Showing posts with label posting. Show all posts
Showing posts with label posting. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Baru Seminggu Posting Dah Buat Hal Kecoh Satu Klinik.

as salam semua! hehe.

semalam Mish nekad nak balik lambat untuk rehat tengah hari tu. staff lain semua dah balik tinggal la Mish sorang kat Farmasi tu. niat nak online la kan. nak jenguk kawan-kawan sorang dua. update blog apa semua.

dalam pukul 1.45 pm Mish pun bergegas balik sebab nak solat Zohor. pukul 2 dah masuk kerja.

bila Mish datang pukul dua je, Mish cari la kunci. semua poket Mish seluk. tak de. err. dah mula cuak. takut. seram semua rasa la ada time tu. bayangkan, dah la budak baru. tiba-tiba buat perangai, malu tak? haha.

5 minit lepas tu staff farmasi lain datang. Mish ingatkan dorang ada la kunci spare. sekali smeua tak de. tinggal kat dalam. hampeh.

kecoh satu klinik sebab farmasi bukak lambat semalam. haha. patient berderet menunggu. semua salah budak baru nih. kah kah kah. padan muka. sape suh tempat ni tak de tenet. tak pasal-pasal Mish kena stay kat farmasi untuk online. haha.

Tuesday, July 19, 2011

Bila Apapun Tak Siap, Barula Rasa Nak Kelam Kabut


merujuk kepada entry sebelum ni iaitu yang INI. Mish bakal berkhidmat untuk warga Pahang ok. ceruk mana, pedalaman mana, tak dapat dikenalpasti lagi. aiyaa. bikin gelisah gundah gulana lol. kan senang bagitau awal-awal. tak de la kelam kabut sangat kan. 

kenapa perlu gelisah? cool aje..hahaha..macam mintak lempang je muka ni kan. 
medical check up belum terisi apa-apa pun lagi. dengar cerita sekarang ni prosedur dah lain. siap ada appointment lagi. adoi. terlekat halkum jap. bajet ada halkum. haha. mana sempat. lapor diri Isnin ni. Rabu ni Terengganu cuti sempena Hari Keputeraan Sultan. masa makin suntuk. oh demm. surat sampai awal, tapi dah memang diri ni gemar bertangguh. rasakan. hahaha. gelak setan.

surat akuan sumpah pun sama la. kalau dah medical checkup belum. yang ni dua kali belum la kan. haha. kena pergi mahkamah siap. adoi. leceh. harap-harap orang tak ramai. hihi.

lepas tu uniform kelabu asap tu tak tau la dah siap jahit ke belum. asalnya mek cina tu cakap dua minggu je. tapi mana la tau terlebih makan tettt jadi lupa kan. ades. esok ingat nak pegi setel semua. bab medical check up tu memang tak boleh buat apa la. pasrah.

adoi. benda penting semua tak setel lagi. tertekan. dah paksa umi ambil cuti siap-siap hari ni untuk setelkan semua ni. hehe. baik punya anak kan. malas nak berdikari. esok dah berlaki susah kan laki lak. tapi ni laki dapat Sarawak. camana nak susahkan dia.. huwaa. sebak tetiba. cengeng!

kena berazam ngan diri sendiri. lepas ni keje jangan bertangguh. haha. baik punya azam. tengok perlaksanaan pulak. baik ke tak baik. hua hua hua.

Monday, July 18, 2011

Yeay!! Dah Tahu Tempat Posting!!

dah tengok belum Pengkomen Tegar Blog Mish. pergi terjah ok!


selamat petang semua. just a quick update.

hati ni gelisah tak sudah lagi. cemas, cuak pun bersisa lagi. baru lepas kol jabatan apa ntah untuk tahu tempat posting. ntah berapa kali kol baru dapat. perut ni duk menggeliat sana menggeliat sini punya cuak nak tunggu depa angkat.

dup 




dap 




dup 




dap





dup





dap





dapat PAHANG.


erk! alhamdulillah. harap-harap tak dapat tempat ceruk sangat. rasanya semua yang dari Terengganu mereka hantar ke Pahang. tak aci betul. setakat ni tak dengar lagi ada orang dapat Terengganu ngn Kelantan. benci betul la. tapi ok la daripada dapat seberang kan. Alhamdulillah.

lapor diri 25hb Julai. aiyakk. baju tak ambil lagi. medical check up ngan surat angkat sumpah semua tak sentuh lagi. haha...terus kelam kabut.

lip lap lip lap mata ku berkelip. macam tak caya dah nak keje. hihi.

psst~
dia dapat Sarawak...sedey..T_T

Wednesday, July 13, 2011

Alhamdulillah, yang ditunggu akhirnya tiba!!

Assalamualaikum w.b.t.


alhamdulillah..ni la surat yang Mish duk tunggu-tunggu dari abang posmen. dengar cerita dah ramai kawan yang dapat. alhamdulillah..kepada yang tak dapat hari ni, mungkin esok akan dapat. akhirnya penantian ku berbaloi. hua hua hua.

yea!! harap-harap lepas ni cepat la lapor diri. nak kerja cepat-cepat. nak kawen! haha. silap. nak tolong umi beli set sofa dan meja makan baru dulu. hihihi.

dan paling bersyukur, Mish tengok surat medical check up dia, tak de bahagian yang kena ambil darah. syukran jazilan ya Allah. hehe. saya takut jarum..

psst~
kalau dapat gaji sebelum raya, mesti kena bagi angpau kat adik-adik taun ni kan. haha. jangan kedekut!

Thursday, July 7, 2011

Penantian Itu Satu Penyiksaan

hari ini, 7 Julai. kawan-kawan kos lain semua duk hepi gelak mengekek sebab dah tau tempat posting. dah tak payah susah-susah pikir. ada yang tercampak ke Sabah Sarawak tu nasib la. mungkin rezeki dorang kat sana kan?

yang lagi syahdu, bila awek dapat semenanjung. si pakwe-pakwe dapat Sabah Sarawak. hohoho. seksa woo. tapi mungkin ada baiknya. kalau duk seberang laut dapat elaun seberang laut kan? boleh la selow-selow simpan duit wat majlis. haha. ada bau jeles disitu.

online je Fb hari ni tengok semua post budak KSKB yang sama batch duk bercerita sal tempat posting. dorang kena lapor diri pada 18 Julai. banyak jeles. bau jeles sangat kuat disini. duduk rumah memang la heaven. tapi bila dah jadi macam ni, rasa macam, rileks sangat la pulak. erk..saya kan tak biasa duk rilek ni. hehe.

entah bila la surat posting nak sampai ni. aihh...PENANTIAN SATU PENYIKSAAN tau. memang seksa betul la. nak pergi wat part time pun rasa macam tak selamat. ye lah, keje baru 10 hari, sekali sampai surat. erk. serba salah la pulak kan. tapi kalau duk goyang kaki macam ni. 3 bulan surat tak sampai-sampai. terasa teraniaya la pulak.

ohmai! nasib la...

apa-apa pun, tahniah buat budak-budak kos Occupational Theraphy, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitan, Fisioterapi. kos X-ray ngan Nursing diam je. tak de lak dengar berita. senasib kah kita?

psst~
konon nak posting cepat, padahal uniform berlum siap lagi. hehe. nanti dah kerja mesti rasa nak menganggur balik. heaven kot menganggur ni. cuma tak de gaji je. kalau ada gaji mesti Mish dah buat kerja tetap. haha. la satu, harap-harap la Mish ngan si tettt tu dapat posting dekat-dekat. huhu.