Monday, June 28, 2010

perempuan itu aku..

Yap…aku seorang perempuan. Asal budak perempuan, meningkat remaja sebagai anak perempuan pada umi dan abah. Dan pada 8 adik. Dan aku kini boleh dikatakan seorang wanita lantaran umurku sudah melayakkan aku untuk bergelarnya kerana aku bukanlah belasan lagi, namun aku masih tetap seorang yang terlalu baru dalam hidupku. Aku juga masih terlalu kecil untuk melawan kata umi dan abah dan orang yang lebih tua sekalian. Aku juga yang akan bergelar isteri pada suamiku. Melahirkan taat, setia, patuh dan hormat pada syurga baruku. Pada khalifah yang diamanahkan untuk menjaga aku. Juga pada seseorang yang ditugaskan memberikan aku kasih sayang dan kebahagiaan sebagaimana dititipkan kepadaku sedari aku mula mengenal dunia. Aku jugalah yang akan menjadi ibu pada anak-anakku, darah dagingku, tempat curahnya kasihku. Mereka jugalah harapan aku agar menerangi kuburku dengan doa dan surah. Merekalah soleh dan solehah ku. Aku juga adalah nenek pada cucuku nanti. Ibarat menjadi ibu kali kedua brangkali perasaaan itu.

Aaaarrghh…amat tinggi perasaan yang terdapat dalam pemikiranku. Aku ingin jadi segalanya andai aku punya waktu.

Dan itu adalah aku. Sebaik-baik ciptaan Allah. Sangat sempurna pada pemikiran halusku. Walau aku tak punya muka cantik, sebaiknya aku masih sempurna pada penciptaan muka. Walau badanku bukanlah yang terbaik, tapi Alhamdulillah aku masih boleh bekerja, membanting menggunakan tulang empat kerat untuk mengisi perut sendiri. Dan aku tetap seorang permpuan.

Aku diciptakan Nya, dan diberi peluang untuk mengenali dunia dari rahim umi dengan asal fitrahku..perempuan. dalam debar jantung ku, dalam merah darahku dan pada kuat semangat ku. Aku adalah permpuan. Aku takkn menyerah pada gegar cubaan dunia. Takkan mudah tersungkur oleh perang pada perasaan. Namun kuatkah aku tanpa bimbingan? Tanpa sokongan?dan tanpa teladan?

P.E.R.E.M.P.U.A.N.. halus hatinya. Amat rapuh jiwanya. Dan tersangat sulit pemikirannya.

0 comments: