Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, February 8, 2017

Resepi Kerabu Maggi Siam Yang Viral

Alkisahnya akhir-akhir ni ramai sangat orang duk tunjuk makan kerabu maggi siam ni kan. Bagi aku sndiri aku dah lama stat makan kerabu maggi ni since dua tahun lepas kalau tak silap. Masa tu first time makan kan Pekan Munduk, Thailand. Sedap giler weh. RM5.50 semangkuk. Ada udang, sotong. kubis dan carrot. Keasliannya terserlah sangat sebab lengkap dengan rasa masam manis dan masin. Tak payah komplen. Hee.

Kitorang ni bukan la sejenis keluarga yang gemar makan maggi terutamanya lepas mengandungkan Amni sebab tiba-tiba ada kesedaran tentang bahaynya maggi dan bla bla bla. haha. So, since mengandung kan Amni sampai la hari ni boleh bilang berapa kali je makan maggi nak dibandingkan masa student dulu seminggu tu ada 4 5 kali. haha. Student life kan wajib ada maggi bak kata orang. Hehe.

So balik kampung hari tu suami request la nak makan kerabu maggi tapi nak macam yang kat Munduk hari tu. Kalau korang pergi Kelantan senang sangat nak makan kerabu maggi ni. Sebab bersepah-sepah orang jual. Kat pasar malam pun ada, RM3.50 sebungkus. Tapi lauk dia banyaknya sosej sosej macam tu la. Takde la RM3.50 tu kau nak dapat lauk udang ketam sotong bagai. Kitorang pun beli la stok maggi siam ni dalam 6 bungkus.

So masa lunch hour hari Jumaat yang lepas gigihnya aku masakkan kerabu maggi ni. Nak masa hari biasa tak boleh sebab ni je satu-satunya masa di mana waktu rehatnya panjang sikit dan anak-anak takde kat rumah. Kalau buat time Amni ada konfem la dia akan mintak kan. Hee..tak mau la ajar dia makan maggi.

Meh cek resepi dia yang super senang ni. Tinggal malas atau rajin je. haha.

KERABU MAGGI SIAM

Bahan :


Haaa..ni la rupa maggi siam ni kalau tak kenal. 


Maggi Siam (wajib!! kalau tak de tak rasa la keaslian kerabu maggi siam..hehe)
Sotong
Udang
Sosej
Crabstick
Sayur (optional : carrot, kubis, daun sup, daun bawang)

**Bahan-bahan ni sukatan dia ikut anggaran sendiri je.

Cara-cara :

1. Celur semua bahan-bahan dia kecuali maggi. Sama ada nak celur semuanya sekaligus atau asing-asing terpulang pada tahap kerajinan anda. Kalau boleh asingkan la sebab tempoh empuk/masak semua bahan tu tak sama. Hee.

2. Celurkan bahan utamanya pulak iaitu maggi. Lepas tu jangan lupa toskan dan kemudian masukkan dalam mangkuk.

3. Masukkan perencah yang disediakan. Kemudian masukkan bahan-bahan sampingan kita, lepas tu gaul rata.

4. Kalau rasa tak cukup masam, sila perah limau nipis atau masukkan tomato then gaul rata.

5. Kalau nak rasa basah-basah sikit boleh la cedok air rebusan tadi sikit. Tapi jangan la cedok sampai berkuah pulak ye. Kan dah tak jadi kerabu maggi siam, tapi jadi sup maggi siam. hehe

6. Paling wajib sekali dia akhirnya, baca bismillah dan makan sesopannya.



Friday, November 25, 2016

Resepi Mee Rebus Terengganu

Musim hujan sejuk sejuk ni memang nyaman perut kalau dapat makan mee rebus yang panas-panas kan? Mee rebus ni antara makanan feveret dulu kini dan selamanya. Resepi mee rebus ni aku buat guna cara umi. Memang dijamin sedap dan mudah pulak tu.



Bahan-bahan
- mee kuning 500gm (1 paket)
- 7 biji bawang merah**
- 4 biji bawang putih**
- 1 sudu lada hitam ** (boleh kurangkan kalau nak kurang pedas)
- setengah sudu udang kering **
- sayur (optional : sawi, kubis panjang, carrot, tomato)
- ayam, udang, sotong, daging (optional)
- 3 biji telur

Cara-cara



1. Kisar semua bahan bertanda ** kemudian tumis dengan sedikit minyak dalam periuk.

2. Bila dah menggelegak, masukkan ayam, udang, daging dan sotong. Kalau boleh biar ada semua ni sebab air dari setiap bahan ni boleh menyedapkan lagi rasa mee rebus ni sampai ke tahap bintang. Hee. Kalau takde takpe la. Nak buat camane kan.

3. Tambah air secukup rasa. Biar berpadanan kuah kita dengan mee tu. Takde la nanti kuah terlebih sampai tak nampak mee. Hehe.

4. Bila ayam dah nampak macam masak, boleh mula masukkan mee dan sayur-sayuran. Disebabkan kat rumah i olls ada sawi je, maka kita campak sawi je la.

5. Pecahkan telur sebiji, sebiji. Biarkan telur tu masak sekejap, baru kacau. Kalau tak nanti dapat telur hancur. Hehe

6. Perasakan dengan gula dan garam. Kalau jenis makan pak aji, boleh la letak sekali. I olls tak makan so tak letak.

7. Dah siap semua boleh tutup api, then hiaskan dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan lada merah. Kalau nak lagi best boleh buat sambal kicap dan makan bersama mee.

Thursday, November 17, 2016

Resepi Paprik Ayam Yang Mudah

Assalamualaikum w.b.t.

Paprik ni memang feveret aku selain tom yam. Kalau tomyam aku suka hirup kuah, paprik ni aku suka dia punya kepekatan kuah tu. Terasa kesedapan sos tiram dan haruman serai dan daun limau purut pulak. Fuhlamakk, meleleh air liur. Hehe.

Resepi paprik yang aku nak share ni resepi yang aku biasa buat bila nak masak paprik. Resepi ni senang, mudah dan yang penting sedap. Siapa la yang suka resepi yang renyah ye.

Bahan-bahan


Bawang Holland tak de stok masa ni. huhu.

-setengah labu bawang Holland (mayang kasar)*
-2 ulas bawang putih (ketuk)*
-2 batang serai (dititik)*
-daun limau purut secukup rasa*
-lada merah (optional)*
-2 sudu cili kisar
-2 sudu sos cili
-2 sudu sos tiram
-setengah sudu sos tomato (guna sebab takde tomato. Kalau ada tomato tak perlu la)
-sos ikan (optional)
-sayur (optional) : bunga kobis, carrot, putik jagung, kacang panjang dll
-beberapa ketul ayam dipotong kecil (boleh jugak ganti dengan udang atau sotong atau daging)

Cara-cara.

1. Mula-mula panaskan sedikit minyak. Lepas tu tumis cili kisar sampai garing tau.

2. Then masukkan bahan-bahan bertanda * dan tumis sampai naik bau.

3. Kemudian masukkan ayam dan tambah sedikit air.



4. Tunggu sampai ayam tu dah masak boleh la mula masukkan sayur. Letak je pape sayur yang ada kat rumah. sebab tu aku cakap resepi ni senang dan mudah. Jangan susahkan diri carik sayur yang takde. Hee.Untuk resepi ni aku letak bunga kobis ngan carrot je.


5. Tambah la air sikit kalau nampak macam kering sangat. Aku suka banyak kuah sebab tu aku letak air banyak sikit. Hehe.

6. Lepas tu last skali masukkan segala jenis sos yang dinyatakan tadi. Sos cili, sos tiram, sos tomato sesedap rasa ye.Then, cuba rasa sikit, kalau tawar tambah garam, takkan tu pun nak ajor. Haha.

7. SIAP.



Tips kuah pekat.
Biasanya kalau terlebih air kuah jadi cair kan? tak sedap la kalau kuah cair. Nak tambahkan sos boleh habis 1 botol sos tu kalau nak jadikan dia pekat. So, jalan pintasnya adalah korang bancuh tepung jagung dengan sedikit air, then masukkan sebelum tutup api. Kacau-kacau sikit. Lepas tu pekat la dia. Hee. Tapi aku tak suka sangat campur tepung jagung ni. So make sure masukkan air tu seadanya je.

