Wednesday, April 19, 2017

Resepi Sup Ikan Siakap ala Warung Pak Mat Teh Tarik Madu

Disebabkan encik suami masih tak boleh move on dengan sup ikan Warung Pak Mat Teh Tarik Madu nun, maka gigih la aku pergi pasar untuk beli ikan siakap nak buat sup ikan ala ala kedai Pak Mat tu.

Bahan-bahan serius main campak je. Sebab aku tengok resepi yang kat google ni macam tak menggiurkan aku sangat. Ada yang cair putih jernih macam tu je. Ada yang pelik sangat. Tak rupa kedai Pak Mat seperti yang dalam ingatan aku. So dengan bahan-bahan yang tercampak ni maka terjadi la sup ikan siakap ni. hehe. Biasa ikan siakap orang duk buat masak stim ngan tiga rasa je kan. So meh kita tukar selera sekali sekala.



RESEPI SUP IKAN SIAKAP

Bahan-bahan

Bahan A (untuk dikisar)
  • 3-4 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan B (untuk ditumis)
  • 1 biji bawang besar (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 3biji bunga cengkih

Bahan utama
  • Seekor ikan siakap saiz sederhana potong 4
  • perencah sup siam (paket purple)

Hiasan
  • ubi kentang
  • carrot
  • cellery
  • tomato
  • daun sup
  • daun bawang
  • cili api


Cara-cara

  1. Tumiskan bahan B dengan sedikit minyak hingga layu.
  2. Masukkan bahan A yang telah siap dikisar. Kemudian tambahkan sedikit air dan ubi kentang (optional).
  3. Masukkan perencah sup siam. Kacau.
  4. Bila dah menggelegak atau nampak ubi kentang dah lembut boleh mula masukkan carrot dan cellery (optional).
  5. Bagi carrot lembut sikit kemudian boleh masukkan ikan siakap.
  6. Masukkan perasa garam dan gula. (ajinomoto mungkin tak perlu sebab paste sup siam tu dah ada aji)
  7. Kacau perlahan sebab takut ikan hancur. Bila nampak macam ikan dah masak boleh tutup api, masukkan tomato, daun sup, daun bawang dan cili padi
Hidang dengan nasi panas dan telur dadar atau telur bungkus. Konfem mak mertua lalu pun tak perasan. Haha. Paling best bila siap makan suami cakap, boleh buat lagi lepas ni. Haha. Misi berjaya! Cuma kalau nak lagi betul-betul jadi macam sup ikan pak mat tu kena masukkan daging sekali. Sebab sup ikan pak mat ada daging sekali dalam tu. Hehe. 

Jimat lebih kurang RM80 untuk seketul ikan kat warung pak mat. Hee.

Wednesday, March 8, 2017

Food Processor Autumz Untuk Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

Assalamualaikum semua.

Lama tak menaip, sekali sekala menaip ni rasa macam janggal pulak. Tapi bila dah mula menaip dia jadi payah nak berenti. Haha. Tapi takpe, kita cuba buat seringkas mungkin.


12/02/17 hari tu genap la 6 bulan umur kesayangan Nur Aira Sofea. Maka mama pun excited la nak mula beri solid food pada Aira sebab kesian tengok dia bila dia nampak kami makan terjelir-jelir lidah tu ha. Kadang-kadang kalau makan sambil dukung dia siap nk rampas lagi makanan tu dari tangan kita. Haha. Kesian.

So mama pun gigih la beli food processor jenama Autumz kat Lazada. Beli hari ni, esok goyang kaki, lusa sampai. Senang dan mudah. Nak beli jenama Beaba macam anak Hanis Zalikha tu rasa macam tak mampu pulak. Guna bukan lama pun, nanti bila dia dah tak nak puree puree atau yang cair-cair ni dah tak guna dah. Ikut pengalaman masa ngan Amni, umur setahun lebih dia dah start makan bubur nasi yang lebik tu dah. Tak mau dah puree-puree ni. Hehe. Ok melalut pulakss.


So far, sepanjang guna food processor ni mudah memang la mudah. Sebab dia boleh steam makanan tu pastu blend terus kan. Dalam satu bekas tu je, makanya jimat la kerja membasuh bekas. Lagi satu tak yah la mamanya ni gigih keluarkan pengukus bertingkat mama tu nak steam sebatang carrot semata-mata. Lepas tu nak kena ambik blender pulak untuk blend halus. Memang jimat keje.

Kalau korang tanya, memang perlu ke beli food processor ni kalau baby dah boleh start makan? For me, tak wajib pun. Ni semua kehendak mamanya je ni, bukan keperluan pun. Sebab masa Amni dulu elok je mama guna cara manual tu, sihat sejahtera je si kakak comel tu. Hehe. Cuma anak kedua ni rasa macam nak la up to date sikit kan. Kah kah kah. Naseb baik papa mau sponsor.

Untuk yang bertanya harga Autumz Food Processor ni, beli kat Lazada hari tu RM184.00 dapat free sekali dengan bekas makanan baby 8x4oz.

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Mama dah excited beli stok sayur dan buah untuk Aira, sekali perut Aira mungkin belum ready lg nak terima makanan. Sebab lepas makan je Aira sembelit. Sampai menangis-nangis meneran, tapi tak keluar pun. Sedih tengok weh. So, mama buat keputusan untuk lupakan dulu makanan untuk Aira, tak sampai hati tengok dia menjerit nangis masa nak membuang. So, for now mama continue BF je si Aira, mungkin minggu depan atau nanti 7 bulan dah boleh start bagi solid food balik. Harap-harap perut Aira dah ok masa tu.

Wednesday, February 8, 2017

Resepi Kerabu Maggi Siam Yang Viral

Alkisahnya akhir-akhir ni ramai sangat orang duk tunjuk makan kerabu maggi siam ni kan. Bagi aku sndiri aku dah lama stat makan kerabu maggi ni since dua tahun lepas kalau tak silap. Masa tu first time makan kan Pekan Munduk, Thailand. Sedap giler weh. RM5.50 semangkuk. Ada udang, sotong. kubis dan carrot. Keasliannya terserlah sangat sebab lengkap dengan rasa masam manis dan masin. Tak payah komplen. Hee.

Kitorang ni bukan la sejenis keluarga yang gemar makan maggi terutamanya lepas mengandungkan Amni sebab tiba-tiba ada kesedaran tentang bahaynya maggi dan bla bla bla. haha. So, since mengandung kan Amni sampai la hari ni boleh bilang berapa kali je makan maggi nak dibandingkan masa student dulu seminggu tu ada 4 5 kali. haha. Student life kan wajib ada maggi bak kata orang. Hehe.

So balik kampung hari tu suami request la nak makan kerabu maggi tapi nak macam yang kat Munduk hari tu. Kalau korang pergi Kelantan senang sangat nak makan kerabu maggi ni. Sebab bersepah-sepah orang jual. Kat pasar malam pun ada, RM3.50 sebungkus. Tapi lauk dia banyaknya sosej sosej macam tu la. Takde la RM3.50 tu kau nak dapat lauk udang ketam sotong bagai. Kitorang pun beli la stok maggi siam ni dalam 6 bungkus.

So masa lunch hour hari Jumaat yang lepas gigihnya aku masakkan kerabu maggi ni. Nak masa hari biasa tak boleh sebab ni je satu-satunya masa di mana waktu rehatnya panjang sikit dan anak-anak takde kat rumah. Kalau buat time Amni ada konfem la dia akan mintak kan. Hee..tak mau la ajar dia makan maggi.

Meh cek resepi dia yang super senang ni. Tinggal malas atau rajin je. haha.

KERABU MAGGI SIAM

Bahan :


Haaa..ni la rupa maggi siam ni kalau tak kenal. 


Maggi Siam (wajib!! kalau tak de tak rasa la keaslian kerabu maggi siam..hehe)
Sotong
Udang
Sosej
Crabstick
Sayur (optional : carrot, kubis, daun sup, daun bawang)

**Bahan-bahan ni sukatan dia ikut anggaran sendiri je.

Cara-cara :

1. Celur semua bahan-bahan dia kecuali maggi. Sama ada nak celur semuanya sekaligus atau asing-asing terpulang pada tahap kerajinan anda. Kalau boleh asingkan la sebab tempoh empuk/masak semua bahan tu tak sama. Hee.

2. Celurkan bahan utamanya pulak iaitu maggi. Lepas tu jangan lupa toskan dan kemudian masukkan dalam mangkuk.

3. Masukkan perencah yang disediakan. Kemudian masukkan bahan-bahan sampingan kita, lepas tu gaul rata.

4. Kalau rasa tak cukup masam, sila perah limau nipis atau masukkan tomato then gaul rata.

5. Kalau nak rasa basah-basah sikit boleh la cedok air rebusan tadi sikit. Tapi jangan la cedok sampai berkuah pulak ye. Kan dah tak jadi kerabu maggi siam, tapi jadi sup maggi siam. hehe

6. Paling wajib sekali dia akhirnya, baca bismillah dan makan sesopannya.



Friday, January 27, 2017

theblooms.my : Perkhidmatan Suprise Delivery Terbaik di Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t

18hb hari tu birthday Mr Husband. So peningla kepala ni duk mikir apa nak buat pada hari kejadian sebab time tu duk kat kampung kat Kelantan. Kurang seminggu dari kejadian terpikir nak buat suprise delivery yang tengah duk hangat sekarang ni.

Mula mencari #suprisedelivery kat Instagram. Dalam banyak-banyak service suprise delivery dalam instagram tu, terpikat dengan insta theblooms.my sebab nampak ekslusif dan dia tunjuk terang terang harga dan pakej dia. So, me tak payah susah-susah nak tanya details. Haha.



Harga pakej yang disediakan. Boleh custom tau. Bincang je leklok ngan tokey dia yang muka
macam Mariam Alisa tu. hehe.

So korang korang yang berhajat nak suprisekan yang tersayang di sekitar Kota Bharu boleh la contact diorang. Personally dari aku sendiri, servis memang tiptop. Sebab aku siap request custom punya. Tak ikut pakej. Lepas tu masa pulak tak set sesiap. Hari kejadian tu baru konfem betul-betul masa. Tu pun siap mintak delay kejap sebab Amni duk berseronok dekat Kidzoona di Aeon Kota Bharu. Haha. Naseb baik diorang ni bagus dan melayannn sangat.

Brownies super sedapppp dari @inibronissland . Ada dalam pakej tau. 
Me cannot move on lagi dengan rasa brownies ni. 
Abaikan muka hakak yang kembang setalam tu. haha 


And, last but not least....Happy birthday suami. Semoga Allah merahmatimu dunia dan akhirat.

Monday, November 28, 2016

SHOPBACK : Dapatkan Wang Kembali Setiap Kali Berbelanja di Lazada, Agoda, Groupon dan Kedai Online Terpilih

Pembeli tegar di Lazada dan Agoda macam aku ni memang wajib la ada akaun Shopback ni tau. Kalau nak pergi jalan-jalan memang aku pilih untuk booking hotel kat Agoda. Lepas tu kalau nak beli pampers dan barang-barang rumah, anak-anak serta diri sendiri memang aku pilih Lazada. Dulu rajin jugak survey harga dekat 11 street dan shopee. Sekarang ni dah malas. Haha. Sebab biasa Lazada lagi murah dan kadang-kadang perbezaan tu sikit sangat.

So, biasanya bila kita shopping haruslah duit dalam bank kita akan berkurangan kan? Tunggu gaji la baru nak menambah balik pun duit tu. Hehe. Makanya hari ini, meh la kita sign up akaun Shopback ni sebab Shopback akan kembalikan duit ke dalam akaun anda setiap kali anda membuat pembelian di gedung-gedung terpilih mereka.

Jangan bimbang tentang isu penipuan Shopback sebab Shopback ni memang dah cukup terkenal di negara jiran seperti Indonesia, Singapore dan Filipina. So, apa lagi, jom sign up Shopback sekarang.



Okey, lepas dah sign up akaun ni, boleh la terus shopping.  

Tutorial shopping menggunakan Shopback untuk membolehkan anda earn some money. Follow je simple step ni okey. Ni original akaun aku okey. Baru 3 hari sign up. Rugi sign up lambat sebab banyak terlepas cashback. Huhu

Contoh korang nak shopping kat Lazada, so just klik kat Lazada macam contoh kat bawah tu. Selain Lazada, ada lebih 500 kedai yang bekerjasama dengan Shopback ni. Korang boleh tengok senarai kat View All Popular Stores ye.


Lepas klik Lazada tu akan keluar pop up macam ni. So, kalau kat Lazada, kite dah boleh agak berapa ringgit cashback yang akan kita dapat bila buat pembelian. Contoh korang beli barang elektronik harga RM95.00. So, kalau korang new customer dapat la cashback dalam 4% iaitu RM3.80. Paling best kalau korang beli yang bahagian fashion sebab cashback dia 12%. Banyak woo. hee.

Dah puas tilik, korang tekan je SHOP NOW tu sebab dah gatal tangan nak shopping kanss.

Tunggu dia loading sat naaaaa...


Lepas tu, Taraaaaaa...dah masuk ke kedai lazada, so korang shopping la puas-puas kat sini ye. Hehe.


Dah setel shopping macam biasa. Korang boleh la tutup dan tunggu je barang korang sampai dan tunggu je amount cashback yang akan korang dapat nanti di update dalam akaun Shopback korang.

