Showing posts with label boys thing. Show all posts
Showing posts with label boys thing. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Kesilapan Lelaki

umumnya, sebuah ikatan, pasti bermula dengan perkenalan, kemudian persahabatan, dan seterusnya yang lebih maju lagi.. so, ingin saya tegaskan disini, tanpa membuang masa, tenaga dan fikiran kamu, buat lelaki. jangan terburu-buru. oh mai. why lelaki. ang ni anti lelaki ke Mish? hoii. tak de nya. Mish cuma allergik sikit ngan lelaki. asal ada lelaki je, miang gatai mula la nak mai. haha.

bercakap secara jujurnya okey, Mish jenis yang susah nak sayang orang. setakat suka tu memang senang sangat. hai semua. aku suka kau semua. simple kan. tapi untuk sayang ehem ehem tu memang susah. so, Mish percaya perempuan lain adalah sama.

bagi Mish la kan, first kau kenal ngan perempuan tu wahai sang lelaki, kau jangan la tunjuk sangat kau minat dia. kau buat biasa je. kau buat cool. kau buat macam biasa. ye, macam biasa. even kau obses sangat pun dengan dia. jangan terburu-buru. lagi-lagi dengan perempuan yang macam aku yang lagi suka memburu daripada diburu. ohmai..yeye je kan.

sememangnya perasaan sayang tu kita tak boleh nak kawal. yelah..siapalah Mish untuk senang-senang je suruh korang matikan perasaan tu. bukan salah korang kan. perasaan tu memang tak boleh dikawal. tapi, agak-agak la derr. awek tu baru je putus. tak pun tengah frust menunggeng ke apa ke kau dah cakap hal anak la, minang la apa la. lagi masuk bab rindu, sayang, nak jumpa apa semua. adess. rimas tau. yess. tu perkataan paling tepat.

kalau perempuan tu adalah Mish, sejujurnya, Mish tak suka! sebab dia macam memaksa kita. seolah-olah menekan kita untuk mempertimbangkan perasaan dia. lepas tu suka cakap, "tak pe, saya sedar saya siapa". demm..tengah tensen ngan ex lagi. nak kena jaga pulak hati orang. susah tau tak. bagi masa kan senang. orang nak bertenang segala bagai duk masuk hal lain pulak. spoil.

see. entry ni dah macam luahan perasaan sendiri pulak. haha. pape je lah...tapi buat guys, bertimbang rasa dan beragak-agak la sikit. minah tu bakal suka kat kau pun boleh lari sampai phuket kalau kau gaduhhh macam tu. hadoww la.

Sunday, January 15, 2012

Jadi Lelaki Harus Lah KUAT

Aku..bukanlah Superman. Aku juga bisa nangis. Bilaaa kekasih hati. Pergi meninggalkan aku.

Ahaks. Tu lirik lagu aku bukan superman. Kan kan?siapa tak tau boleh rujuk youtube okey. Ekceli, Mish nak citer pasal ni. Mish kan, ada la kan, sorang kawan ni kan, kawan lelaki la kan, dia ni kan, kan kan kan. Haha. nyampah tak banyak kan camtu. Okeh, dia ni tak tau la nak cakap. Dia baru putus. Tak de la baru sangat. Dah hamper lima bulan kot. Tapi, ermm..ayat apa ek patut Mish guna. Emm..dia ni tak kuat. Kasar tak ayat tu.

Asal dengar lagu yang dia pernah layan ngan ex dia, dia mula la cakap teringat la. Terus tak de mood la. Tensen la. Tak pun kalau time dia teringat ke apa, terus je dia down. lepas tu gi hisap rokok la. Buat kerja bodohla. Contoh cam pi tumbuk dinding sampai tangan luka la apa la. Bongek tak keje camtu. Apa kalau kau buat camtu ex kau tu nak balik la kat kau. Haishh.

Sebagai lelaki, tak mau la tunjuk lemah. Mish pun ada jugak turun naik, tapi, cuba la tabah. Cuba la bertahan. Belajar terima hakikat. Mengeluh pun tak baik kan. Be gentleman. Baruuuu la ramai perempuan minat. Hehe.

Kan saeng-saeng ku sayangggg??heee.

Sunday, January 1, 2012

Euw..ANNOYINGnya BOYFRIEND ni.

