Wednesday, June 23, 2010

Friends We Are..

Entry kali ni, bersifat sahabat. Tengah2 hening pagi ni (pagi la sangat)..tiba2 je Mish rase rindu sangat kat sahabat Mish. Insya Allah sahabat di dunia dan juga di akhirat. Mungkin gangguan emosi kebelakangan ni membuatkan Mish menginginkan seseorang untuk Mish berlipurlara.
Mood : hepy,rindu,baik2 aje…

Motif : rindu geng 5J bak kata hani.

Kawan…
ingat tak mula-mula perkenalan kita?masa tu, kita semua tak rapat cam skang. Kita langsung tak ngam dulu. Ingat tak lagi saat kita melangkah kaki ke KSKB..aku dan kamu..masing2 sendiri. Masih mencari jati diri. keseorangan tanpa teman. Tanpa kenalan untuk bergantung. Menggunakan kudrat dan simpati yang ada untuk kita habiskan minggu orientasi yang ntah paper…

ada yang nangis2 nak balik..ada yang berlagak cool je, siap tolong pujuk lagi rumate yang homesick tu. Almaklumla..xpnh duk hostel..hehe..ad yang hepi coz ramai kawan. Macam2 ragam la..

Masa tu, mungkin kita ada kenalan (member 1 group) tp kita still xtau kewujudan masing-masing kn? (melenkan rumate korg le)..kita pun tak pernah sangka kita akan ada geng macam skang (bukanlah berpuak2)…tempat untuk kita bergantung waktu susah kita, waktu duka kita dan waktu senyum kita..

Tamatnya minggu orientasi, kita kena masuk kelas. Masa tu, Ya Allah..tuhan je yang tau..pelbagai rasa bercampur. Cuak, excited dan malas sume pakat gabung lam pikiran. Cuak coz takut xdapat kawan,bimbang la jugak diri ini merantau dagang..nanti tak laku dek teman.. takut jugak kena duk tempat yang ceruk2 ke. Excited lak coz nak kenal member sekelas. Dan malas coz letih minggu orientasi pun xabis lagi, dah nak kena pegi kelas lak…haipp..

Hari first tu, aku janggal sangat. Semua dah punye teman yang mesra..aku je belum. Orang lain at least, punya teman sebilik untuk dijadikan kawan, buat bersuka ria, bergelak tawa dan bersuai kenal. Tapi ak, masih mencari kerana rumate ku (kak ah)xngam ngan ak. (waktu tu la,skang da ok..xkenal maka xcinta). Ramai betul aku xngam kan..

Sigh~

Alhamdulillah, masa aku dok terkapai-kapai mencari mereka yang sudi, Ain menawarkan aku tempat bersamanya dan rumatenya. Saat tu, aku syukur sangat..sigh~ selesai satu masalah….

Ain dan ika, tula mula2 kita bertegur sebelum melarat sampai skang. Ain dan aku memang xde masalah..tapi ika….hurm.aku memang xsuke kat die. Mase tu aku rase die ni, berlagak ya ampun..tahap gaban…leceh..

Nak duk atas tilam die pun mampus kena dengar die berleter dulu. Pembersih la kononnya…padahal pas kenal..hehe..mulut je lebih upenye..hik2..

Waktu break masa hari 1st tu jugaklah aku jumpa suzy. Kat surau (penuh berkat perkenalan kami). Time tu aku dah siap solat. Tiba2 masuk la sorang minah ni, putih kulitnya tapi sayang, orangya..Ya Allah, cakduh betul…gelabah pun btol…dah la main tegur orang suka ati die je. Nasib baik aku ni agak peramah..

“awak,boleh tak tunggu saya jap”

Hisy, kenal pun idak, suh aku tunggu…tapi disebabkan masa tu aku pun xde kawan maka aku pun tunggu la die solat..tu la suzy..mula2 kitorg jumpa..

Yang jadi melarat sampai aku kenal hani plak sebab hani ni rumate suzy. Mula2 kenal tu, ak xberani sangat nak cakap ngan die. Die agak serius. Tapi lama2 she is actually an easy going person.

