korang kapel x??ermmm, baru nak mula hubungan ek...nevermind...jangan ragu-ragu tau..kali ni Mish ada bawak n3 khas yang dibawa terbang daripada seseorang.....
so pasni xyah la nak main tarik tali lagi ekkk.....
Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
so pasni xyah la nak main tarik tali lagi ekkk.....
Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan
cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan atau tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia
nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Tetapi apabila
dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia
adalah calon hidup kita yang sesuai.
Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan
bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira, dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.
Apabila berjauhan terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang atau malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya,
dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga bersedia berkongsi kisah silamnya. Tidak
perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia
menjadi pasangan kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi
hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan,
kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku
curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita.
Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan
percintaan yang sejati.
Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya-mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakah rahsia ini
perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung?Apabila
kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia
kita selamat ditangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling
percaya-mempercayai antara satu sama lain timbul dalam
hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-
rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan
yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan
kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang
memperoleh kedua-duanya.
6. Senang bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal
dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama
melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama
melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan
dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia
dapat melalui semua perkara ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan
orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting
kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana kita
yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.
Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami pasangannya.
Semasa kita sakit dia membawa kita ke klinik. Semasa kita berduka,
dia menjadi penghibur kita. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang berduka atau bergembira,
dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga sentiasa bersedia menghadapi pasang
surut dalam percintaan. Kata orang "lidah sendiri lagikan tergigit,
inikan pula suami isteri".Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan
kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala
suka dan duka, di saat senang dan susah.
dialah calon sesuai yang menjadi calon kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang
yang mengaku dia insan yang sempurna dari segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita,
dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia
memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk
memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.
Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi
dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk
masing-masing, memang kita ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria
keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan
masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama
lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila
kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Isthikarah dan Tawakal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.
Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya
ditulis yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan
solat isthikarah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini
adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah
semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan
terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini adalah
sementara. Nikmat di akhirat adalah selamanya.
kredit to : izyan syazwani
p/s :
just for fun k...kalau ada yang betul2 terkena tu alhamdulillah..kalau yang terlencong tu, bukan bermaksud tiada jodoh..al maklum lah..rambut sama hitam, hati lain-lain...kan...
anyway....gud luck wif ur relationship!
1 comments:
info yg baguss......tumpang share yerr....
Post a Comment