Okeh, first of all, cara nak sebut euwww tu haruslah gaya Anwar Hadi. Yeahh. Anwar Hadi. Kalau dah lupa siapa mamat tu sila la google atau search youtube. Berlambak-lambak keluar gambar atau video beliau. Auw..lama tak skodeng mamat nih. Haha. zaman skang, perempuan skodeng lelaki. Sila contohi amalan nih okeh.

Korang pernah tak dapat beberapa orang boyfriend yang mempunyai tahap ke’annoying’ an nak mampus! Haha. kasar ayat Mish? Tak de la kasar sangat nak dibandingkan perangai boyfriend yang disenaraikan di bawah.

Boyfriend taik idung masin
Carta terunggul ni. sape-sape penah dapat atau sedang dapat boyfriend taik idung masin? Masinnya taik idung dia tu tak de la sampai korang kena rasa dulu. Haishh. Geli pulak bila di bayangkan. So, anda di harap jangan membayang la ye. Boyfriend jenis ni bukan nya dari kaum yang miskin. Most of them ada je duit, tapi sayang nak bawak kuar. Nak jugak guna duit perempuan. Setakat minum air segelas dua. Beli roti coklat seketul dua ok la. Tapi ni masuk pizza kepsi semuaaa nak girlfriend bayar. Cis…tak gentle langsung. Dayus lagi adala..sebab makan duit perempuan. Setuju?

Boyfriend mata keranjang
Orang lain main bola keranjang dengan tangan, tapi boyfriend kamu main guna mata. Hebatt! Tahniah pada si girlfriendnya. Haha. dapat pakwe yang pantang nampak perempuan berdahi kurap pun nak sapu. Apatah lagi yang berdahi licin. Aiyakk.. ampa perempuan desperate nak berlaki sangat ke kalau dah lelaki camni pun nak pilih lagi. Nasihat gua, tak payah la beb. Mak ayah pun malu kalau tau bakal menantu depa macam ni. jangan pilih eh kamu kamu dan kamu. Jangan pilih lelaki macam ni. seksa hati tauuu!

Boyfriend jual ikan busuk
Pernah dapat boyfriend selfish? Selalu pikir pasal diri sendiri je. dah jual ikan busuk, duit tu masuk poket sendiri. Huh. Bila ada masalah terngedeh-ngedeh datang kat kita. Menempel-nempel cerita masalah. Bila time kita ada masalah, baru nak stat mukadimah, dah cakap ngantuk. Macam hampessss je lelaki camni. Encik pakwe, ai rejam u sampai mati kalau buat macam ni ka tai. Ngerti??haa. semua angguk..

boyfriend just take never give
haa..wahai kaum lelaki sekalian alam. Pinjamkan matamu plis. Ramai lelaki yang jenis macam ni. si girlfriend bagi macam-macam jenis hadiah. Kamu balas dengan senyuman je. alas an kamu, senyuman itukan sedekah. Padahal barang untuk perempuan bukan susah pun. Beli penyepit rambut harga limaplohsen pun perempuan dah suka hati. Tapi kalau awek korang tu kenis yang materialistic nak barang yang mahal aje memang padan la muka ampa. Sape suh pilih pompuan camtu. Hahahaha. Gelak setan. Dushh. Nyah kau setan.



Dah baca habis dah?so, boyfriend kamu jenis mana? Jeng jeng jeng!!


Wednesday, November 9, 2011

Lelaki Itu Bodoh Bila.....

 opss..yang ni tak bodoh ok! yang ni kawaiii....hahahaha. buerkk! sape kenal mamat nih angkattttt meja!

ehem ehem...para lelaki sekalian.datang sini meh. nak bagi ceramahhh sikit. ishh..

ada la orang tua ni pesan , lelaki yang tak pandai nak mengawal amarahnya adalah lelaki yang tidak bijak. tidak bijak adalah sangat sopan berbanding bodoh kan? so, jom guna tidak bijak. lelaki yang bijak akan menggunakan akalnya untuk mengawal keadaan. lelaki yang bijak tidak akan memburukkan keadaan. sebab itu la Allah s.w.t bagi lelaki lebih akal berbanding perempuan. ada pahammm? hehe.

oleh itu para lelaki, kawal la emosi kamu okeh. Mish pun tak suka lelaki marah-marah nih. menyampah tau tak. sembur sana sembur sini. nak tunjuk ganas? tak perlu!! bajet hebat la bila dia marah. hek eley, kalau kau boleh marah, aku boleh mengamuk. amacam? hak hak.

lelaki yang macho is lelaki yang melayan perempuan seperti perempuan. kalau perempuan tu berapi, di haha. ayat dah macam kambeng hilang janggut. okbaiiii!

Friday, June 10, 2011

Kesian Lelaki Sekarang Banyak Pesaing | Penangan NORA ELENA

huwa huwa huwa. terasa nak tergelak bila teringat fenomena Nora Elena. haha. korang layan tak??layan tak?? ceit. dan-dan tak ngaku kalau tanya camni kan.

tapi serius super hot super vogue drama ni skang. walau pukul 7 sekalipun sanggup tengok. aiyaa. erk, Mish tak layan sebab waktu maghrib memang umi tak bagi bukak tv. hehe. baik la kejap kan. cuba buat pukul 1 2 pagi. sanggup tongkat mata ngan batang penyapu tak nak bagi tidur.

back to our main topic.

cuba tanya perempuan-perempuan diluar sana, kalau nak laki kannn...u oll nak laki macam mana? konfem-konfem jawab yang macam Seth Tan. haha. alasan? sebab romantik. auww. memang sangat romantik pun. Mish layan kat tonton.com je satu dua episod. hehe. memang la suwittt sangat kan. aih. ada ke lelaki macam tu atas dunia ni eh? ada ke? ada ke? (abaikan la part dia rogol Elena tu. rosak la sikit saham dia kalau ada yang tu kan. ehee.)

kawan-kawan Mish pun ramai duk gila si setan ni. eh, Seth Tan. mau mengamuk peminat Seth Tan kalau tau ai tulis nama hero dorang camni. haha.

lepas tu kan, kalau yang ada pakwe-pakwe tu pulak duk sibuk berangan, kan best kalau pakwe aku macam ni... adoi. parah la korang ni. last-last kalau tak kena sikit. nak suruh si pakwe pujuk macam Seth Tan pujuk Elena. haha. lawak seyh. mampuih la semua lelaki dalam dunia ni kalau nak ikut sangat watak plastik dalam drama tu. aduyai. naseb la kamu lelaki.

lepas ni lelaki boleh la ramai-ramai buat bantahan cerita romantik-romatik macam ni. takut tergugat. kua kua kua. haha. dah la lelaki dah kurang sekarang ni. auww. SINI ada bukti salah seorang peminat Seth Tan. ehee. lepas ni ramai-ramai pakat minat Irfan Ikmal dalam Stanza Cinta pulak yea. haha. tapi..Irfan..Irfan seloww sikit eh. ^^

psst~
teringin nak lelaki macam Baek Seung Jo jerw.. haha. dan lagi kan. tapi kan. sebenarnya kan..dah ada orang nak pun dah kira syukur. macam la muka haku stok-stok muka laku. ueww..sadisnya ayat. haha.

Sunday, May 22, 2011

Perempuan Pisau Cukur, Lelaki Jangan Jadi Bodoh.

alahai. banyak sangat nak bebel hari ni. rasa sangat-sangat banyak benda nak dibebel. tapi apakan daya, rasa paling teringin nak bebel pasal perempuan si pisau cukur. dengar pun macam seram. ringkas kata, perempuan MATERIALISTIK! nanti mati aku sumbat CHOPSTICK! tik tik tik.

stop crapping. geez~
tak tau kenapa, sekarang ni aku rasa asyik nak post entry pasal hidup berpasangan nih. haha. annoying kan? bia la.