Senang je kan. Sambil kunyah kuaci pun kau boleh masak ni. Lepas tu boleh la goreng telur dadar untuk dipadankan dengan lauk ni. Makan time panas-panas. Nyam nyam nyam.

Tuesday, November 24, 2015

Resepi : Kerabu Telur Masin yang Sedap dan Mudah

Holla!! Apa menu lunch korang malam ni? Hee..hari ni aku berbesar hati nak kongsikan resepi kerabu telur masin yang mudah dan sedappp sangat. Asyik makan telur masin kosong camtu je kan, sesekali meh la kita tukar selera.


First time makan kerabu ni masa zaman couple ngan suami dulu kat sebuah kedai kat Temerloh. Disebabkan sedap sangat, aku pun recommend kat umi masa beliau datang kat umah aku. Disebabkn keenakannya, umi pun perati la seketul seketul bahan yang ada dalam kerabu tu dan cuba buat sendiri kat umah. Mabeles sangat weh...menjadi. So hari ni nak bagi pahala mengalir untuk umi, aku akan kongsi 'kerabu telur masin umi style'.

Kerabu Telur Masin



Bahan-bahan.
4 biji telur masin siap rebus.
Daun kesum secukupnya.
1/2 kuntum bunga kantan.
1/2 biji tomato
Limau nipis.
1 ulas bawang besar
Cili api secukupnya

Cara-cara
1. Telur masin di belah 4 bahagian.
2. Cincang halus semua bahan kecuali limau nipis.
3. Gaul semua bahan yang dicincang then masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Lepas tu masukkan telur masin yang dibelah. Gaul sampai rata.
5. Perah limau nipis secukup rasa.

Dah dapat resepinya kan? ayuhlah kita masuk ke dapur. hee. Selamat mencuba.

Saturday, May 23, 2015

Resepi Laksa Penang Yang MUDAH dan SEDAP

Assalamualaikum w.b.t.

Laksa Penang ni memang feveret dari dulu lagi sebab rasanya yang sedap. Sangat popular di Penang namun bukan lah sesuatu yang ganjil kalau anak Terengganu jati macam saya ni boleh buat lagi sedap dari yang kat Penang. Haaa...gitu ayat berlagak dia. hahaha.

Laksa Terengganu pun tak  pernah buat sendiri, tapi laksa penang boleh ter rajin pulokss sebab susah nak dapat yang betul betul banyak ikan dan ada rasa masam manis yang kena dengan selera. hee.

Teringat masa peknenkan Amni. Memang laksa penang ni antara makanan yang menjadi igauan AMni masa dalam perut. dah berkedai kedai cuba sebab nak cari yang betul betul kuahnya pekat. Sampai bila duduk kat meja, terus cakap kat waiter, kalau nak order laksa penang boleh tengok kuah dulu tak? haha. sangat melampau. Last-last balik kampung, umi buatkan. Barulah kena dengan selera anak tekak Amni. okey, Amni dikambing hitamkan. haha

Hari tu lepas siap je Laksa Penang ni terus post kat FB. Dan kebetulan ramai pulak yang minta di share resepi. Resepi laksa penang ni memang mudah dan ringkas sebenarnya. cuma mungkin yang merumitkan bagi saya part nak kena asingkan isi dengan tulang. =.='

okey, jom terus kepada resepi. Resepi ni dapat la seperiuk belanga cap Buaya size 22cm tu.

LAKSA PENANG YANG PEKAT DAN LAZAT.

Laksa.
untuk Laksa saya guna Laksa cap Orang Kampung sebab susah nak jumpa laksa basah tu kat sini. So, beli yang kering tu, rendamkan air semalaman atau 4 5 jam supaya tak ambil masa yang lama untuk rebus nanti. Masa rebus tu tambah minyak masak 2 sudu untuk elak dia melekat dan tambah sedikit garam.

(A)
Stok ikan.
7-8 ekor ikan sardin yang dah dibersihkan. (boleh juga guna kan kembung kalau suka)
5 keping asam keping.
sedikit garam.
Air untuk merebus.