WAJIB KORANG TAHU :-

1. Bagi membolehkan korang earn money daripada pembelian tu make sure korang buat pembelian melalui akaun Shopback ni. Kalau terus terjah ke Lazada punya rumah tu takde cashback ye. Means, setiap kali nak buat pembelian, log in Shopback dulu.

2. Nilai cashback akan muncul selewat-lewatnya 48 jam selepas pembelian dibuat. So, jangan pulak korang mengamuk lepas dah beli tengok duit tak naik-naik. Cepuk kepala kang.

3. Korang boleh mintak pembayaran dibuat bila duit dalam kat REDEEMABLE mencecah minima RM25.00.

4. Kena tunggu 76 hari baru boleh cash out tau.

5. Jangan lupa lepas sign up, sila update butiran akaun untuk membolehkan pembayaran dibuat.

6. Korang berhak mendapat bonus apabila anda meng'invite'  kawan korang.

7. Pembayaran nilai cashback adalah melalui bank transfer okey. Bukan cek macam nuffnang.

Untuk informasi lain korang boleh baca sendiri nanti lepas dah sign up okey. nak cerita kang panjang pulak. Cramp pulokss tangan korang scroll nanti. Haha. Dah ada akaun sendiri nanti pandai-pandai korang la godek ye.

Kot la korang lupa kat mana nak sign up kanss. Haa..kat sini ye. 

 SIGN UP AKAUN SHOPBACK

Okeyh, sekian makasih. Nak sambung godek-godek ni. Nanti akak dah berjaya buat payout  tu akak cerita lagi ye.

Friday, November 25, 2016

Bila Anak Tak Sihat


Jumaat lepas Amni demam. Dia kalau demam tak main la 37 atau 38 celcius. Terus shoot 39.4 celcius hari tu. Biasanya Amni ni demam sehari semalam je. Tak pernah melarat seingat aku.  Tapi kali ni demam dia melarat sampai 3 hari. Aku siap ambil emergency leave lagi isnin tu sebab susah hati nak tinggal kat pengasuh. Takut berjangkit dengan anak orang lain sebenarnya. Lagipun kerja pun tak tenang kalau anak sakit kan?

Hari Selasa tu demam dah kebah, cuma batuk dan selsema je masih bersisa.



Kemudian si Aira pulak berjangkit batuk dan selsema. Mana taknya, Amni yang berhingus tu selalu mintak cium adik dia. Bila larang dia punya mengamuk sakan giler. Mood orang tak sihat la katakan. Makan berselsema dan batuk la 2 beradik tu. Amni tu dah la culas makan ubat. Kalau demam pun masuk ubat bontot tu je la. Huhu.

Aira punya selsema dah kurang, cuma batuk yang masih teruk sampai takde suara. Korang bayangkan dia menangis pun terasa seksanya sampai kat kita tau. Rasa macam kalau boleh alih sakit tu, nak je alih kat kita. huhu.

Selama dorang batuk selsema ni aku cuma sapukan Krim Tropika ni je kat dada dan belakang badan. Alhamdulillah, tak de la teruk sangat terutamanya masa tidur. Korang kalau ada anak kecik better simpan sorang satu krim ni kat rumah tau.

gambo pinjam google. :)


Mood maknya pun swing je minggu ni sebab tak cukup tidur dan penat sebab lama tak kerja kan. haha.

Resepi Mee Rebus Terengganu

Musim hujan sejuk sejuk ni memang nyaman perut kalau dapat makan mee rebus yang panas-panas kan? Mee rebus ni antara makanan feveret dulu kini dan selamanya. Resepi mee rebus ni aku buat guna cara umi. Memang dijamin sedap dan mudah pulak tu.



Bahan-bahan
- mee kuning 500gm (1 paket)
- 7 biji bawang merah**
- 4 biji bawang putih**
- 1 sudu lada hitam ** (boleh kurangkan kalau nak kurang pedas)
- setengah sudu udang kering **
- sayur (optional : sawi, kubis panjang, carrot, tomato)
- ayam, udang, sotong, daging (optional)
- 3 biji telur

Cara-cara



1. Kisar semua bahan bertanda ** kemudian tumis dengan sedikit minyak dalam periuk.

2. Bila dah menggelegak, masukkan ayam, udang, daging dan sotong. Kalau boleh biar ada semua ni sebab air dari setiap bahan ni boleh menyedapkan lagi rasa mee rebus ni sampai ke tahap bintang. Hee. Kalau takde takpe la. Nak buat camane kan.

3. Tambah air secukup rasa. Biar berpadanan kuah kita dengan mee tu. Takde la nanti kuah terlebih sampai tak nampak mee. Hehe.

4. Bila ayam dah nampak macam masak, boleh mula masukkan mee dan sayur-sayuran. Disebabkan kat rumah i olls ada sawi je, maka kita campak sawi je la.

5. Pecahkan telur sebiji, sebiji. Biarkan telur tu masak sekejap, baru kacau. Kalau tak nanti dapat telur hancur. Hehe

6. Perasakan dengan gula dan garam. Kalau jenis makan pak aji, boleh la letak sekali. I olls tak makan so tak letak.

7. Dah siap semua boleh tutup api, then hiaskan dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan lada merah. Kalau nak lagi best boleh buat sambal kicap dan makan bersama mee.

Friday, November 18, 2016

Pengalaman Beli Deep Freezer Dari Lazada

Untuk anak yang kedua ni aku nekad nak start simpan stok susu EBM awal sebulan sebab kononnya nak cukupkan 2 tahun penyusuan untuk Aira memandangkan Amni aku tewas masa Amni umur 1 tahun 2 bulan . So first step haruslah aku perlu membeli deep freezer sebab peti sejuk kat rumah tu muat-muat untuk simpan stok ayam, daging, ikan dan bahan mentah lain je. Tak sedap pulak nak campur susu tu dengan bahan mentah tu.

Tanda sokongan suami, dia setuju nak belanja deep frezer seketul. Hehe. Harusla ku teruja kan. Laki i olls memang supportive bab penyusuan susu ibu untuk anak dia ni. Mintak je pape insyaAllah ditunaikan selagi mampu.

Mula-mula kitorang cuba survey deep freezer yang lebih kurang 100L kat Courts an Sen Heng. Tapi dua-dua takde stok. Gigih pulak kami cari kat kedai-kedai elektrik kat pekan Triang. Kebanyakan kedai ada jenama SNOW. Rata-rata harga dia dalam RM550-RM600. Jenama Sharp pulak harga dalam RM700 kalau tak silap. Jenama Hi Sense harga dalam RM650. Aku tak tau normally harga dia berapa so bagi aku harga dia agak mahal jugak la sebab sebelum ni aku pernah usha kat Lazada.

Lepas tu aku cerita kat suami, then dia cakap try beli kat Lazada je la sebab jimat masa dan harga memang jauh lagi murah. Lagipun hari yang suami aku nak pergi beli tu kedai semua tutup.

Dulu pernah jumpa kat Lazada deep freezer jenama Mastar 100L harga RM390 je. Tapi masa tu takde keyakinan lagi nak membeli kat Lazada. Yela, barang besar, takut la dia tak hantar sampai depan pintu. Buatnya agen call suh datang collect sendiri tak ke menangis. mana nak angkut van oi. haha.

Balik rumah tu aku terus bukak Lazada, then jumpa Hi Sense harga RM440 je. Postage RM45..Masih lagi bawah RM500. Terus aku beli.. hehe.



Dan alhamdulillah, sampai dengan selamat. Cuma kat body peti tu ada lekuk sikit. Tapi aku tak kisah pun. Asalkan boleh guna. Bukan nampak pun lekuk tu. hehe. Yang penting boleh simpan stok susu kat dalam.

And now, i'm a happy mommy. Rajin mengepam sebab teruja ada ruang khas untuk susu. Tak payah berebut dengan ayam udang dalam peti lagi. hehe.

Sekian cerita daripada pembeli tegar Lazada. Plastic milk storage, beg susu, sparepart pam susu, botol susu semua aku shopping kat Lazada je. haha. Siapa geng?

Thursday, November 17, 2016

Resepi Paprik Ayam Yang Mudah

Assalamualaikum w.b.t.

Paprik ni memang feveret aku selain tom yam. Kalau tomyam aku suka hirup kuah, paprik ni aku suka dia punya kepekatan kuah tu. Terasa kesedapan sos tiram dan haruman serai dan daun limau purut pulak. Fuhlamakk, meleleh air liur. Hehe.

Resepi paprik yang aku nak share ni resepi yang aku biasa buat bila nak masak paprik. Resepi ni senang, mudah dan yang penting sedap. Siapa la yang suka resepi yang renyah ye.

Bahan-bahan


Bawang Holland tak de stok masa ni. huhu.

-setengah labu bawang Holland (mayang kasar)*
-2 ulas bawang putih (ketuk)*
-2 batang serai (dititik)*
-daun limau purut secukup rasa*
-lada merah (optional)*
-2 sudu cili kisar
-2 sudu sos cili
-2 sudu sos tiram
-setengah sudu sos tomato (guna sebab takde tomato. Kalau ada tomato tak perlu la)
-sos ikan (optional)
-sayur (optional) : bunga kobis, carrot, putik jagung, kacang panjang dll
-beberapa ketul ayam dipotong kecil (boleh jugak ganti dengan udang atau sotong atau daging)

Cara-cara.

1. Mula-mula panaskan sedikit minyak. Lepas tu tumis cili kisar sampai garing tau.

2. Then masukkan bahan-bahan bertanda * dan tumis sampai naik bau.

3. Kemudian masukkan ayam dan tambah sedikit air.



4. Tunggu sampai ayam tu dah masak boleh la mula masukkan sayur. Letak je pape sayur yang ada kat rumah. sebab tu aku cakap resepi ni senang dan mudah. Jangan susahkan diri carik sayur yang takde. Hee.Untuk resepi ni aku letak bunga kobis ngan carrot je.


5. Tambah la air sikit kalau nampak macam kering sangat. Aku suka banyak kuah sebab tu aku letak air banyak sikit. Hehe.

6. Lepas tu last skali masukkan segala jenis sos yang dinyatakan tadi. Sos cili, sos tiram, sos tomato sesedap rasa ye.Then, cuba rasa sikit, kalau tawar tambah garam, takkan tu pun nak ajor. Haha.

7. SIAP.



Tips kuah pekat.
Biasanya kalau terlebih air kuah jadi cair kan? tak sedap la kalau kuah cair. Nak tambahkan sos boleh habis 1 botol sos tu kalau nak jadikan dia pekat. So, jalan pintasnya adalah korang bancuh tepung jagung dengan sedikit air, then masukkan sebelum tutup api. Kacau-kacau sikit. Lepas tu pekat la dia. Hee. Tapi aku tak suka sangat campur tepung jagung ni. So make sure masukkan air tu seadanya je.

Senang je kan. Sambil kunyah kuaci pun kau boleh masak ni. Lepas tu boleh la goreng telur dadar untuk dipadankan dengan lauk ni. Makan time panas-panas. Nyam nyam nyam.

Tuesday, November 15, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Kedua di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Kakak dan adik.

Alhamdulillah, 12hb Ogos hari tu aku telah selamat melahirkan puteri kedua. Amni dulu beranak awal 3 hari, so yang kedua ni harapannya nak beranak awal jugak la walau sehari dua sebab tak larat sangat nak usung perut. baju semua dah tak muat. Nak keluar rumah pun pikir 10x tau. Sebab tu tak saba-sabar nak kempiskan perut. haha.




Keluar tanda.

Akhirnya Allah dah tetapkan 12hb sebagai tarikh keramat tu. Pukul 5pg 11hb Ogos keluar tanda. tunggu sampai pukul 7 macam tu untuk bagitau umi yang tengah bersiap nak pergi mengajar time tu. Lepas tu bagitau suami yang masih kerja kat Bentong. Mintak dia balik segera, nanti kan tak sempat nak teman isteri cengeng ni lam labour room. Haha.

Lepas bagitau umi, umi terus bagitau Guru Besar nak mintak emergency leave. Pack mana-mana yang patut, then terus gerak pergi Hospital Sultanah Nur Zahirah. Perjalanan dalam sejam lebih jugak, sebab tu gerak cecepat. Takut tak sempat. haha.

Sampai kat Kuala Terengganu pukul 8 lebih. Disebabkan tak rasa sakit lagi, selamba badak je ajak umi pergi pusing-pusing Pasar Payang dulu. Pergi awal pun bukan terus bersalin kan? Umi cuak-cuak je nak bawak. Bahaya katanya. Tapi aku buat-buat request nak makan jeruk. Umi pun pasrah.

Admission room.

Dipendekkan cerita, dalam pukul 12 kot kitorang pergi serah diri sebab umi cakap bahaya biar lama-lama. Takut jadi pape kat baby katanya. Kali ni aku pulak pasrah.

Teruja nak bersalin kat HSNZ ni sebab wad bersalin bangunan baru. hehe. Memang sangat-sangat selesa. Mula-mula sampai aku daftar kat admission room dulu. Disebabkan aku masih sihat dan sangat aktif ke hulu hilir sampai makcik tu cakap "awak ni betul ke nak bersalin?" haha.

Masuk lam admission room tu, alhamdulillah dapat doktor pelatih perempuan, baikkk sangat. Masa tu jalan baru 2cm. Then doktor siapkan borang untuk masuk wad. Masa tu masih lagi tak rasa sakit. Tepuk pipi sendiri sebab takut la mimpi kan. hehe. Suami sampai dalam pukul 2 lebih camtu.