Perempuan : 

seriyeli si pisau cukur. saya sebagai perempuan pun tak paham dan merasa annoying sikit dengan perangai kaum sejenis saya yang berperangai macam ni. perangai yang memalukan kot. pilih bulu. berkawan dengan mereka yang punya duit je. dapat keluar 100 kali pun tak pe ngan lelaki berduit. yang penting save budget. habis madu sepah dibuang. bila nak baik bila tak nak buang. bila rasa nak amek balik. erk. apa perasaan eh buat orang macam tu. hanya kerana duit, maruah di letak bawah kaki. ohmai! kasarnya bahasa ai hari ni. but i have to. this is the truth. pasang dua tiga orang kaya-kaya. tak kaya pun asal berduit. bermulut manis dengan semua jejaka. guna kelebihan menggoda lepas tu kikis apa yang patut. rasa bosan tukar lain. macam baju kau buat diorang. tak takut ke nanti kau pulak yang dipermainkan. hidup ni karma. jangan la bongkak sangat dengan kecantikan tu kalau tak tau nak balance dengan perbuatan. Mish pun bukan la baik sangat. tapi kalau perkara remeh macam ni, reti lagi kot fikir. lelaki ni kalau dah sakit hati, ranaplah korang kalau diorang balas dendam. mungkin satu hari nanti korang bertemu buku dengan ruas.

Lelaki : 

dah setel bebel perempuan. bebel sal lelaki lak. lelaki ni pun satu. tuhan dah bagi 9 akal. nak jugak ikutkan nafsu yang satu tu. come on la guys. sampai bila korang nak habiskan hidup korang dengan perempuan macam tu. korang yakin ke dengan memewahkan pasangan korang tu, pasangan korang akan setia ngan korang. ahaks! tipikal nya korang. lelaki jenis ni la yang memalukan lelaki-lelaki lain kan lelaki-lelaki lain kan. dapat awek cantik dah rasa cukup bangga, lepas tu habiskan semuanya untuk puaskan perempuan tu. auw! seramnya ayat tu. tapi betul kan. lelaki ni kalau tak pandai kawal nafsu. habislaaaa kena ngan perempuan. jadi la buta kerana cinta palsu. dah tau perempuan tu jenis macam tu. nak jugak teruskan. konon ada optimistik, nak tunggu perempuan tu berubah. ceh, plis r. boleh pakai ke optimistik korang tu. pikir la sendiri. sendiri dah baligh. dah sunat pun. malas nak ngajar. nanti cakap ai memandai-mandai.

alhamdulillah jenis-jenis macam ni tak de kot dari kalangan kawan-kawan Mish. dan harap sangat takde. kalau ada, meh nak bebel depan-depan. hahaha.

psst~
semalam satu hari hilang duk layan citer Playful Kiss. best giler! balik-balik je hari ni post entry bebel panjang-panjang. annoying kan Mish nih. adeh. dah post ni. rasa puas sangat!:)

Saturday, August 21, 2010

All About Boy..Perempuan Mesti Tahu.

ehem...lafaz Bismillah..

takut jugak sebenarnya nak tulis n3 ni..erkk...mana la tau kalau ada yang tersilap..tapi based on my pengalaman, rasenye..ni lah yang dapat dicoretkan..

ok...semalam dah post sal girl kan..so ari ni ari boy lak..adil kan??lagipun idea ni tercetus dari Wan Gerrard..so, thanx 2 him...hehe..



ok girl out there..o yeahh...meh kite layan..pe yang patut kita tau sal boy nih..

