Showing posts with label 5J. Show all posts
Showing posts with label 5J. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Memory 2011

Pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu kan. Ecece. Sekelip mata je dah nak masuk tahun baru. kalau hari ni 31 Disember, lepas tu kau tidur kejap, dah masuk tahun baru. taada..happy new year! Tak caya cuba la tidur pukul 11.59 malam 31 Disember tu.  kalau Mish betul kamu kena bayar pizza satu set. Auw! Gemuk la Mish kalau semua orang buat..

Apa yang best tahun 2011? Well, lain orang lain tahap ke’best’ annya kan. Bagi Mish, tahun ni, tahun yang paling cepat berlalu. Tup tup dah 2012. Tup tap dah tahun baru. tap tap dah kena beli calendar baru.
 Awal tahun hari tu, Mish merupakan seorang pelajar di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh. Semester enam. Senior tu beb. Rasa agak heaven la bila jadik senior ni. kita tak payah nak segan-segan kalau nak pergi café ke apa ke. yelah..dah senior kan. Terasa balik zaman jadik ketua geng kapak kat sekolah dulu. Haha. Final sem, memang terasa la cepat waktu berlalu. Melalui saat-saat manis terakhir bersama rakan karib. Teman masa susah masa gembira. Serius rasa macam sekejappp sangat sem 6 ari tu. huhu. Kawan-kawan. Aku rindu korang! Mesti korang tacing kan aku masukkan gambar korang dalam blog buruk aku??tak pe tak pe. Aku tak mintak bayaran tunai. Aku mintak KFC je sedulang sorang. Haha

Ingatkan lepas habis sem 6 tu dah tamat la zaman lepak kami. Rupanya, masa induksi hari tu, kebetulan batch kami, jadual tak padat. So, lepak tetap lepa k. hehe. Serius rindu kat korang aku tau korang tak baca blog aku. Tapi tak pe. Aku tetap nak taip. Aku nak bagi pembaca aku tau aku rindu korang. Sobsss..ceh, ayat pembaca paling tak menahan. Mesti ada yang gelakkan Mish nih. Tak pe tak pe..masa hari last kursus induksi ni la paling tak menahan. Semua benteng air mata bocor. Wuwuwuw manja la korang ni. tengok ai, menangis lam bilik air je. cool kan? Hee

Wednesday, June 1, 2011

Bye-bye

bye-bye lecturer yang baik hati.
bye-bye nota yang tebal nak mampus.
bye-bye zaman tidur dalam kelas.
bye-bye exam yang langsung tak best tu.
bye-bye kolej yang menyiksakan.
bye-bye uniform oren yang susah nak digosok.
bye-bye Selangor dan Kuala Lumpur.
bye-bye hostel yang bil air dan elektriknya free. 
bye-bye kepada stay up sampai 2 3 pagi.
bye-bye la semua!

haha. berlagak kan ai. mentang-mentang la dah habis belajar. kerek seyh. well, memang saat ni pun yang ditunggu-tunggu. siapa la yang rajin nak mengadap semua tu lama-lama kan. menyiksa urat perut segala bagai.

dengan ini, saya bukan lagi seorang student. saya adalah penganggur terhormat. ehee. seronoknya lepas ni dah duk kat rumah. makan, minum free.

tapi dalam duk excited nak balik esok, tipu la tak de sedih. aih. maunya tak sedih. rindu kawan-kawan. rindu zaman belajar. serius. walau tak best atau seksa macam nak mati pun zaman belajar, tu adalah kenangan terindah dalam hidup. zaman belajar la kita dapat kenal ramai kawan. making a good memories with them. zaman remaja yang tak mungkin kembali. ehee.

nanti kan, kalau gaduh ngan pakwe nak cerita kat sape. kalau keliru nak pilih baju masa shopping nak tanya pendapat sape. pendapat umi? oh no. kami lain selera. lepas tu kalau geram kat somebody nak ngumpat-ngumpat ngan sape. ehee. sempat je tang tu kan. hurmmm. nanti kalau ada cerita korea baru nak layan ngan sape. best layan ngan kawan. leh gelak kat member kalau ada yang nangis tengok citer. haha. suka bahan orang. aih. nanti kat umah mesti bosan kan.

adik-beradik lain sangat ngan kawan. kamceng camane pun kita ngan adik beradik, tak semua kita luahkan kat mereka kan. serius, adik-beradik Mish tak pernah pun tengok Mish nangis depan mata mereka. cover giler beb. tapi depan kawan-kawan, selamba je. tak yah nak malu.

going to miss this moment.


pendek. tapi cukup bermakna. ehee. sila la tulun jangan marah saya sebab upload video ni. ni geng 5J. ada empat orang je sebab yang sorang lagi duk rakam video ni. haha. Hunny, Suzie, Ika, Adeq. sobb sobb ampa nangis ye. ehe..


buat bye-bye macam lepas ni tak datang kolej dah kan. ahaa. esok 2hb umi datang ambil, balik ngan family ke Terengganu bumi yang dirindu-rindu. ehee. 13hb datang balik untuk induksi. induksi adalah kursus wajib untuk pelantikan sebagai penjawat awam ye. hehe. nasib baik induksi seminggu je. fuhh.

Thursday, December 16, 2010

Beliau La Cugy Si Pemenuh SB Mish

kawan-kawan ku sayam. hari ni Mish nak bercerita pasal kawan Mish yang mulut cam bertih jagung ni. nama beliau Nor Suzilawati. comel ke nama beliau ek?err..haha. 

ok, mungkin kamu, kamu dan kamu tak berapa kenal dia ni. kan kan?tapi pada mereka yang selalu je bw ngan Mish lewat malam tu pasti akan nampak nickname Cugy kat SB Mish. kan kan? terutamanya pada si AfiqBukhari sebab beliau ni dah terterima ajaran sesat daripada si Cugy ni. aihh. tu la. rajin sangat p layan Cugy tu. haha.

so, sape-sape yang nak kenal ngan Cugy ni. ni haa beliau. hehe.


so, lepas sape-sape kalau ada nampak nickname cugy kat SB Mish tu. ni la mahkluknya. haha. beliau ni memang suka interprame. agak-agak terserempak. lempang dia laju-laju k. haha. macam dapat lempang real je kan. ahakS!


opss. tersesat gambar i pulaks.. haha. dia mesti ngah suka tergolek-golek kalau baca entry spesel ntuk dia ni pasal semalam masa ym ngan beliau ni pon Mish ada bagitau nak masukkan muka beliau lam blog ni. aihh.mencemar duli lak muka budak ni yea. haha.

Tuesday, December 14, 2010

Susahnya Nak Nekad.

kalau bercerita soal hati ni. sigh~ lemah je rasa jantung ni. setiap kali nak nekad wat something. mesti takkan jadi punye. mesti ada je yang menghalang kita setelkan niat hati tu. nyampah! nyampah! sambil geleng-geleng kepala.

nampak cam kosong je kalau tak de gambar. hahaha.
hati ni, kalau tak pernah nak istiqomah. macam ni la jadinya. niat lain, tapi jadinya lain. benci je. aihh. anybody, ade apa-apa nasihat atau tips ke untuk nekad dan tekadkan hati ?? Mish ni bukan apa. lemah sangat. mudah sangat terpengaruh. aihh.

niat nak lupa, tapi wat makin ingat. niat nak kurus, tapi jadi makin gemuk. niat nak stop, tapi makin rancak. niat dah malas tapi jadi makin rajin. niat dah serik tapi makin dekat..ishhh. macam tu la jadinya kesan berbalik kalau niat tak pernah nak nekad. problem problem. 

so, conclusion kat cnie. kalau tak nak digelar insan yang tak beristiqamah, jangan la pasang niat. rasa nak buat. buat je terus. jangan ragu-ragu. jangan was-was. kan kan??

psst~
entry pendek, tapi amek masa yang lama sebab 'Cugy' kacau. siap la beliau.nak kenal ke sape 'Cugy'. kang i wat spesel entry ntuk beliau. hahaha.

