Tuesday, July 20, 2010

oh! kamu lelaki..


semalam turn aku bertugas kat Unit Rawatan Rapi (ICU). hurm, sangat ramai patient. ada yang koma. ada yang tempurung kepala pecah cz accident, ada yang kena jangkitan kuman kat paru-paru. macam-macam la...buatkan aku sedikit seram..takut..ngeri..

walobagaimanapun, aku syukur sangat, cz aku masih diberi peluang untuk bernafas dengan sempurnanya. masih dipinjamkan pancaindera dan kehidupan fana ini oleh Nya. Alhamdulillah..

Sujudku pun takkan memuaskan inginku 'Tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa Alhamdulillah pilihan dan kesempatan Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri Semua lebih berarti akan mudah dihayati Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
by Too Phat-alhamdulillah

sedang aku duk mengisi bekas-bekas ubat patient by bed..means, unit of dose la..klw korg paham, paham la..hehehe..aku terpandang la kat sorang mamat nsem,ngn adik beradik lelaki die kot..xpun kawan-kawan die..ntah..duk lam blik nom 11 maybe..dan patient kat bed tu mmg nmpak cam tengah tenat giler. seolah sedang bertarung hidup dan mati..dam mamat tu memang ensem dari baka baik punya..pakai kemeja,tp ala-ala sempoi. pakai jeans agak ripped sket.. stylo la..die duk berlegar-legar jer lam bilik tu ngn yang len tu..juga lelaki. masing-masing da sendu pada alur mata lembut mereka. pandangan yang sayu dilemparkan pada aku.

dan aku meneruskan kerja seperti biasa. seketika aku mengalihkan lagi mata aku pada bilik nom 11 tu. dan baru aku ternampak, sorang budak perempuan, berbaju merah, sedikit gempal, sedang membca surah Yasiin mungkin. dan kadang-kadang, dia membisikkan kalimah syahadah mungkin. menguatkan si pesakit. supaya tabah menerima ujian dari Allah. jangan terpedaya dengan hasutan syaitan yang ketandusan iman. yang tidak pernah berhenti dan tak pernah berputus asa menghasut manusia hatta ianya pada nafas terakhir.

lalu aku terfikir, bukankah doa dari anak lelaki lebih afdal?? dan sebagai lelaki,bukankah lebih bagus andai mereka yang membacakan Yasiin dan membisikkah kalimah syahadah pada seorang ayah yang sedang bertarung nyawa. bukanlah niat aku nak cakap yang perempuan xboleh buat semua tu. tapi, apa guna mereka sebagai lelaki kalau bukan waktu-waktu begini??setakat duduk, menghirup udara aircond dan bersedih2..adakah si pesakit akan tenang??akan sembuh..wake up..bertawakal guys..

sayang, muka nsem, tapi tiada kesedaran disitu. ap salahnya, kalau mereka sama-sama membcakan surah untuk si ayah. tentunya si ayah akan jadi lebih kuat. malah, berbangga, andai dia tiada nanti, dia sudah boleh mengadap Yang Maha Pencipta dengan tenang,kerana sudah berjaya mendidik anak yang hensem, cantik sengan akhlak yang seiring dengannya di dunia dan diakhirat, pasti si ayah tidak akan ditanya tentang kegagalan dia mendidik anak.

aku pun bukanlah baik sangat. aku pun selalu buat silap. selalu jugak aku terleka dengan dunia hingga aku terlupa akan semua tu. tapi aku tahu akan tanggungjawab aku sebagai anak bila aku berada dalam keadaan begini. wallahu`alam.

makanya, para lelaki. ketahuilah, anak lelaki merupakan tunjang kekuatan keluarga. sehebat mana pun kita, andai kita tidak berbakti pada ibu bapa yang membesar dan mengasuh kita. jadilah kamu seperti si Tanggang. Nauzubillah.....

0 comments: