Salam..
Semalam sebelum tidor, tiba-tiba Mish terfikir….ada apa pada kita sebenarnya..
Ada apa pada peribadi kita? Pada santun kita? Pada lembut lidah kita? Pada keras hati kita? Pada jujur bicara kita? Dan pada molek tingkah kita? juga pada redup pandangan kita?
Mish juz state certain yang baik-baik….padahal semua tu bukanlah Mish pada cermin diri yang sebenar. Mish cuma seorang perempuan yang sedang meniti usia wanitanya. Masih mencari dan belajar mengenali diri. Masih berusaha memperbaiki apa yang menjadi kelemahan diri.
Bukanlah untuk menjadi ciptaanNya yang paling sempurna pada dunia akhir zaman ini, hingga langsung tiada cacat cela (langsung tak salah kalau mencuba). Tetapi Mish ingin menikmati nikmat hidup sementara ni sebaiknya. Supaya tiadanya Mish nanti, ramai orang akan mendoakan kesejahteraan Mish di sana.
Bukan juga cuba menjadi ala-ala perempuan Melayu terakhir saat Melayu betul-betul ntah berapa kerat (sume pakat duk ikut Angelina Jolie)..macam la Mish baik sangat..tapi Mish tetap mahu mencuba, apa rasa hati. Kata hati:
“jadilah kamu sebaik-baik anak pada umi dan abah, jadilah isteri yang sentiasa menyenangkan pada suami, jadilah ibu dan teladan yang baik pada anak kecil dan jadilah seseorang yang boleh diharapkan pada sahabat dan tetangga”
…
Kembali pada tajuk….
Mish sebenarnya hairan. Menjadi hairan lalu terfikir…kenapa sebaik-baik wanita tetap diceraikan suami? Ada apa pada wanita itu hingga sang suami sanggup menceraikannya. Dan ada apa pada suami hingga dia sanggup menceraikan isterinya. In case orang tak bercerai, ramai suami yang melakukan penderaan sama ada mental atau fizikal. Sedangkan hakikat masa bercinta, “I janji akan jage u sebaik mungkin” , “sekalipun bercerai badan, I takkan tinggalkan u”..ada apa pada kata2 itu??
Dalam pencarian yang belum berakhir ni jugak, Mish tertanya-tanya. Kenapa boleh ada orang suka kita dan orang benci kita pada masa yang sama? Ada apa pada diri kita hingga kita boleh punyai kekurangan dan kelebihan dalam satu masa? Dan ada apa pada orang itu hingga punya rasa sayang dan benci pada kita??
Dalam situasi agak jiwang sikit (sikit je,xbanyak pun)…ada apa pada kita hingga kita dicintainya? Dirinduinya? Dan dipujanya? Sedangkan setiap kali hati terusik, tajam lidah sentiasa menusuk hatinya. Tapi kita tetap disampingnya.
Dalam reality kehidupan, ada apa pada kita hingga kadang-kadang mempunyai perasaan yang menyentuh? Juga punya perasaan amarah? Perasaan gembira?
Sehingga tertutupnya tirai bulan dan terbukanya tirai matahari, Mish belum dapat jawapan yang kukuh. Yang ada hanya persoalan dan terus persoalan. Persoalan yang tiada jawapan spesifik..kerana aku dan kamu berbeza.
Pada Mish, Mish punya harga diri, punya mereka yang mencintai, punya kelemahan sebagai hambaNya, punya kekuatan jiwa. Dan dalam diri Mish, penuh dengan cita dan cinta. Cita pada dunia, pada komitmen, pada keinginan. Dan cinta pada mereka yang Mish cintai….
Tepuk pada dada, Tanya pada selera….
Bawah kaki ada nota VS nota kaki//:
· KITA tu cuma subjektif yang boleh sentiasa ditukar kepada aku kamu atau apa-apa saja.
· Semua yang terluah adalah menurut pemikiran mengantuk pada masa ianya terfikir. Do not take it seriously..
· Cinta juga disini bersifat fleksibel menurut pemikiran kalian.
· Mohon ampun segala silap andai segala kelemahan dan kekurangan Mish yang jelas dan nyata.
0 comments:
Post a Comment