1. Masuk semua bahan dalam periuk kemudian rebus hingga masak.
2. Bila dah masak, keluarkan ikan untuk di asingkan tulang dan isi. Bahagikan dalam dua bekas yang berlainan. Air rebusan ikan jangan dibuang sebab boleh guna untuk buat kuah nanti. Asam keping tu boleh la buang sebab dah tak guna nanti.
3.Blender isi ikan hingga hancur. Ada yang suka ramas je. Bagi saya, blender hancur lagi pekat kuahnya nanti. :)
4. Tulang dan kepala ikan yang diasing tadi di kisar dalam bekas berasingan bersama sedikit air rebusan ikan. Lepas tu tapis, dan hampasnya dibuang.
5. Isi ikan yang dikisar, air rebusan ikan dan air tulang ikan tadi boleh masuk dalam periuk.

(B)
Kuah
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering
belacan sebesar syiling 50 sen

Masukkan tiga bahan ni dalam pengisar dan kisar halus.

(C)
2-3  kuntum bunga kantan
1 mangkuk daun kesum
5 keping asam keping
garam dan gula secukupnya.

1. Masukkan semua bahan A, B dan C dalam periuk.
2. Kemudian rebus sampai mendidih.

Laksa ni perlu ada rasa masam manis yang mencukupi.baru la ummph. Boleh tambah bunga kantan dan daun kesum kalau rasa kurang naik bau. Boleh tambah asam keping kalau rasa kurang masam.

(D)
Hiasan. (optional)

daun salad
bawang merah yang dihiris halus
telur rebus
timun
daun pudina
cili api
limau kasturi / limau nipis.

Tadaaa..dah siap Laksa Penang kita. Kuah dia kalau dipanaskan 2 3 kali lagi sedap tau.

Thursday, September 18, 2014

Resepi Kerepek Crabstick Yang Mudah dan Lazat

Assalamualaikum w.b.t.

hari selasa hari tu kan cuti umum. makanya sebagai ibu ibu, haruslah merajinkan diri di dapur. untuk breakfast tu aku sediakan bihun goreng tawar je untuk alas perut. tawar sebab aku memang kalo masak memang tak suka nak rasa-rasa. memang bajet chef terkenal la gayanya. Kesian suami aku kan, makin kurus la alahai. tapi kerana bersalah aku gantikan dengan sup tulang sedap bangettt untuk lunch kitorang. makan ngan telur bungkus. gandingan yang mantap semantap kitorang. haha.

Amni plak macam baik je mood dia hari tu, so mama nya boleh la berlagak ibu ibuan kan. aku pun rajin la masuk dapur mengenangkan betapa terliurnya tengok post kat facebook gambar Kerepek Crabstick. dah alang-alang stok crabstick beku ada dalam peti, moh le kita membuatnya. daun kari pun gigih aku import dari kampung. haha.

let me tell you first, this kerepek memang sedap lahai. rugi siapa tak cuba. dah la nak buat senang macam hembus nafas tarik nafas je. haha. okey, aku over.

Bahan-bahan

  • Crabstick
  • tepung beras secukupnya
  • lada sulah
  • garam
  • daun kari


Cara Penyediaan

first, siat-siatkan badan crabstick tu dengan kejamnya like i did ni. bagi halus mulus gitu baru sedap kan. tapi rasanya kalau tebalkan sikit pun sedap. baru terasa keketamannya.


dalam bekas yang lain, gaulkan tepung beras, garam, lada sulah dan daun kari...oh, jangan dicari mana daun kari masa ni. daun kari dalam peti. belum ambik lagi. haha.


lepas tu masukkan dalam bekas crabstick yang di siat-siat tadi. gaul gaul gaul bagi sekata tepung ngan crabstick tu.



lepas tu boleh la mula panaskan minyak, dan menggoreng.



lepas tu tunggu sejuk, dan bolehla makan dengan penuh nikmat. i tell you again, sedap sangat kerepek ni okey. ralit makan sampai tau-tau dah habis sebekas.

lepas makan, kalau bimbang berat badan naik, dont worry...set slimming Shaklee kan ada. :)

ehh..interframe anak sendiri. haha. Amni nak ucap terima kasih sebab sudi datang belog mama dia. hee.

Ahlamakkkk..lupa nak letak gambo kerepek yang dah siap masak. nanti i update lain ye you alls. heee