Thursday, July 25, 2013

Sedut Madu di LANGKAWI. (honeymoon)

honeymoon tu letak dalam kurungan siap-siap. kan ada yang silap paham ingat aku nak pi cari madu ntuk diri sendiri. haha. no no no okey. sedut madu tu means, nak pi cari kemanisan rumahtangga hidup berdua selepas kahwin. puitis melelesss ayat gua. understand?

ehem.

dah berminggu-minggu berlalu baru nak story cerita basi. pedulikan. yang penting aku nak setiap event best-best dalam hidup aku wajib ada dalam blog ni. yang best-best okey. tak de la best bagi korang. tapi bagi aku. best. honeymoon, giler tak best kan? haha.

perjalanan dari Bentong ke Kuala Kedah makan masa 8 jam hoi. 8 jam tau. kematu buntut duk lam kereta weh. rajin sangat nak drive kan. haha. berdua-duaan kononnya. banyak sebenarnya nak story. tapi bila jumpa keyboard rasa macam ahh malas pulak. share gambor je aci?? sebab tu je motif nak ngapdet ni. hee.

ni kira honeymoon part 1. sebab banyak lagi tempat kami nak pergi. Langkawi ni ekceli not in my list. tapi dah sepupu sponsor penginapan kan. rugi la tak grab kannnn?

so, ni tempat menginap kami.


dekat je dengan Pantai Cenang. Dekat dengan airport. dekat dengan segala-galanya lah. duduk sini baru dua hari, tapi rasa dah boleh jadi pemandu pelancong beb. wahaha.


gambo hok ni masa gi Pulau Dayang Bunting. amek pakej island hopping dapat la korang meloncat-loncat naik bot melanggar ombak air bergelora ke tiga buah pulau. ahaha. syiokk. almaklum la, honeymoon berdua, lepas tu mula la banyak gambar yang camwhore. kalau ada yang baik hati, baru ada orang amekkan. ehee. kalau nak tau lanjut pasal island hopping atau pulau ni, mohon google sendiri. oh, Mish pergi island hopping  hari tu rege dia RM30 sorang kot. mahal eh? lantak laa. dah lepas. haha.


gambar pakai suwit-suwit ni kes nak pegi naik cable car pada belah petang tu. konon syok la amek gambo sebab baju cumil-cumil cam ni kan. penat berharap agar encik hasbeng tertarik ngan kaler mabeles pepel ni tau. nasib baik dimakbulkan. haha. malangnya cable car under maintanence. kecewa! kami pun pegi la jalan-jalan kat Makam Mahsuri. bayaran masuk RM7 kalau tak silap. tapi membazir je bayar sebab rumah Mahsuri tengah renovate. ape la naseb.

hari terakhir di Langkawi. kami sekali lagi gigih ke tempat cable car. berharap ia berfungsi walaupun pagi tu petir sabung menyabung. harapan kena la tinggi kan. kitorang sampai jam 9.00pagi kot. 10.45 baru dapat naik sebab perkhidmatan cable car ditunda akibat cuaca. ikutkan Mish nak angkat kaki je. tak kuasa la nak beratur lelama. buat lenguh urat keting je berdiri. haha. tapi encik hasbeng gigih. tau sangat bini dia memang duk ngigau benda alah ni je bila sebut Langkawi. so sementara tunggu pengumuman cable car beroperasi, kami jenjalan la dulu sekitar Oriental Village nih. siap ada taman Jepun lagi kauu. haha.

 atas berkat kesabaran dia la, maka, merasa la jugak Mish naik cable car ni. ehee. tengkiyu hasbengku. :p






8 comments:

aDisH.sHidA said... [Reply to comment]

CITE BASI CITE BASI..HEHEHE...AMBOI BANYAK YE TEMPAT NAK HONEYMOON

Shila said... [Reply to comment]

igtkan cari madu utk diri sndiri tadi..

hahaha.. kemain syok kan dia jenjalan..bila nk smpai jb ni..?

Dzureen Darwis said... [Reply to comment]

So Sweet :)

Pha Is said... [Reply to comment]

tu la pasal.. skrg ni tgh hot kejap isu MADU.. hahaha

Pembunuh Tanpa Bayang : said... [Reply to comment]

langkawi.....
teringin mahu ke sini tapi entah bila masa itu akan tiba.
mungkin belum rezeki.

seronok ya kamu bercuti cuti...

Unknown said... [Reply to comment]

Bila plak la turn I nak pegi Honeymoon... lambat lagi la rasenye..

anumuchan said... [Reply to comment]

best jln2..

Salam ramadhan & selamat berbuka :)

TS said... [Reply to comment]

manissss....hiks