Thursday, December 9, 2010

Happy Birthday Ika!!

nothing much to say friends. hari ni birthday one of my bestfriend forever. Miera. so, happy birthday dear. maaf lambat ye.

so ika..hari ni ko dah cukup tua wes. ahaks. lagi bape taun ko akan kawen..wow! tak sabar nak tunggu nasik minyak orang Johor. haha. yunk..be happy always k. love u!


ika. sori tau..nak post semalam. tapi tertidur pulak. aduss..

ika, dalam hidup kita ada macam-macam dugaan kan. 
dari awal aku kenal ko sampai skang. 
aku tahu kisah hidup ko. 
dan sebaliknya.
aku tahu ko kuat kan beb.
jangan give up dulu.
paper pun yang berlaku.
sooner or later..
akan ada hikmah manis buat ko.
ika..teruskan senyum k.
jangan mengalah.
terus melangkah.
pandang ke depan. 
sayang ko beb!!

psst~
sori lambat post. geram kat pic atas sekali tu. dah save as png. tp still ada background putih. ni dah give up. post je la. haha.

psst~
sape nak wish kat beliau p tekan gambar atas sekali u. dah link terus kat blog beliau. hehe. nak drop sini pon tadehal la!!

Friday, December 3, 2010

Maafkan Aku Beb!

maaf. entry ni untuk kawan Mish. segala kekasaran hendaklah diabaikan kalau anda berminat untuk membaca. haha. ditulis dengan penuh ikhlas dan penyesalan oleh : Mish Lollypurp!
******

beb! aku akan pastikan ko baca entry aku ni. wawawa. giler berdaulat ko kan. aku siap wat satu entry sal ko ni. aku nak mintak maaf secara terbuka ni wes. haha.

kejadian ni berlaku tanpa aku sedari. betul weh! aku pun tak pasti kenapa ianya harus terjadi pada kita. ok. sangat poyo. hak hak. beb, ko nak tau tak..yang sebenarnya, memang la dragon ball ada 7 biji. tapi ni tak de kena mengena ngan dragon ball beb. ni pasal. err..ok. better ko tengok sendiri barang bagus kat bawah ni.

tarik nafas dulu boleh??sekalilagi pliss. ko jangan marah aku ek. jangan marah aku sorang. marah la Suziey sekali. aduss. ko nak tengok tak apa barang tu? jom tengok!

*
*
*
*
*
*
*
*
*


uhuk uhuk. tadi masa aku nak kemas barang yang balik exam hari tu, aku terserempak dengan mende ni. kad matrik ko kan?kan?huhu.aku sumpah tak perasan weh. sebab dia duk satu plastik ngan barang mandi cam sabun, ubat gigi etc. adess..tapi kondisinye baik-baik saja. 

beb..ko senyum kan baca entry ni??kan?ko tak nangis kan?haha. ko jangan aku bengong weh. ko cakap la aku ni pintar plus kuat daya ingatan. haha. betul la Suzie cakap, hari tu kami pakat nak kenakan ko. tapi tak sangka lak aku yang menerima amanah pegang kad matrik ko ni. adeii..

beb, sian ko kan. kena wat report polis untuk dapatkan kad matrik baru. siap mintak tolong senior lagi. aku nak gelak jap boleh?jap je. hahaha. dah~sori eh. kang i suruh Super Junior nyanyi sorry sorry sambil godok tapak tangan untuk ko. k. chill!!

yunk!gelak la. senyum la. kalau ko stress ko baca kepala kusut ni ek.

psst~
u all.sila sokong supaya my beb ni talak malah sama wa. ish ish. anda haruslah menyokong Mish wess..Mish pancung sape tak sokong. huhu. garang tak i? dah buat salah pastu nak buat-buat garang lak. aduh. rosak-rosak.

psst~
maaf ye kalau kasar sikit entry ni. auww..tak biasa lak i. haha. wess..harga gula naik lagi doploh sen. hampeh. pasni sape nak wat kenduri kena wat air bandung. wow!tak de kena mengena ngan entry. ahaks!

