Wednesday, January 5, 2011

Macam Mana Nak Jadi Seorang Blogger??


Anda seorang blogger? ehem..best tak jadi blogger ni ea? best, tak best, best, tak best. ok. apa-apa je la yang korang rasa. bagi Mish, mesti la best. kalau tak dah lama Mish tutup blog Mish Lollypurp ni. buat apa ada blog kalau tak best. tapi Mish belum tutup akaun FB even FB dah rasa tak best. sebab Mish nanti senang nak jadi stalker dalam FB tu nanti. hahaha.

tak tau nak cerita pasal apa. so hari ni Mish nak membebel pasal perkara yang korang dah sedia tahu. kalau korang tak tau takkan korang boleh jadik blogger kan kan kan? apa yang korang semua perlu ada kalau nak jadi seorang blogger?pernah tak terfikir? ehee.

1 ) first sekali, korang wajib, mesti, harus dan perlu ada blog. daftar blog kamu dengan blogspot ke, wordpress ke. apa-apa je la. yang penting, ianya akan membentuk satu blog. sebab tu tajuknya blogger. wuhaha. macam berbelit je ayat. ahh. lantak la. tak penting pun untuk korang paham. 

2 ) kemudian, benda wajib yang korang perlu miliki adalah otak. otak diperlukan untuk mengerah idea. yeehaa. tanpa otak tiada idea. tanpa idea tiada entry. entry penting untuk membentuk sebuah blog. sekeping gambar pun dikira satu entry. dan satu entry dikira satu idea. ada paham? ok, semua dah angguk tu. haha.

3 ) lepas korang dah ada sebuah blog, dah ada entry. korang perlu la promote blog korang. in case korang nak war-warkan blog korang la kan. terpulang pada kekreatifan korang. nak ping blog kat FB ke, GB ke, bagitau kawan-kawan ke. up to you la guys. kalau rasa tak nak orang tau. privatekan aje blog tu. hehe. blogwalking jugak salah satu cara untuk kita promote blog tu. kita pun dapat ramai kawan. kan kan?

4 ) lepas tu korang perlu satu supplemen. iaitu, kerajinan. yess. korang perlu kerajinan kalau nak jadi blogger ni. kena rajin update even sekali sebulan. jangan la biar blog tu bersawang habuk semua. sian kat blog tu. blog pun ada perasaan. kan kan? ye ye je. haha. kalau korang dah tak nak jadi blogger tak pe la tak update pun. korang bukan Zack Zukhairi yang berbulan-bulan tak update pun trafik berpusu-pusu. pastu kena rajin hias-hias blog sikit. tacap-tacap. tak cantik pada orang lain tak pe. asal cantik dan kemas pada mata kita. baru semangat nak berblogging. kan kan??

 ehem..stok gambar lebey. hahaha. bak kata kak Ida. kalau dah namanya Mish. tak tertinggal gambar sendiri bawah entry ni. hehe. dah lama tak wat macam ni kan. actually, gambar-gambar macam ni tak penting pun kalau nak jadi blogger. cukupla sekadar jadi siri sendiri. blog kamu, kamu yang tentukan apa yang terbaiknya tu. k. 

so, berkenaan entri. apa lagi yang kamu rasa perlu ada untuk jadi seorang blogger ni? erkk..nak tambah sikit. kecekalan jugak perlu kalau kamu nak jadi seorang blogger sebab nanti, akan ada macam-macam dugaan. sama ada di banned, dikacau oleh Cik Anon, dikritik, atau apa-apa je la. alhamdulillah setakat ni Mish tak de lagi pengalaman kena perkara-perkara ni dan harapnya begitu sehingga akhir usia blog ni. hehe.