  1. okeyp..1st thing is..pasai jiwa depa...ramai cakap lelaki ni keras..lebih2 lagi bila pekena kemeja hitam, jeans Levi's, spek itam...and sepasang kasut..wahhh...cam kental kan..tapi dalam hati sape tau...hah..sape tau??boy pun ada sensitiviti sense k..bak kata adnan sempit..dalam hati ada taman..so, korg pompuan jgn la mentang-mentang korg rase dorg kental, korg ley wat paper je..depa still ada hati dan pasaan ok??
  2. boy juga menangis...yes..they do..especially untuk girl yang dorg memang betol-betol sayang dan cinta..ada girl cakap lelaki xmacho bila menangis..tapi kalau dah kena atas pale sendiri baru korang tau sape yang macho sape yang xmacho..@ least dorang jujur ngan hati sendiri..dorang jadi diri dorang yang sebenar..well, bukan semua boy sanggup menitiskan airmata depa hanya kerana sorg girl..
  3. girl lemah lembut..ok..ni depends k..ada jugak boy yang suka girl ganas..memang unik kan..tapi mostly nakkan girl yang lemah lembut..bukan lembap lembu k..yang wat keje pun slow motion..xpun saje-saje wat lembut cam kena rendam softener...tu sume rejected product..lemah lembut disini means..dorg tau camane nak respek each other..dan ngn orang sekeliling..wat keje sume nampak sempurna..cam, xde nak main campak-campak, baling-baling...erm..ala-ala gadis kampung g2..haa..ni boy suke..model perempuan melayu terakhir gitu...hehehe
  4. ok, pasai ayat depa plak..ermm..kalau si boy tu dah cakap "xpe la dulu" @ "tengokla camane" @ ringkasnye.."erm.."..dats means..ada somethng yang boy tu xsetuju atau berat hati..so, girl jangan la wat angin blur and go on je mende tu..concern la sket...ok...
  5. ni satu lagi...boy ni biasanya bila dah sayang kat girl tu..hati, jiwa dan perasaan die sensitip k...pandai merajuk-rajuk plak..normal la..boy pun nakkan perhatian..depa ada feeling depa k..jangan perlekehkan..so, u oll sebagai girl dorang, jangan la maki hamun lak bila boy majok2 nih...pujuk la leklok..kalau nyata dan jelas ampa wat salah..say sory je la..nak main tarik tali wat pa..last2 sorang ke muara sorang ke hilir..xbau nasik minyak lak..hehe..
  6. kalau kapel jauh-jauh...sape cakap boy xpenah rindu..korang dengar ke kata hati depa?kadang-kadang boy ni rindu..cuma dah adat..lelaki bukan la jenis yang meluahkan kot ayat..tapi kita boleh tengok melalui cara depa..mesej dan telefon xlepas-lepas...
  7. pastu boy ni..kalau depa sayang kat si kekasih hati depa..depa xpenting diri..semua depa sanggup wat untuk Mrs Aweq..dari utara depa boleh turun ke selatan kalau Mrs Aweq mintak..paper pun dorang sanggup korban untuk girl..pendek kate, depa ni kalau bercinta..memang everything untuk girl la..so, girl out there..take this note..appreciate them!!
  8. kalau bab cemburu boy lak..aisy..memang jangan memasai k...depa punya sense of jeles tu tinggi..depends la kot..erm..pe yang bese wat lelaki ni jeles??k, antaranya, kalau girl asek duk sebut sal ex die dulu..xpun mata Mrs. Aweq asek duk sebut-sebut nama boy lain..lebih sadis lagi kalau Mrs Aweq layan boy lain lebih dari layan boy sendiri..contoh cam..ngah syok2 kuar date korang girl ley lagi mesej2 ngan boy lain atau angkat kol boy lain..takat tanya sal keje or important thing never mind lol..tp dah sampai tahap manja + gedik..memang cari nahas la ampa...boy memang xsuke kalau ada mane-mane lelaki dekat or rapat ngan sang bunga hati nye...
  9. Inchik Boy ni suke mengongkong???okey..jangan salah paham ngan depa ni haih...bukan pa..kadang-kadang boy camni bukan nak kongkong coz nak seksa Mrs. Aweq or nak sekat sosial life girl tu..tapi most of them dapat girl hot-hot..mane la x bimbang hati si boy..boy ni sangat-sangat takut kehilangan girl yang dorang betul-betul sayang nak wat bini tau..kena la jage betul-betul..t kalau xamek tau langsung kang..cakap xsayang..huhu..
  10. last but not least..boy juga ada trauma bila ditinggalkan kekasih hati..kepercayaan mereka terhadap girl akan berkurang..mereka akan mengambil masa untuk memulihkan kepercayaan ni..girl..jangan ingat bila putus atau ditinggalkan, si boy takkan rase paper..percayalah..dorang juga menderita..cuma mungkin mereka sedang menabahkan diri..sebab tu tiada riak di wajah duka mereka...tiada siapa yang suka akan kehilangan.....

    p/s :

    • manusia ni..rambut sama hitam..tapi hati lain-lain..perangai pun beza-beza..tak sama..kalau semua sama..xunik la kan??hehe...so, pe yang aku cuba coretkan at atas mungkin ada yang anda tak setuju..dan ada yang setuju..tak semua di atas benar...tapi sepanjang pengamatan Mish...inilah yang berlaku..
    • korang ada nak tambah paper ke??mende alah ni pun cam banyak kurang nih...leh a suggest kat komen bawah k..huhu...sori lau ada yang silap...