Monday, November 29, 2010

Takikardia

masa tengah-tengah duk saja-saja tadi. duk goyang-goyang kaki. duk menung-menung masa depan. tetiba je jantung Mish cam takikardia. aaa? takikardia?ape tu??gaya kartun terkejut..haha.

ok ok. takikardia means degupan jantung yang laju daripada normal. nak tau yang normal berapa? google sendiri k sebab Mish pun tak tau ni. haha..konon nak ngajar orang kan? so, bila tetiba korang rasa heartbeat korang laju daripada biasa tu, maksudnya, korang mengalami takikardia. kalau bradikardia, selow punye k. ni biasa istilah yang kita guna untuk orang yang ada masalah jantung je. ahaks! damn giler Mish kan. mentang-mentang ambil kos paramedik. macam tuih je nak  bagitau semua ni. u oll yang amek doktor pun tak de nak cerita ni kan. haha.

*teett*

giler jauh terpesong dari topik sebenar tu. aisehh..ok. wekap gurl. back to our main topic. masa duk melayari waktu bahagia tadi, jantung i takikardia. Mish agak-agak dalam 140km/j. perghh..sila jangan percaya. dalam masa yang sama Mish rasa macam excited giler. rasa cam cant wait for something tau. 

tak sabar nak  kawen??ops...sipi-sipi dah tekaan tu. haha. memiang giler kaw. actually,Mish rasa cam tak sabar nak masuk kelas. nak belajar. nak mula sem baru sebagai super duper senior bukan super junior k. cewwah. jawatan cam gempak kan. ye la. tak sabar nak buli-buli junior. mana-mana yang agak tak hormat Mish. Mish nak kasi lempeng tangan cap ayam ni. haha. macam berani.

geng 5J kalau baca ni mesti gelak-gelakkan Mish ni. konpem dorang wat bahan. haha. abaikan. tapi serius. rindu sangat nak belajar. nak duk lam kelas. agak-agak ngantuk, tidur je lam kelas. maklum la, seat selalu yang terceruk. aihh..bile nak berubah la. 

tak sabar nak wat nota atau peta minda comel-comel, warna-warni. tak sabar nak tampal-tampal nota kecik-kecik kat dinding. wahh..cam meriah je kan. haha. orang dapat dekan pun lom tentu rajin macam Mish tau. hik hik. berlagak je rajin. padahal result ke lombong jugak.

okeyhh..tu je perasaan aneh yang Mish alami kebelakangan ni. nak struggle hard ntuk final sem ni. kurangkan dating, tingkatkan prestasi. ok.sila jelir beramai-ramai. hahaha.



psst~
tengok nota yang diambil dari senior semalam. perghh..mau terkentut terkencing baca. bapak r susah. ciss..memang memerlukan ketekunan yang maksima ni. mampukah mindaku???harus bermula dari bawah....

psst~
Mish agak ni efek berdebar sebab result keluar hari ni kot. perghh..hari yang mantap bagi Mish.

Thursday, November 18, 2010

Kian Pupus

12hb Nov,hari last paper, petang tu kami geng 5J sepakat la nak kuar wat girl`s hang out...alkisahnye..ada beberapa orang dari geng 5J nak cari shawl la..tudung syria la...macam-macam nafsu berbelanja mereka..hak..hak..then, ahli lembaga pengarah memutuskan untuk outing kat Masjid India dan sekitarnya termasukla Sogo.

so, Mish sebagai ahli menurut je la..sambil-sambil pasang angan kalau ada tudung kaler pink atau pepel, ingat Mish nak angkat la sehelai kan..hehe..err..jap..Mish nak cari tudung k...tak kisahla bawal ke, manjalara ke, air mata ke..yang penting tudung. Mish tak pakai shawl k..syria apetah lagi..aih...bukan demand kot...dan bukan la tak up to date..penting ke up to date??err..tapi Mish kalau pakai segala jenis tudung yang kunun up to date tu..ish.mau lari semua jejaka..hak..hak..macam belon kot muke i..auww..malu..! (plus-plus my choc talak suke shawl u..uhh)

jalan punye jalan, round punye round..hampeh...setiap kedai, gerai dan ape-ape je la korang panggil..semua penuh ngan tudung patern baru ni..nak jumpa tudung manik sehelai pon cam sakit. owh, manjalara, air mata, mata lalat..mana ampa sume pegi hah....syria dan shawl dan ariani tindas ampa ek??aduss..merana hati pasang impian tinggi-tinggi. 

