Showing posts with label batch 54. Show all posts
Showing posts with label batch 54. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Bye-bye

bye-bye lecturer yang baik hati.
bye-bye nota yang tebal nak mampus.
bye-bye zaman tidur dalam kelas.
bye-bye exam yang langsung tak best tu.
bye-bye kolej yang menyiksakan.
bye-bye uniform oren yang susah nak digosok.
bye-bye Selangor dan Kuala Lumpur.
bye-bye hostel yang bil air dan elektriknya free. 
bye-bye kepada stay up sampai 2 3 pagi.
bye-bye la semua!

haha. berlagak kan ai. mentang-mentang la dah habis belajar. kerek seyh. well, memang saat ni pun yang ditunggu-tunggu. siapa la yang rajin nak mengadap semua tu lama-lama kan. menyiksa urat perut segala bagai.

dengan ini, saya bukan lagi seorang student. saya adalah penganggur terhormat. ehee. seronoknya lepas ni dah duk kat rumah. makan, minum free.

tapi dalam duk excited nak balik esok, tipu la tak de sedih. aih. maunya tak sedih. rindu kawan-kawan. rindu zaman belajar. serius. walau tak best atau seksa macam nak mati pun zaman belajar, tu adalah kenangan terindah dalam hidup. zaman belajar la kita dapat kenal ramai kawan. making a good memories with them. zaman remaja yang tak mungkin kembali. ehee.

nanti kan, kalau gaduh ngan pakwe nak cerita kat sape. kalau keliru nak pilih baju masa shopping nak tanya pendapat sape. pendapat umi? oh no. kami lain selera. lepas tu kalau geram kat somebody nak ngumpat-ngumpat ngan sape. ehee. sempat je tang tu kan. hurmmm. nanti kalau ada cerita korea baru nak layan ngan sape. best layan ngan kawan. leh gelak kat member kalau ada yang nangis tengok citer. haha. suka bahan orang. aih. nanti kat umah mesti bosan kan.

adik-beradik lain sangat ngan kawan. kamceng camane pun kita ngan adik beradik, tak semua kita luahkan kat mereka kan. serius, adik-beradik Mish tak pernah pun tengok Mish nangis depan mata mereka. cover giler beb. tapi depan kawan-kawan, selamba je. tak yah nak malu.

going to miss this moment.


pendek. tapi cukup bermakna. ehee. sila la tulun jangan marah saya sebab upload video ni. ni geng 5J. ada empat orang je sebab yang sorang lagi duk rakam video ni. haha. Hunny, Suzie, Ika, Adeq. sobb sobb ampa nangis ye. ehe..


buat bye-bye macam lepas ni tak datang kolej dah kan. ahaa. esok 2hb umi datang ambil, balik ngan family ke Terengganu bumi yang dirindu-rindu. ehee. 13hb datang balik untuk induksi. induksi adalah kursus wajib untuk pelantikan sebagai penjawat awam ye. hehe. nasib baik induksi seminggu je. fuhh.

Tuesday, May 24, 2011

Annual Dinner Batch 54

semalam merupakan malam bersejarah untuk pelatih program Penolong Pegawai Farmasi batch 54 di mana event kemuncak buat student sem akhir macam kami ni telah diadakan di Pusat Komuniti Bukit Damansara. sewa satu ballroom untuk annual dinner yang diberi nama Malam Semarak Muhibbah.

that's why la ai tak update blog semalam. hak hak.


MALAM SEMARAK MUHIBBAH BATCH 54
BALLROOM PUSAT KOMUNITI BUKIT DAMANSARA
23HB MAY 2011







gambar before gerak pergi sana je banyak. bila dah masuk dalam tu mood nak bergambar kurang. erk.

tak pe la. kenangan tetap kenangan. tempek kenangan kat sini supaya nanti dah keje jauh-jauh masing-masing tak lupa akan satu kenangan manis ni.

SMILE!!

psst~
tak boleh nak taip panjang-panjang dan update banyak-banyak sebab duk syok layan Dream High. haha.