Tuesday, January 4, 2011

Nak Ajak Kamu Ngorat Depa..Mau??

salam semua!!salam satu Malaysia, salam muhibbah. cewwah. dah macam pemimpin nak buat ucapan kan?terasa macam ade rakyat jelata sendiri. ehee. pasan u!

semua dah baca tajuk? kalau dah baca bagus la. sebab Mish ada beberapa orang blogger yang dikenalpasti sebagai single mingle tapi tahap ke'available'an masih boleh diragui kot. hehe. pada blogger perempuan. sila la alert yea. kih kih. rasa macam nak jual orang la pulak. ish. jangan salah paham yea semua. diorang ni bukan abang, bukan skandal atau sesiapa pada Mish. cuma mereka antara blogger yang Mish respect plus tabik spring la. sebab Mish suka baca entry diorang. dan Mish agak selalu la drop komen kat entry depa ni. kalau hati dah berkenan. lalalalalalala~


orait. my first blogger is...this Budak Lelaki Sebelah Pintu. pintu mana jangan ditanya sebab Mish pun tak pernah tanya beliau. ehee. Mish suka blog Hizami atau lebih mesra manja kalau panggil Zami ni. sebab penulisan die sempoi. suka baca entry dia sebab entry dia pun banyak merapu macam Mish tapi die punye menarik la. dia punye ayat semua. aih. macam cerita muka ke muka kot. (face to face). senang nak paham. sesape kalau nak terjah si kembar Lin Dan ni sila la ke website belia. opss..adakah sebab beliau punye face ni macam Lin Dan menyebabkan Mish jadi follower tegar blog beliau? wooo..no komen. kang Zami malu. ehee.by the way, thanx yea Zami sebab sudi follow belog siput sidut Mish ni. ehee. malu!!


 next blogger ni, ehem. ampa semua kenal kan??sape tak kenal sila buat-buat kenal ok. malas nak cerita banyak. nanti kembang certain part susah lak. hehe. Mish suka cara penulisan entry Zaer ni. sebab senang nak paham. entry pun banyak berkisar tips berblogging dan ada jugak tutorial yang mudah nak ikut dan senang paham. so, kalau rasa tak kenal dan nak terjah. sila la ke blog Zaer ni yea. memang peramah orangnya. tak lokek dengan ilmu dan pengetahuan yang beliau ada. ehem.i puji lebih ni kena ada habuan kan kan?


AfiqBukhari yang ni seorang blogger yang mula-mula Mish kenal dulu sumpah seram sejuk nak tegur. sebab dia macam serius. tak macam adik dia. ehee. sape adik dia? ntah. carik sendiri. bajet korang tak tau la ni. wakakakaka. lama-lama kenal die ni cool ok. Mish suka baca entri dia. lebih-lebih lagi kalau entry dia marah dan nak tegur secara halus la kononnya. ehee. cara penulisan pun tak terlalu serius. ntah. Mish suka entry yang ditulis AfiqBukhari ni. entry nya ringkas tapi maksud tu sampai. beliau ni pun selalu update at least sekali sehari kali. melainkan kalau ada hal yang tak dapat nak dielakkan.


hurm..tu je la kot sedikit sebanyak yang Mish nak share. maaf ni bukan pilih kasih. cuma sekadar contoh blog-blog yang Mish suka baca dan cara penyampaian yang santai.ala...banyak je lagi. aihh..sabar-sabar noo...kang Mish cari lagi 3 lain. ish. dah, jangan ampa nak kecik ati ka apa ka. sekeh pala tau la nanti. eheee.



Budaya Berterima Kasih, Susah Ke Nak Amal?

dulu Brother Sham iaitu fasilitator Kem Motivasi kat kolej Mish pernah cakap, what u give, u get back. means, kalau kita buat baik, kita akan dapat balasan baik. dan kalau kita nak benda baik, kita mesti la buat baik dulu. kan kan?

boleh pakai lagi ke ayat tu ea. sebab kadang-kadang tu bila kita buat baik, balasannya? hurmm... kerja kita ikhlas. niat kerana Allah taala. bukan mengharap balasan semata-mata. 

kadang-kadang pernah tak korang rasa frust atau terkilan bila hasil kerja atau penat lelah korang langsung tak dibalas. hatta dengan senyuman atau ucapan terima kasih. perkara macam tu bukanlah harta terulung yang sukar dikorek atau dicarigali. sekadar diluah di bibir manis je. tapi berapa ramai yang masih tidak menyedari kesan ucapan terima kasih apabila diucapkan kepada seseorang yang telah berjasa kepada kita.