masuk satu dua kedai..keluar..masuk lagi...keluar..kat penghujung jalan TAR tu baru la ada satu kedai yang jual tudung batu-batu ni..owh..dalam hati..owh..masih ada yang tak lupa diri..hak..hak..batu-batu die bentuk bintang-bintang..sangat nice kot..hehe...terus angkat kaler pink satu..

psst~
  • act, harga kat situ tak de la murah pon..lagi murah kat Terengganu kot.
  • suka tengok orang pakai shawl belit dan syria mudah sarung tu..tapi Mish belum ada level confident yang tinggi untuk pakai lagi kot..PERUBAHAN PERLUKAN KEYAKINAN..haha.
  • esok-esok kalau tudung batu-batu i tu memang dah pupus..mungkinkah Mish akan pakai telekung sembahyang lak untuk outing..?haha
ni ika ngan hani...mereka ni memang pencinta shawl berjaya..santek kan mereka..!muah geng..hak2..

i rasa i lagi santek pakai tudung biasa je kot..auww..perasan dalam humble..ceit ko Mish...haha...

hmm...apa kata selera tudung wanita lain??hehehehe..

Tuesday, November 16, 2010

HangOut with my lovely 5J....11/10

hai peepS~!!salam sayang plus rindu tahap gaban kat kamu semua..wuhahaha...tak online blog seminggu rasa cam setahun..adess..ketat punye rindu ni.hehehe...konon nak tinggal lappy coz nak fokus stadi kan..hakk tuih je..tak de nye stadi kaw-kaw pon..haha..duk gosip plus wat taik mata je lebih...

alhamdulillah, exam bole jawab la cincai-cincai..walopon ada satu dua soalan yang boleh dikatakan tahap mengom coz tak logik..tapi ni la realiti..aihh..merapu lagi aku ni..hahaha..well my deariess~thanx sangat-sangat tau coz sudi jenguk blog mish ni..at least..ada gak pengunjung..spesel thanx wat kamu-kamu yang sudi drop komen..mish rasa mish dah jejak semua pengkomen tu..kalau tak de..eerr..terlepas la tu..hehe..

seperti yang telah dijangka..dan yang Mish tunggu-tunggu..perjumpaan geng 5J....dah hampir 5 bulan tak jumpa..giler rindu kot..haha..abis emax belah tengah hari..petang tu jugak kami hang out..wahahaha..nampak sangat kaki berderap..hee~common tempat lepak kami tak lain tak bukan Sogo, Masjid India dan Times Square..haha..ntah paper kan...

jom layan gambar kami..hee~lama tak expose kan..kan..kan...hee~!!

ni time dapat uniform ngan kasut baru..haha..the 4J yang bajet badang ngan rakusnye panjat bukit tu untuk sampai ke hostel..paling gagah..tu..si ain..yang bawak 4 kotak kasut..haha..dia yang paling bising..adess...

weehaaa...posing time..Mish tak nak kalah ngan Suzy ni haa...



 hoho..ini snowman kami..orang tak abis bukak plastik lagi tu.kami dah serbu dulu..waddefish btol..kan??haha....


 oppss..posing-posing kat reben besar lak..haha..ngan si Ain Santek..adess..


 still ngan ain santekk..haha..happening giler snap gambar hari tu..pedulik r orang nak cakap kami sewel pon..yang penting gambar kami cun..haha..giler keji ayat kan??lalala~


 ni time kat Masjid India..opss..Suzy..jangan marah i taruk gambor ni k..ni je yang paling cun ari tu..haha..


 kat eskalator SOGO..haha..posing tetap posing hatta ramai makhluk time tu..wahaha...Si Ain, Ika ngan Hani~!!

haha..last..ni la kami bertiga..tinggal 3 orang je time hang out kat TS..sebab lagi dua J dah chaw dulu..aduss...



ni gambor before balik..ngah ready nak p celebrate my choc birthday..hahahaha..

haha..sekian saja entri bergambar dari Mish...semoga kamu muak plus loya tengok gambar gedik kami...

btw, takut malas nak post dah pas ni..Mish nak ucap Salam Aidiladha wat semua geng kamceng Mish Lollypurp okie......hahaha......