Suzy, ingat tak lagi mula-mula kita kenal??ko datang bilik aku..overnight kat bilik aku la kononnya cz masa tu ko ngah gila2 nak tengok citer mygirl lam laptop ak. Sampai xtido ko ari tu..marathon 16 episod (xsilap akula…)..hebat2..

Esoknya, ko, aku dan hani pakat nak kuar g the store same2…hari tu la 1st ak pegi bilik korang. (lama2 sampai lupa bilik sendiri..hehe). tiap kali aku datang bilik ko, aku paw ko punye biskut mahal2..haha..jaatnye ak..

Tapi itu la kenangan semalam..penuh makna.

Dalam tangis adanya tawa bila teringat kenangan kita.

Kita kawan..sampai mati kita adalah kawan..

Bila masa silih berganti dan hubungan aku dan ika pun dah makin ok, aku mula rasa persahabatan kita makin bererti. Geram, kecik ati dan gaduh tu adalah asam garam dalam persahabatan kita. Kita matang kerana itu. Dan kita bertahan hingga hari ini juga kerana masam muka itu. Pahit dan kelat hidup kita banyak mengajar kita lebih tabah. Lebih kuat. Sesungguhnya itulah cermin kehidupan.

Terima kasih kawan kerana sentiasa menemani setiap titik jernih yang mengalir dari mata ini. Untuk setiap semangat setiap kali hati ini berdarah duka. Dan semua yang kita kongsi bersama, suka,duka dan cerita hati kita akan aku ikat kemas bertali kan urat ku. Supaya ia bersemadi dalam darah dagingku. Kerana kamu temanku yang terindah.





Ingatkah kamu

• Ika : ko ingat tak aku penah bagi ko makan nasik goreng yang aku taruk budu (ika anti budu).Dan ko ingat tak mase kita mula2 rapat (sem 2). Bukan main berkepit lagi kita. Mase exam, orang lain study bilik suzy kita blah..masuk bilik ko..last2 bergosip..buku ntah ke mana..haha

• Hani : ingat tak mase ko kapel ngan a**p dulu..aku orang pertama yang ko kenalkan kan. Mase tu aku ngn Mr. Choc ak..ko ngan die tu. Kita jumpe kat KLCC. Dan aku ingat lagi, ko memang sporting kalau bab2 jiwang2 ni..

• Ain : ini budak aku sangat manja2 kan die woo..mau kasi lemak die naik..hehe..bes moment to remember with u is mase amek lessen. Ingat x awak nangis2 masa balik 1st day g kelas kereta ngan cikgu padil syg awak tu..haha..pastu nak tunggu ke test JPJ..ya Ampun, kite 2 ekor je tertonggeng2 kat ostel..mati kutu.last2 failed jugak..haipp..

• Suzy : haha..minah gelabah ni. Aku rindu nak duk ngan ko dan bercerita tentang lara hati masing. Sebab hati kita memang jarang tersenyum. Bertukar cerita tentang kasih yang tak tercapai. Kita punya rasa yang sama. Mujur ada yang setia menghulur sayang dan cakna saat hati tak dihargai oleh mereka.

Kawan…

Selepas hari ini, akan kah ada lagi pertemuan antara kita??akankah rasa rindu ini akan terus bertamu. Pertemuan selepas ini satu janji. Namun perpisahan selepasnya..janjinya belum pasti..akankah kita masih punya waktu untuk berceloteh dan bertukar cerita. Pabila masing2 mula menyerah diri pada komitmen yang bakal datang. Pada siapa harus aku bercerita nanti? Pada siapa harus ak lakarkan angan2 kosongku?

Yang patah tumbuh,yang hilang berganti. Tumbuh dan bergantinya kamu, dapatkah ada yang menandingi. Sesungguhnya aku rindu..rindu pada gelak semalam, pada ceria di wajah kita, dan pada sendu di kaki kamar. Semoga persahabatan kita adalah selamanya.

Mohon ampun segala khilaf dan egoku.

0 comments: