Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Syawal Bulan Demam, manakala Ramadhan Bulan Gastrik

owh, perlu ke gambar ni? haha
lepas raya ni ramai pulak orang demam eh. patient kat sini pun ramai datang mintak ubat demam, sakit tekak, selsema. ulang dua tiga patient, sakit sama. adeh. tu la, orang raya kau pun nak raya, orang pantang makan kau kebas semua. mana la tak demam. mana la tak sakit tekak. mana la mana la mana la. mana la Mish tak membebel. haha. (semua lari tutup telinga)

ada yang demam sebab terkejut dapat duit raya banyak sangat. macam si Syrupmasin, raya pertama dah dapat RM26 hengget. tapi tak demam pulak dia. raya kedua ketiga harap-harap dia tak dapat dah. haha. tua-tua pun dapat duit raya lagi. adeh. kesian yang memberi tu.

ade jugak demam sebab makan kuih raya banyak sangat. makan tak ingat dunia. mesti takut orang lain habiskan. haha. kalau makan kuih raya yang umah sendiri tak pe la nak habiskan setabung pun. tapi kalau habiskan satu tabung kuih raya masa beraya kat umah awek. buat malu jek. nak hasut lah suh mak awek tu rejek. hoho.

ade jugak pemnadu-pemandu yang demam mungkin sebab jalan jem. tapi Mish rasa tahun ni tak de la jem sangat kot. setakat yang Mish balik hari tu pun, memang la banyak kete atas highway. tapi tak de la jem. haha. sesat je lebih. tapi tu pun nasib baik tak demam sebab masuk banyak hutan. namanya sesat kan.

masa bulan puasa, ramai yang sakit perut. gastrik, cirit birit, sembelit semua ada. bila raya ni demam, selsema dan batuk pulak yang ramai. alahai. 

pesanan Datin Najihah Sahami, Menteri Kesihatan bagi Negara BLOGGER, minum air masak banyak-banyak. tapi kalau dah takdir nak demam, demam jugak kan. hehe.

psst~
ai demam rindu sebab tak dapat raya ngan tett. haha. MIANG!

Friday, September 2, 2011

Syoknya Raya Hingga Hampir Meragut Nyawa

salam semua. apa macam raya korang? konpem yang pangkat adik-adik tu syok raya ni kan pasal dapat paw yang pangkat tua-tua ni duit raya. pui. hampeh la bagi kami yang berpangkat pertengahan ni. nak dapat duit raya pun sakit-sakit. siap rabak lagi poket duk bagi duit raya kat budak-budak. haha.

tapi tahun ni Mish jimat lagi pasal baru start keje kan. leh la wat alasan tak dapat gaji lagi. kalau tak..hohoho. makan pasir la ai nanti..

raya tahun ni tak de la meriah mana bagi Mish. harapkan baju raya je yang meriah. tapi beraya atas katil je banyak. terbaikkk kan? nak di jadikan cerita, semalam Mish gi beraya umah mak sedara kat Alur Limbat yakni dekat dengan Bukit Payung, di daerah Marang. okeh, bajet macam korang nak tau je kat mana tu Alur Limbat kan. haha. waddeperasangirl la!

lepas tu bertolak balik kol bape ntah. tapi sampai kat umah pukul 10 lebih kot. dah jadi kebiasaan musim raya ni memang Mish tidur awal. huhu. rugi betul masa remaja kan. haha.

Mish bangun tidur pagi tadi, masa rasa maca kelabu. erk..bukan mata. tapi penglihatan. pastu lekas-lekas gi tengok cermin. (ayat lekas-lekas tu cam mahal je). tengok mata Mish warna pepel. erk..apakah??

rupa-rupanya semalam Mish tidur tak tanggal lense. hampeh. nasi baik Mish pakai yang 16mm. kemungkinan dia nak masuk dalam kelopak mata tu susah sikit kot sebab besar. gler bersyukur. kalau tak dah buta dah mata ni. alhamdulillah.

ui, kalau buta, kena update blog guna braille la lepas ni. haha.

psst~
tajuk nak gempak aje kan. kalah headline lam surat khabar. hebat beb! haha

psst~
duk pikir, nak letak gambar raya ke tak eh??haha.

Monday, August 29, 2011

Shopping Yang MenCUAIkan

dah tak lama nak sambut raya kan. raya tahun ni baru je semangat nak raya kaw-kaw mwmandangkan tahun ni baju raya agak meriah. agak teruja la jugak. boleh la mengujakan sekadar menutup kesedihan di hati.

tapi..

tadi, dapat satu berita malang. terus je mood beraya satu famili ke laot. hampeh. terus tak semangat nak raya.

okeh. abaikan kisah spoil tu.

tadi mish gi shopping buat terakhir kali. konon nak beli la selipar raya sepasang. masuk je bandar ganu. hampeh. dah macam masuk bandar KL. sesak walnakmampus wes. apesal la semua suka sangat pergi shopping last minit. aiyaa. haha. padahal kena kat diri sendiri.

tengah-tengah syok shopping. boleh pulak tertinggal barang dekat simpan barang dekat satu supermarket tu. ish. lalai betul la. dapat je barang penuh kat tangan terus lupa nak tuntut kat kaunter tinggal barang. hampeh. kalau dia bagi bawak masuk je barang tu kan senang. tak de tinggal barang ke hape. 

naseb baik selipar raya adik-adik je. kalau barang Mish. auww! meleleh air liur raya. haha. tapi tadi dah suruh kawan Mish gi tuntut barang tu. gi tuntut dengan tak bawak kad nombor barang tu. kena la denda 5 hengget. 

okey, tu je nak update. nak sambung mood di tengah laott..!

Thursday, August 25, 2011

Perkara yang Biasa Dilakukan Oleh Mereka Yang Berkapel Menjelang Raya dan di Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t semua!

Ahaks. Jom ceria-ceria memandangkan beberapa hari je lagi nak raya. Ni entry buat mereka yang berpasangan atau kata yang lebih indah is, COUPLE. Nak lagi indah is, BERGEWE. Yang single pun boleh baca. Mana tau nak buat panduan. Haha. Ajar orang memiang pulak bulan puasa nih.

Anda ada pakwe? Ada awek? Bergewe? Betul tak setiap kali raya, perkara ni anda biasa lakukan.

Shopping raya sama-sama.

Wah…praktis jadi suami isteri nampak eh? Hehe. Perkara biasa yang Mish tengok orang bergewe ni adalah gi SOGO atau Jalan TAR atau mana-mana tempat membeli belah bersama-sama. Nak beli barang tu tanya pendapat pasangan dulu. “sayang sayang, cantik tak baju ni ngan baby?” auww!!

Beli baju raya warna sedondon.

Yang ni Mish pernah try sekali je. tapi tak beraya sekali pun. Tapi merasa la jugak bewarna sekali. Tapi teringin nak berdondon lagi. Tapi dia jauh. Haha. Banyak tapi kan? Tapi memang ramai pun orang bergewe yang sedondon bila di hari raya. Tapi tak raya pun, mereka tetap sedondon hatta keluar dating. Opss, terTAPI lagi. Sweet je kan. Kalau kawen nanti agaknya, satu persalinan sekali ngan cat umah pun nak sedondon kalau boleh. Haha. Terasa agak over disitu.

Ziarah menziarahi rumah mertua.

Haha. Ni bagi gewe-gewe yang ade pak mertua dan mak mertua yang sporting habis la. Kalau pak mertua yang ada misai melenting naik atas tu konpem kaw-kaw tak berani nak tunjuk muka depan rumah kan. Normally, pasangan yang duk dekat-dekat leh la ziarah menziarahi ni. Kalau yang jauh puncak Johor kapel ngan puncak Perlis. Naye beb nak ziarah.

Haha. Lagi-lagi, apa lagi yang orang bergewe ni biasa buat eh??jangan nak memalu la aih…nak terkeluar makanan celah tekak kalau malu-malu nak citer. =P

Tuesday, August 23, 2011

Tak Sabar-sabar.....

badan dah makin berisi. haruslah ke LONDON WEIGHT MANAGEMENT. haha. bajet banyak pitis lorh.

tak sabar nak balik 27hb ni. seriyes. tak sabar nak keluar dari tempat ni. tempat ni best. tapi rumah lagi best. sangat-sangat best. belum balik lagi tapi dah request macam-macam untuk dimakan dilahap balik nanti. cant wait.

