Monday, July 15, 2013

Persiapan Raya

Assalamualikum w.b.t.

dah masuk puasa yang keenam kita hari ni. lip lap lip lap je masa berlalu kan. semalam tengok berita duk tunjuk persiapan raya kebanyakn manusia yang berniat nak setel awal.

macam Mish pulak, first time kot beraya sebagai status isteri. tak tau nak cakap semangat nak raya tu tahap berapa je. haha. mentang-mentang dah ada laki kan, tak raya pun tak pe. kah kah kah.

ekceli, encik hasbeng kan, seminggu oncall, seminggu free call. so, minggu oncall konfem-konfem tak bleh pi mana kan. kena duk je terperap kat rumah beb. time yang free call pulak sibuk nak balik kampung. kampung pulak ada dua sekarang. balik sebelah je, nanti kan tak kena. orang sebelah lagi cakap apa pulak. tapi nak balik dua-dua memang suntuk-suntuk la masa.

kalau dulu, cuti 4 hari untuk balik kampung tu dah heaven gilos. tapi skang, 4 hari tu pening duk atas jalan raya je ulang alik kampung awak, kampung saya. seronok kawen kan kan? sementara bujang ni u olls, selalu la balik kampung ye. itu sejenis nasihat okey.

so, bila ntah nak pergi merendek cari baju raya. tak nak banyak pun. dapat sehelai untuk raya pertama cukup la. baju masa tunang dan sambut menantu hari tu baru lagi. boleh pakai untuk raya seterusnya. jimat kan ai? haha.

berkenan jubah macam ni, lengan dia lawa kot. mana nak cari ni. huwaa.

3 comments:

diana said... [Reply to comment]

kat zalora..eh..akak dah beli pun..cer mish tengok kat www.peach.my kat fb nama peach collection..cantik2 jugak..

kiera'sakura said... [Reply to comment]

betol tue. selagi bergelar bujang ambik la peluang balik kampung slalu. saya konon nak pakai baju nikah la raya nanti. tapi dah 8 bulan pregnant mana nak buat dah hihihi. yeayyy boleh dapat baju baru lagi hihihi

.: iEyLa :. said... [Reply to comment]

hambooiii.kemain nak beraya berdua...
next year bertiga..weee