Dalam pukul 5 lebih aku dapat katil. Lepas tu nurse mula buat CTG. Bacaan tak comel katanya sebab lapar. Dia suruh pergi makan dulu then nanti datang balik. Mujur umi ada belikan nasi kukus. Mula-mula gigih tolak, sebab kenyang konon. hehe. Mekaseh umi. I love u. U are the best.

Lepas makan nurse pun ajak ulang buat CTG, alhamdulillah okey, Cuma nurse cakap tak nak cek jalan ke? Sakit dah 1:10 ni. Aku cakap tak pe la dulu, tak sakit sangat lagi. haha. Tak nak laaa aku. Buat sakit je. Tunggu sakit betul-betul baru aku menyerah.

Mula contraction.

Contraction start selepas isya'. Lepas sembahyang maghrib tu okey lagi berwasap-wasap dengan suami. Dalam pukul 9 lebih macam tu contraction datang sekejap-sekejap. Lepas tu yang aku perasan kalau turun tanda darah ni dia asyik nak terkencing. Sampai aku takut nak minum air sebab malas nak gi toilet.

Pukul 10 lebih dah tak tahan sangat, cek jalan baru 4cm. Makanya sambung berhuhu kat katil sambil ulang baca doa Nabi Yunus. Allah je yang tau sakit camane masa tu. sampai la pukul 2 pagi, nak lelap memang tak boleh. Pergi cek jalan dah 6cm. Alhamdulillah sangat.

Lepas tu masa nurse mintak baju baby, kelam kabut oi, sebab nak jalan tak boleh. Nurse yang tolong ambil. Nasib baik dah asing siap-siap.

Masuk labour room nombor 8 masa tu. hehe. Ingat lagi sebab dengar nurse tu jerit. " Ni staff, hantar nombor 8". Ceh, staff la sangat. Lepas tu bermula episod paling aku tak suka. Masuk branula kat tangan. Memang tak suka sebab pergerakan macam terhalang gitu. Lepas cek semua doktor cakap "Ready, dalam pukul 6 dia bersalin."

------------------------------------------------------------------------------------------------


Tapi kuasa Allah tu besar, dia tak nak aku sakit lama-lama. Pukul 3.16am lahirlah khalifah Allah s.w.t dan umat Nabi Muhammad s.a.w ke dunia. Nur Aira Sofea binti Mohd Zainuddin dengan berat 3.51kg. Semangat betul anak mama ye. Semoga Aira menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang. Aminn...



Thursday, June 9, 2016

Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil

Buat ibu mengandung yang ingin berpuasa perlulah meminta nasihat dan pandangan doktor terlebih dahulu. kalau yang ada masalah kesihatan tu biasanya doktor tak galakkan berpuasa kerana bimbang boleh memberi kesan buruk kepada kandungan. Kalau yang tak de masalah tu bolehlah teruskan niat berpuasa tu ye.

Lazimnya mindset kita akan cakap macam mana nak puasa sedangkan perut tak puasa pun lapar sentiasa. Betul tak?

So, ni nak share tips yang aku sendiri amalkan sepanjang mengandung sekarang ni. Even baru 4 hari, Alhamdulillah, tak terasa macam berpuasa pun.Badan rasa cergas je.

  1. Jangan tinggal sahur. Masa sahur tu wajib ambil karbohidrat tau. Lebihkan protein dan sayur-sayuran.
  2. Jadikan kurma sebagai jajan. Bermula lepas berbuka puasa tu, sambil tengok tv atau buat apa sahaja, isikan mulut dengan mengunyah kurma. Ramai yang tahu kelebihan kurma kan? So, amalkanlah. hehe.
  3. Minum air kosong secukupnya. Seperti mana kurma, air kosong pun perlu diambil dengan kerap. jangan tunggu dahaga baru nak minum. Kalau boleh, sediakan botol air kosong tepi katil, setiap kali tejaga malam, selagi belum imsak, minum air kosong tu.
  4. Jangan paksa diri untuk buat kerja yang memenatkan pada waktu siang terutamanya waktu pagi. Contohnya nak mengemop lantai atau apa saja kerja yang anda rasa memerlukan banyak tenaga. Buat sebelah petang jika tenaga berlebihan, atau buat saja pada malam hari.
  5. Mindset paling penting. kena set dalam otak, aku tak penat, aku tak lapar, aku nak puasa. Bila dah set macam tu, insyaAllah otak akan hantar signal pada badan. Masa tu kita akan rasa tenaga berlebihan. hahaa. Kalau duk pikir, lapar je memanjang, orang tak mengandung pun tewas. hehe.
  6. Amalkan meminum air nabeez. InsyaAllah tak terasa lapar atau dahaga sampai ke petang. Ibu yang menyusukan pun boleh cuba. 