kalau bagi Mish, ia umpama kepuasan dan rasa macam berbaloi. bila rasa berbaloi baloi baloi, mula rasa nak buat lagi perkara tu kan.. bagi korang. emm..tak tau la kot. walaubagaimanapun, mungkin di antara korang yang membalas ucapan terima kasih tu dengan cara yang lain. its fine here. tapi yang nak dibangkitkan disini adalah insan yang langsung tak reti nak sebut terima kasih bila dah ditolong. aihh..susahnya nak didik manusia ni kan. ish!!

makanya di sempena tahun baru ni, berazamlah kamu untuk menjadi insan yang lebih menghargai sikit yea..

psst~
jarang lak nak ucap terima kasih pada korang-korang yang sudi singgah @ drop komen @ baca-baca entri Mish kan. ehee! entry terkena atas kepala sendiri. so, kepada sesiapa yang pernah bagi komen atau singgah ke blog pepel ni. TERIMA KASIH yea.

Monday, January 3, 2011

Blogger Lelaki vs Blogger Perempuan

hai peeps! hehe. masih bersemangat berblogging walaupun penat ngan aktiviti orientasi. mungkin bila dah mula kelas, hurm..terpaksa di selowwkan sikit demi sedikit. nak jadi pelajar berjaya la kononnya. ehehe.

hari ni entry serius sikit. ciss. macam la serius sangat. selalu je cakap entri serius. padahal. hancuss. uih..suka hati guwa la kan? waa.'guwa'?ganas-ganas. hehe. so, nak terus cakap serius ni. ehemm.. korang rasa ada beza tak antara blogger lelaki ngan blogger perempuan. uihh..jangan tunjuk kapak dulu woo...ini bukan nak mendiskriminasi jantina ok. tapi ini serius. alahai. ala-ala Wonderpet la pulak. hak hak.



bagi Mish la kan, blogger lelaki ni, cara penulisan dia lain tau. tak terlalu emo. kebanyakan blog lelaki berbaur pendapat atau info semasa. manakala bagi blogger perempuan pulak, lebih ke arah entry bersifat peribadi. Mish bercakap secara umum k. so, ada la jugak blogger yang terkecuali. jadi, jangan la terasa lebih. hehe.

dari pandangan Mish, prestasi blogger lelaki ni jugak cepat naik. tak tau nape. tengok dari segi follower dan komen semua. macam wow!! je. tengok blog, ishh..baru lagi berblognya. tapi follower dah cecah angka yang ramai la seiring ngan usia blog. kalau tang perempuan lak. hurmm..tak tau nak cakap. sebab kalau Mish secara peribadi. pertumbuhan komen dan follower serta trafik tu, macam susah je nak dapat yang tetap. jeles jugak ngan sesetengah blogger yang ada trafik tetap. means. tak update atau berblogwalking pun, trafik turun cinonnet je. apa bomoh u olls pakai aaa?

 lepas tu kebanyakan blogger lelaki ni pemalu. semua pakat tak interframe mukaa. ada la jugak yang interframe tu. tapi kebanyakan blogger lelaki seolah bersifat misteri. err..misteri. boleh terima ke ayat tu? haha. tapi hakikatnya macam tu la. tengok Ben Ashaari. mana ada letak gambar bawah entri macam Mish Lollypurp.gulp! terkena atas kepala kau! haha. 

haa..lagi satu. kekerapan update. berdasarkan penilaian mish melalui bloglist Mish kat purple boy ngan purple girl tu. purple girl yang selalu bercambah entry nye. ade certain blogger tu, satu hari. 3 4 entry publish. wahh!!! hebat kan? setiap kali refresh. ade je blogger perempuan yang update entry baru. manakala blogger lelaki lak. ada yang dua hari sekali. ada yang seminggu sekali. ada jugak yang hari-hari.ehee. di sini Abang Ben terkecuali.

kesimpulannya. blogger lelaki ke perempuan ke khunsa ke. berblogging la secara enjoy!! jangan pikir nak kumpul trafik dan follower je. kalau niat tu ikhlas. suci. murni. insya Allah semua tu datang sendiri bersama usaha yang korang kepilkan. jangan lupa tang usaha sekali tau!! happy blogging all!