nampak cam kosong je kalau tak de gambar. hahaha. |
Tuesday, December 14, 2010
Tuesday, November 9, 2010
Sesuatu Yang Perlu Kamu Tahu..
Saturday, November 6, 2010
Perlu ke Macam Ni?
Tuesday, October 26, 2010
Apa Yang Manusia Cari??
Mish tau, ramai dari kita sudah tahu tentang teori konspirasi ni. sebab bila Mish cek kat komen kedua-dua blogger ni, ada yang pemberi komen tu dari kalangan sang penerjah bw bersama-sama ngan Mish.
Monday, September 13, 2010
Err..Raya aku??
- hargailah mereka selagi mereka masih ada..lau x..merempat cam aku ni haa...
- bosan raya taun ni..membazir je aku beli baju raya banyak-banyak..haha..
- nak BW..tp sume blogger cam bz je..aku je free..hahaha...
![]() |
sape paling cun..haha..ni 2 urang..adik aku...kami je la bunga lam famili..len sume kumbang..uhh.. |
![]() |
tak de rupa adik beradik kan..kan.. |
ahaaaa...ni mase kat kampung..raya-raya jugak..kalau musim buah xabiss..uh..lupakan baju kurung..luapakan ayumu..redah je..asal dapat makan...haha... |
Thursday, September 2, 2010
Motor???erkk....sorii...
p/s:
Monday, August 30, 2010
Raya Yang Tak Terundur
lagi satu...esok merdeka..aku lak post sal raya...kah2..lantak la.....
Friday, August 27, 2010
Dah Malas Dah Jatuh...padan muka...
Thursday, August 12, 2010
2nd Day in Ramadhan
semua dah bangun kan??ada yang sedang keje...
ada yang ngah blaja..
ada kelas la...
date la..
opsss!!

ada ke yang date bulan2 pose nih??
haipp~

xsalah pun...jz tangkap jeles nih..
Mr Choc jauh...
huk2....
ok..teettt...no Mr Choc today k..
kangen bangat ni dehhh...
makin sebut makin kangen dong syg..aduss..
hurm..actually, ari nidah masuk ari kedua kita sambut lebaran kan?
hah?

bukan lebaran lol...tapi baru ramadhan...
hak2..
poyo jer..pose baru 2 hari dah sebok2 ko nak raye eh..
hehe..
hurm~
tp tu la..nk mengadu jugak...
after this, tobat Mish tanak makan ubat dah..
semalam Mish punya tak tahan selsema yang teramat teruk yang menyengau kan sore merduku nih,
lantas, Mish pun menguatkan semangat ubat untuk makan actifed tu sebjik..
saiz die, ciput jerkk..
tekan kan di sini, TAPI!!
pahitnya ya ampun...
lepas minum 2 cawan air pun still rasa lagi kat lidah..
pastu mula la..rasa menyesal sangat2...
serik je rase.
ingat nak amek ubat batuk sekali..
tapi trauma punya pasal..
terus je majok ngn ubat..
masuk blik..
sleep~
tapi yang cambez nye today...selsema memang dah xde langsung lol..
yang tinggal cuma batuk jerk...
perlukah Mish teruskan usaha menelan kepahitan itu???
huk2....

gambar di atas xde kena mengena pun ngan n3 k..Mish saje letak cz rase cam dah lame x expose...hak3..
Mood gedik g2!!
Wednesday, August 11, 2010
Siapa Jodoh Kita??
so pasni xyah la nak main tarik tali lagi ekkk.....
Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan
cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan atau tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia
nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Tetapi apabila
dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia
adalah calon hidup kita yang sesuai.
Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan
bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira, dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.
Apabila berjauhan terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang atau malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya,
dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga bersedia berkongsi kisah silamnya. Tidak
perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia
menjadi pasangan kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi
hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan,
kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku
curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita.
Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan
percintaan yang sejati.
Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya-mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakah rahsia ini
perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung?Apabila
kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia
kita selamat ditangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling
percaya-mempercayai antara satu sama lain timbul dalam
hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-
rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan
yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan
kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang
memperoleh kedua-duanya.
6. Senang bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal
dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama
melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama
melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan
dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia
dapat melalui semua perkara ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan
orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting
kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana kita
yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.
Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami pasangannya.
Semasa kita sakit dia membawa kita ke klinik. Semasa kita berduka,
dia menjadi penghibur kita. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang berduka atau bergembira,
dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga sentiasa bersedia menghadapi pasang
surut dalam percintaan. Kata orang "lidah sendiri lagikan tergigit,
inikan pula suami isteri".Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan
kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala
suka dan duka, di saat senang dan susah.
dialah calon sesuai yang menjadi calon kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang
yang mengaku dia insan yang sempurna dari segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita,
dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia
memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk
memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.
Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi
dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk
masing-masing, memang kita ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria
keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan
masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama
lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila
kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Isthikarah dan Tawakal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.
Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya
ditulis yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan
solat isthikarah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini
adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah
semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan
terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini adalah
sementara. Nikmat di akhirat adalah selamanya.
kredit to : izyan syazwani
p/s :
just for fun k...kalau ada yang betul2 terkena tu alhamdulillah..kalau yang terlencong tu, bukan bermaksud tiada jodoh..al maklum lah..rambut sama hitam, hati lain-lain...kan...
anyway....gud luck wif ur relationship!
Thursday, August 5, 2010
Aku Anak Cengeng
dari luar...zahirnye aku..aku kental kerana aku anak sulong...aku kasar kerana sikapku...aku agak poyo kerana perbahasan ku...dan aku amat ego..memang xdapat di nafikan lagi..
tapi dalaman aku, dari pandangan dalam diri sebenar Najihah Sahami..aku juga ciptaan Nya yang biasa..masih punye erti tawa dalam duka..masih tau nilai air mata berbanding tawa riang..
dan aku akui akan kelemahan aku yang nyata..aku anak cengeng..aku anak manja..jiwa aku rapuh..sehingga selalu menyerah di tengah perjalanan. aku tau, anak sulong perlu kuat..kerana di setiap hujung perbicaraan, kebanyakan akan cakap, anak sulong biasanya rasional dan tabah...ya, aku perlu tabah..kerana tabah bukan sikap asal ku..aku perlu tanam untuk aku tuai ketabahan itu...tekadkan aku Ya Rabbi...
bila aku rindu, hati aku seolah mengecut, dada aku sakit..kesudahannya,air mata peneman setia aku...pedihnya rasa hadir akan rindu itu..pada mereka si pengubat duka..
bila ada masalah, aku banyak mendiamkan diri, terutamanya sekarang, bukan tiada tempat mengadu..cuma aku selesa begitu..bila melibatkan hal family, aku akan cari port di mana orang xkan nampak air mata resah aku, penunjuk jiwa kacau aku..sembunyikan najihah..sembunyikan sejauh mungkin..
begitu juga hal nya bila aku terasa..air mata mudah membenteng mata. tahan najihah..ini dugaan..tapi maaf..i'm the looser...mungkin juga aku manusia yang terlalu kompleks untuk difahami apatah lagi di selami..
bila memori lama berputar, air mata juga akan menyaksikan kenangan silam itu..menemani resah, rindu, kesal dan rintih akan sebuah memori..akan sebuah memori yang paling berharga, aku rindu kamu....walau aku tau kamu bukan siapa-siapa pada aku..maka aku ertikan erti rinduku kali ini rindu seorang kenalan..aku rindu akan memori semalam.....
cengengnya aku..air mata pada aku..bukan lah sesuatu yang baru...atau janggal..jiwa aku sensitif..pantang dicuit atau tercuit...setia mutiara itu pasti hadir, menemani segala kecelaruan..
yep, setuju..air mata bukan penyelesaian,tapi bagi aku, air mata kawan paling bernilai, fikiran akan tenang dan kosong, seolah tiada beban setelah dipujuk oleh titik jernih ajaib ini.
sesekali, aku bersyukur pada Pencipta, yang menjadikan aku secengeng ini...kerana darinya, aku belajar untuk lebih bersyukur akan nilai dan harga sebuah kehidupan. juga membuat aku lebih mengenal akan diri.
Monday, June 28, 2010
perempuan itu aku..
Aaaarrghh…amat tinggi perasaan yang terdapat dalam pemikiranku. Aku ingin jadi segalanya andai aku punya waktu.
Dan itu adalah aku. Sebaik-baik ciptaan Allah. Sangat sempurna pada pemikiran halusku. Walau aku tak punya muka cantik, sebaiknya aku masih sempurna pada penciptaan muka. Walau badanku bukanlah yang terbaik, tapi Alhamdulillah aku masih boleh bekerja, membanting menggunakan tulang empat kerat untuk mengisi perut sendiri. Dan aku tetap seorang permpuan.