insyaAllah balik nanti bawak kereta. WHU tu. makin dekat nak balik makin teruk pulak dia buat hal. tayar macam something wrong je. aiyak! gaji belum masuk lagi dah buat perangai. jangan lorh! nak jalan jauh ni. huhu..

rabu ni ikut staf pergi servis kereta. wah! makin teruja nak balik jauh bila siap pergi servis lagi. haha. before ni setakat drive setempat tak de maknanya nak servis-servis bagai. servis kereta need money. ohmai! mahal ke eh? haha. jakun kejap. tapi WHU tak mahal sangat kot. (beri janji palsu kat diri sendiri)

buat yang berjalan jauh, jangan lupa pakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan untuk perjalanan yang selamat. haha.

psst~
tak sabar nak jumpa Iman.


Monday, August 15, 2011

Dengar Radio Pun Boleh Makan Hati, jom boikot radio!!!

salam ramadhan yang ke 15 hari ni.

wah wah wahhhhh!! pejam celik pejam celik dah 15 hari kita puasa. wow!! rasa macam hebat giler dapat berpuasa 15 hari. hik hik. tak sangka kan. cepat je masa berlalu. dan lagi 15 hari nak raya. hehe. tu la pointnya. dah nak raya. yeay!!

loncat-loncat sambil kepak-kepak tangan. yeay yeay nak raya!

cakap pasal radio pulak. sebab tajuk tu pasal radio kan. siapa yang dengar mp3 tak dengar radio tak payah nak eksaited sangat ok. haha. mulai hari ni, semua radio akan mula putar lagu raya. sila baca sekali lagi. semua radio akan mula putar lagu raya. omaigot!

sedeyhhh bangat gue..T_T

rasa macam nak bakor je stesen radio tu. tak reti langsung nak menjaga hati dan perantauan anak merantau macam ai nih. berdagang kat tempat orang. so sad.....jom pakat lap hingus.

hati jantung pedal limpa semua pakat tak sabar nak balik kampung. sob sob.

Wednesday, August 3, 2011

Aku Bagi Kau Kad Raya, Kau Bagi Aku Balik.

salam semua. hari ni baru hari ketiga kita berpuasa kan? badan rasa lesu je mentang-mentang kerja. benci betul. manja tol la badan nih. badan sape ntah. haha.

dulu kan masa zaman sekolah, punya eksaited nak kumpul kad raya. kalau keluar bandar, beli dua paket kad raya lepas tu ambik alamat rumah kawan-kawan. masa ambik tu, siap pesan lagi, raya taun ni aku nak hantar kad raya. kau balas balik eh. haha.

nampak tak kebudak-budakan disitu.

sampai skang Mish simpan lagi kad raya yang di balas secara paksaan tu. haha. kenangan. sentimental value beb. zaman skang posmen goyang kaki je sebab tak de orang dah nak kirim-kirim kad raya nih. hehe.

betul tak?

Thursday, April 21, 2011

Mood : Nak Shopping Baju Raya

ahaks! giler tak mood Mish petang-petang macam ni??aiyark!

punya duk syok melayari internet nih. tiba-tiba je minda diterjah rasa nak beraya. haha. ayat pun dah cukup poyo ni. adoi. ni semua efek puasa hari Khamis, Isnin dan Selasa hari tu la ni. dah lama tak puasa sunat kan. (erk, sunat la sangat..:P)

sekarang ni tak memasal datang mood mereng nak beraya. aduhai. apa-apa je lah mood. raya lagi berbulan-bulan, berplanet-planet. kau silap datang awal ni. pergi kau main jauh-jauh wahai mood raya!! syuhh syuhh....(buat sampai terpercik air liur...hahaha)

eh, jap. dah alang-alang mood raya mai nih. meh layan jap. (memujuk mood supaya tidak away dulu). tahun ni baju kurung nak beli warna apa eh. adik-adik lain semua dah beli. siap dah ada kat umah tukang jahit lagi. Mish je yang tertinggal kereta api. adoi.

ketuk-ketuk otak. tahun ni nak beli warna OREN la. tak pun BIRU!! o yeah!!jom kawan-kawan kita bersedondon. mau??

kah kah kah..silala jangan gelak ye kawan-kawan. ni la die konon baju raya ai. kelip-kelip labuci lagi..glemer u!!
(erkk...first time melukis. so, diatas bukan muka ai ok. muka ai lawa sikit lagi 99% dari kartun diatas. haha)


psst~
harap-harap posting lepas raya. tak mau posting before raya. tak mau!! tak mau!!!!!! (hentak kaki ke siling..:P)

Thursday, September 16, 2010

Gempak La Pulak Raya Ni...!




ahaha..ok..jangan terkejut k..ni percubaan pertama Mish guna presentation ni..cam senang je..xyh nk scroll bebanyak ntuk n3 yg bnyak gambar..kan..kan..hehe..

well..raya tahun ni memang gempak la bagi Mish..memang asal-asal pada n3 ini 
ditulis,memang mood raya agak slow..pastu..start raya ke 4 tu..dah xde istilah raya atas katil..syok giler bila member ex-SMKD'Mas turun cnie ntok beraya beramai-ramai..

makanya, di atas adalah bukti kami beraya bersama pada hari raya ke 5..

then, semalam bersamaan ngan rya ke 6 plak..budak Politeknik lak terjah...sempat la merasa Mee Rebus air tangan umi..kena plak ngan cuaca ujan..oh lalalala~sonoknye...



haa..tu die pemangsa kepada mee rebus umi i..haha..

btw, thanx wat korang sume k..next year pon..sudi2 la beraya ngan aku lagik..hehe..bes kan...kan..kan...

Monday, September 13, 2010

Err..Raya aku??


still dalam mood ari raya kan..buat korang yang xpose penuh tu xyah la beria sangat rayanya..hahaha...terasa sendiri ker?oh, tidak...saya penuh..kata penuh dusta..

jujur la k..raya taun ni..bagi Mish..erm...xraya pon xpe la...hehe..eh, cam tak bersyukur plak kan..nope..bukan maksud Mish macam tu..korang ada kampung..ramai sedare mare..Mish lak..dah 2 tahun xmerasa balik kampung malam raya..bakar lemang..adusss..stop..tanak citer panjang..t air idung meleleh..haha..

kisah raya pertama :

pagi tnggu abah dan adik2 balik mayang raya sendiri xpegi..kejinya..pas salam-salam...gambar-gambar..makan-makan...terus je nek Unser pegi umah ala-ala keluarga angkat la..sebab aku membesar kat sana dan family kami memang da kamceng giler...pastu g jalan kat sebuah lagi rumah kenalan abah...then, balik rumah cz sang jejaka nak p mayang Jumaat lak..aktiviti aku paling ideal pastu..tidor..tingtong!!bangun-bangun dah Asar..terus siap-siap cz nak p umah Mak Cik aku kat Alor Limbat. Balik agak lewat..wat assemen....zzZZzz....

kisah raya kedua lak :

xjauh beza..bangun pagi..makanan dah siap..(menu: bihun goreng je)..cian umi dapat anak rajin makan tapi malas masak cam aku..haha..pastu, lam kol 11 tgh hari gerak untuk balik kampung..yahuu...waktu yang ditunggu!!tu pun jz numpang umah tok sedare jer..uhh..sedihnye..tp ok what..dari xbalik langsung..lepak sana..agk boring..sampai terpaksa layan citer Mohabbatein..ahaks..da lame tinggal citer2 Hindustan nih..sampai tertidor-tidor aku dibuatnya...aaa...tidor lagi..pastu sempat la merayap kat 2 3 buah rumah...balik lam kol 9 lebih..sambung wat assemen..then..zzZZzz...

kisah raya ketiga :

dah xnak citer..cz penat-penat pakai baju raya..last2 tertidor atas sofa...5 jam tu..haha..hebat je aku rasa raya taun ni...hari-hari raya..hari-hari tidor...

p/s :

  • hargailah mereka selagi mereka masih ada..lau x..merempat cam aku ni haa...
  • bosan raya taun ni..membazir je aku beli baju raya banyak-banyak..haha..
  • nak BW..tp sume blogger cam bz je..aku je free..hahaha...

sape paling cun..haha..ni 2 urang..adik aku...kami je la bunga lam famili..len sume kumbang..uhh..
tak de rupa adik beradik kan..kan..
ahaaaa...ni mase kat kampung..raya-raya jugak..kalau musim buah xabiss..uh..lupakan baju kurung..luapakan ayumu..redah je..asal dapat makan...haha...

Monday, August 30, 2010

Raya Yang Tak Terundur

hai..hai..Mish In DA Blog....kah2..

hurm...u ollss...dalam xsedar yekk..lagi lebih kurang seminggu nak raya...baju raya pun xde lagik..haisy~
camane ni??tipu la kalau Mish cakap Mish xde lagi baju raya..hihi...baju kurung Mish taun ni 2 pasang..xpenah2...sebab Mish bukan penggaya baju kurung yang tegar..okep..harap kalian faham...before ni paling banyak pun sepasang je baju kurung..ye la tu kot...ingat2 lupe..hehe..

korang bayangkan la..pas orang smayang raya..salam2 ngan kaum kerabat...terus masuk bilik...tukar jeans ngan t-shirt..hak2...*hakikatnya semayang raya pun Mish xpegi..aduss..

seriesly..late 2 years ni...Mish satu family xbrape nak hepi pun sambut raya...cz dah xde kampung..mane kampung Mish??kena jilat dek dinasour..kah2..bukan la...dulu, zaman arwah tok ngn nenek Mish masih ada..konpem meriah giler raya..xraya pun rasa macam raya...

malam raya ada yang tak tidor..perap ayam untuk satey la..kemas umah la...iron baju baru la..xkurang jugak yang berangan jumlah duit raya yang akan dapat t...huhu...

skang, umah tu pun da xde penghuni...dah makan dek reput-reput dah...gelap..suram..tinggalnye saki baki kenangan dan gelak yang pernah ada lam umah tu..banyak memori..kadang-kadang kalau Mish teringat sangat kat arwah dan rindu sangat ngan gelagat kepoh mereka yang pernah menghuni rumah tu..sayu...

perit amat rasa sedih hati....pilu....bukan tilu...sunyi...

kalau la masa boleh diputar kembali...............................................................


kalau diingatkan memori raya masa kecil-kecil dulu...memang lawak giler..tapi best..zaman skang pun dah xde sangat memori-memori cam dulu cz skang, asal hari ray..cerita kat televisyen semua yang best2..nak tinggak pun rugi..efeknya..anak muda, tua, sedare semua jadik malas nak kuar rumah untuk berkunjung ke rumah teman dan taulan..begitu juga kerabat sekalian...haipp~
tu belum dihitung dengan perkembangan permainan vidoe, internet semua..bila diajak jalan.....common jawapan.."xnakla..boring...bek layan desktop" adess...kalau macam ni la..batang hidung kerabat pon korang xkenal...berlaga bahu tepi jalan pun xtau yang depa tu sedara ampa..aduh..aduh...

kecik-kecik dulu...balik je semayang raya..*xsemayang pun..jz g masjid dan beratur untuk kutip duit raye dari pihak masjid...hak2....

pastu bila balik umah..salam ngan umi..ngan abah...dapat $$ lagi...pastu salam ngan sepupu..sepapak...dapat lagi $$..kaye eden kalau gnie terus...

pastu g dapur..makan2...biasanya umi la chef terhormat yang on call pagi-pagi raye...kami yang lain santap jerk..hehe...xlama lepas tu..tengah-tengah duk sonok makan lemang apa semua..dengarla geng-geng 'champion' kampung duk bagi salam...haaaa!!!cepat-cepat basuh tangan..amek beg galas yang ala sandang lintang tu..capai kasut baru..cium dulu..uih wanginye sebelum pakai...pas pakai...*xmo cakap..haha...

berjalan la kami..satu umah ke satu umah..dari umha xkenal sampai la ke umah yang kenal..dari umah melayu islam..sampai la ke umah bangla islam..korang bayangkan!!punye semangat kami punya raya $$ time tu..adehhh...

masa dulu-dulu..dapat 50 sen...80 sen tu pun dah kire syukur giler-giler...tp budak-budak skang...hampeh..dapat 2 ringgit pun dah jeling juling..cisss..dapat kat aku..aku tebuk mata...kah2...



p/s :

bayank lagi nak citer...tapi tak nak bagi korang lelehkan air liur basi kat blog Mish nih...t tercemar..kah2..maklumla...korang punye citer raya lagi ngetop teppp.....kan??

lagi satu...esok merdeka..aku lak post sal raya...kah2..lantak la.....