tiba-tiba, mindaku dijengah kenangan lewat 6 tahun dulu..
mungkin lama bagi kamu..
tapi kalau kenangan tu sesuatu yang bermakna..bila dikenang, pasti terasa seperti baru semalam kita lalui...
6 tahun dulu, yep..bulan Ramadhan sebeginilah, lewat kenangan tu hadir meresap dalam diri aku....
dalam hati seorang perempuan yang masih sedang mengenal erti kehidupan...meski mungkin terlalu awal..keinginan tetap mengingini.
kejadian antara aku, die dan kole kacang...hah..ntah paper kan...tapi aku rindu suasana tu...betapa aku xsuka yang amat pada kuih tu..dan bila die yg menyaksikan...
hubungan erat yang terjalin tanpa ikatan dan penuh teka teki..8 tahun..aku xpernah tinggal 1 rasa yang sentiasa aku bawa. hidup ku, semangat ku, urusku dan sudahku kerana satu rasa abadi tu. aku cuba tahan, jaga supaya kuat dan berkilau.
hatta aku tau rasa yang aku pegang pernah tercalar, luka, dan pecah..aku bawa sisa-sisa yang tinggal..untuk hidup dan semangatku...aku xmintak pengharapan..namun,lazim, bila seseorang mula membawa satu rasa tu, pengharapan dijulang bersama. ye, aku terlalu melangit menyimpan harapan. salah aku. benar salah aku.
luka aku rasa, aku yang tanggung. duka yang aku tanggung, aku juga yang menderita. lalu, pada siapa harus aku mengadu. harus aku mohon diberi sinar pada rasa bawaan aku. tiada. tiada yang mampu.
dalam diam, aku titip bahagia buat dia..bahagia buat die, juga bahagia buat aku..lama kami menyulam, meski selalu tersimpul benang, terlekat jarum, kami usahakn agar membentuk sulaman yang cantik. cantik pada kami.
masa merakam segala. masa penyebab segala. haruskah semua salah di tujukan pada masa. sedangkan benang tiada mutu, jarum pula tumpul. sulaman kian koyak. putus. satu persatu. dunia seolah sunyi. saat memahami perasaan aku ketika itu.
tidak sedih. tiada duka. air mata? hanya kerana pengharapan yang terlalu berat aku pikul. seorang diri. cuba membuka mata. menerima kebenaran di celah cahaya. silau. kugagahi jua. terang. gembirakah aku??sigh~
pengakhiran...
kini, lewat 6 tahun menjauh pergi. gambaran tetap ada. rasa? samar. namun aku percaya ia tiada. tiada termampu lagi untuk aku bawa bersama harapan. keseorangan. tak mungkin. aku tinggalkan. tidak. aku tanam ia. di sebuah lubang gelap. dalam. supaya tiada yang menyedari. atau menjumpai. biar ia aman bersemadi. namun sesekali ku gali. cuba kurasa akan rasa itu. aku tewas. aku xkan mampu sekuat dulu. untuk bertahan membawanya berseorangan.
dan seawal usai teraweh tadi. penghidup rasa. ya, dia. menjengah kembali. tiada terduga. kaget. video call. cemas. ku angkat. hanya pandangan dalam mampu aku lemparkan.sayu. bukan pada pandangan yang aku ceriakan. tapi pada hati yang siap menyepi. cuba mencari kekuatan. agar aku tidak tewas secara zahir. namun, dalam, amat dalam. aku rindu. pada sebuah tatap wajahnya. manis pada senyumnya. tiada terukir pahit. ya, tiada.
kerna aku tahu. dan telah lama sedar. die kini tidak sendiri lagi. punye bunga yang setia menghiasi hari. juga seperti aku yang sudah punya kumbang. bukan aku curang. bukan aku selingkuh. hanya satu keadaan. di mana perasan aku kadang tertewas. kugagahi. cuba bermesra.
benar aku hipokrit. ku katakan aku sudah matang. tidak lagi cengeng seperti dulu. yang selalu menangis. di tengah malam. lewat petang atau awal pagi di corong telefonnya. bagaikan anak kecil diberi coklat. sebentar cuma die memberi nasihat. ringkas. aku terdiam. semangat ku hidup kembali. aku segar. dan seketika di awang-awangan.
andainya dia tau, sigh~
kisah aku. bukan kujaja. bukan ku hebah. bukan ku canang. apetah lagi cuba membuka pekung di dada, ini realiti aku. sedar aku. benar aku. aku kongsi pada yang sudi. yang pernah merasa pasti sedar. ini adalah norma kehidupan.
terus pandang kehadapan. pasti sinar menanti. jangan toleh akan gelap di belakang. semua ada di depan. terus sakit, atau miliki bahagia. optimis. aku derita akan sakit. dan aku pasti gembira beroleh bahagia. terserah. aku pilih bahagia aku. aku pilih kan hidup aku warna ceria. namun diam bicara. aku masih mengintai gelap dibelakang. walau sekali toleh. tiada yang tahu. namun bahagia tidak aku lepaskan.
5 comments:
sedey je bunyi.. oloh.. kumbang bukan sekor kan... =)
sedih ek??
hehehe..xla..semua tu kenangan lame..
jz feeling tercampak ke laut..tu yg jd cmni..hehe..
sekali sekala luah perasaan...apa salahnya :-)
hak2..tu lah..thanx 4 ur comment k...
alahai najihah sahami..along along
Salleh Gregor cakap, "Kepada Yang Berpuasa: Fuck You Off"
Post a Comment