap rasa anda sehingga anda mendapat ketinggian yang sesuai.

STEP 4 :

preview dulu blog kamu. jika tiada error, boleh terus save template. jika ada error, cuba cek balik step-step yang kamu follow tadi. takut ada yang silap. 
selamat berjaya!!

kredit to : BARALA

psst~
lepas ni Mish dah tak payah susah-susah suruh budak ni buatkan untuk Mish. sebab dah pandai..hehe.