Aku diciptakan Nya, dan diberi peluang untuk mengenali dunia dari rahim umi dengan asal fitrahku..perempuan. dalam debar jantung ku, dalam merah darahku dan pada kuat semangat ku. Aku adalah permpuan. Aku takkn menyerah pada gegar cubaan dunia. Takkan mudah tersungkur oleh perang pada perasaan. Namun kuatkah aku tanpa bimbingan? Tanpa sokongan?dan tanpa teladan?
P.E.R.E.M.P.U.A.N.. halus hatinya. Amat rapuh jiwanya. Dan tersangat sulit pemikirannya.
Thursday, June 24, 2010
Ada Apa Pada Kita ?.?.?
Salam..
Semalam sebelum tidor, tiba-tiba Mish terfikir….ada apa pada kita sebenarnya..
Ada apa pada peribadi kita? Pada santun kita? Pada lembut lidah kita? Pada keras hati kita? Pada jujur bicara kita? Dan pada molek tingkah kita? juga pada redup pandangan kita?
Mish juz state certain yang baik-baik….padahal semua tu bukanlah Mish pada cermin diri yang sebenar. Mish cuma seorang perempuan yang sedang meniti usia wanitanya. Masih mencari dan belajar mengenali diri. Masih berusaha memperbaiki apa yang menjadi kelemahan diri.
Bukanlah untuk menjadi ciptaanNya yang paling sempurna pada dunia akhir zaman ini, hingga langsung tiada cacat cela (langsung tak salah kalau mencuba). Tetapi Mish ingin menikmati nikmat hidup sementara ni sebaiknya. Supaya tiadanya Mish nanti, ramai orang akan mendoakan kesejahteraan Mish di sana.
Bukan juga cuba menjadi ala-ala perempuan Melayu terakhir saat Melayu betul-betul ntah berapa kerat (sume pakat duk ikut Angelina Jolie)..macam la Mish baik sangat..tapi Mish tetap mahu mencuba, apa rasa hati. Kata hati:
“jadilah kamu sebaik-baik anak pada umi dan abah, jadilah isteri yang sentiasa menyenangkan pada suami, jadilah ibu dan teladan yang baik pada anak kecil dan jadilah seseorang yang boleh diharapkan pada sahabat dan tetangga”
…
Kembali pada tajuk….
Mish sebenarnya hairan. Menjadi hairan lalu terfikir…kenapa sebaik-baik wanita tetap diceraikan suami? Ada apa pada wanita itu hingga sang suami sanggup menceraikannya. Dan ada apa pada suami hingga dia sanggup menceraikan isterinya. In case orang tak bercerai, ramai suami yang melakukan penderaan sama ada mental atau fizikal. Sedangkan hakikat masa bercinta, “I janji akan jage u sebaik mungkin” , “sekalipun bercerai badan, I takkan tinggalkan u”..ada apa pada kata2 itu??
Dalam pencarian yang belum berakhir ni jugak, Mish tertanya-tanya. Kenapa boleh ada orang suka kita dan orang benci kita pada masa yang sama? Ada apa pada diri kita hingga kita boleh punyai kekurangan dan kelebihan dalam satu masa? Dan ada apa pada orang itu hingga punya rasa sayang dan benci pada kita??
Dalam situasi agak jiwang sikit (sikit je,xbanyak pun)…ada apa pada kita hingga kita dicintainya? Dirinduinya? Dan dipujanya? Sedangkan setiap kali hati terusik, tajam lidah sentiasa menusuk hatinya. Tapi kita tetap disampingnya.
Dalam reality kehidupan, ada apa pada kita hingga kadang-kadang mempunyai perasaan yang menyentuh? Juga punya perasaan amarah? Perasaan gembira?
Sehingga tertutupnya tirai bulan dan terbukanya tirai matahari, Mish belum dapat jawapan yang kukuh. Yang ada hanya persoalan dan terus persoalan. Persoalan yang tiada jawapan spesifik..kerana aku dan kamu berbeza.
Pada Mish, Mish punya harga diri, punya mereka yang mencintai, punya kelemahan sebagai hambaNya, punya kekuatan jiwa. Dan dalam diri Mish, penuh dengan cita dan cinta. Cita pada dunia, pada komitmen, pada keinginan. Dan cinta pada mereka yang Mish cintai….
Tepuk pada dada, Tanya pada selera….
Bawah kaki ada nota VS nota kaki//:
· KITA tu cuma subjektif yang boleh sentiasa ditukar kepada aku kamu atau apa-apa saja.
· Semua yang terluah adalah menurut pemikiran mengantuk pada masa ianya terfikir. Do not take it seriously..
· Cinta juga disini bersifat fleksibel menurut pemikiran kalian.
· Mohon ampun segala silap andai segala kelemahan dan kekurangan Mish yang jelas dan nyata.