Second Pregnancy

Alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi untuk merasai nikmat mengandung. Mingu ni dah masuk minggu ke 30++ usia kandungan. Tersenyumm bahagia sambil mengira detik nak skin to skin dengan baby.

Alhamdulillah mengandung kali kedua sama je dengan mengandung kan Amni dulu. takde alahan dan sakit yang teruk-teruk. Masih mampu berpuasa penuh setakat hari keempat ni. Malah mengandung kali ni bacaan hb lebih improve berbanding mengandungkan Amni dulu. haha. Kalau masa mengandungkan Amni dulu asyik merah je tulisan hb tu.

Apa beza mengandung kali pertama dan kedua?

Bagi aku, mengandung kali kedua ni kena paksa diri untuk jadi kuat. Kalau hari tu rasa lemau-lemau ke, kena jugak lawan rasa lemau tu. Sebab dulu masa anak sulong, kita just perlu bagi perhatian kat suami. Kalau tak larat, boleh je golek-golek tak payah hirau suami. tau-tau makanan dah tersedia. Kalau balik kerja rasa penat, boleh rehat sepuasnya. Tak payah hirau mende lain. Suami pun faham.

Tapi yang kali kedua ni mencabar sikit sebab kita ada anak yang sulung. Anak sulung ni, dah tau nak dapat adik, meragamnya lain macam. Tak nak sangat dekat papanya. lebih manja dengan mama. Mungkin terasa seolah-olah kasih sayang nanti dibahagi dua gitteww. Kalau balik keje, penat ke apa ke, tetap kena layan dia. Mandi pun dia tak nak ngan husband. Terpaksa la mak buyung ni jugak pergi mandikan. Sebab tu aku cakap mengandung kali kedua ni kena kuatkan diri. Nak rilek-rilek goyang kaki tu mintak maaf la. Baru nak baring sikit, "Mama, bangun..main masak-masak" "Mama, bangun, jom baca buku". Huhu. Nak tolak pun tak sampai hati. layankan aje. Perasaan mak-mak sangat kan?

Semoga dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan dan urusan bersalin nanti.

**Akhir-akhir ni cepat betul naik darah. Haishh, semoga diberikan kesabaran yang tinggi dalam apa jua keadaan.

Monday, December 7, 2015

Apa Nak Buat Bila Akaun CIMBCLICK Kena Suspened?

Minggu lepas aku silap masukkan password akaun Cimbclick sebanyak 3 kali yang membawa kepada akaun Cimbclick tu kena hack. Haha. Kelam kabut jugak kejap. Camane la boleh tersalah tekan lebih 1 huruf. Sobsss..

So, hari ni aku nak share apa yang perlu korang buat kalau nasib korang pun macam aku. hehe.

First of all aku call 1300 880 900 dan bercakap dengan operator. Alhamdulillah masa menunggu tak lama. bukan macam company As*** tu, nak bercakap ngan operator kemain lagi iklannya. Habis kredit. Huhu.

Lepas tu operator tu ajar step by step camane nak dapatkan balik akaun kita tu. Sila rujuk gambar di bawah ye. :)


ni adalah contoh rupa Cimbclick yang kena suspened ye. So kalau korang pun kena macam ni means kita senasib. Tahniah. hehe

First, korang tekan dekat perkataan Forgot ID/Password tu.


Lepas tu dia akan keluar satu page macam ni. Isi semua details di atas ye. Lepas tu click kat petak Terms and Condition tu. Then klik Agree & Continue.

Page lepas tu aku lupa nak snap. haha. Dia mintak TAC kalau tak silap. Lepas tu masukkan je TAC yang korang dapat kat henpon tu. Lepas tu dia akan mintak kita resetkan password atau proceed je dengan password lama. Aku pilih reset password. Harap-harap tak lupa lagi lepas ni. hehe.

Sekian terima kasih. :)





Tuesday, November 24, 2015

Pakaian Dinner ala Muslimah dan Sopan

Assalamualaikum w.b.t.

simple but nice. suka sangat dress camni.

Penghujung tahun macam ni biasa banyak la tempat yang buat majlis makan malam sempena penutupan tahun 2015 kan? Pening nak cari pakaian untuk dinner lebih-lebih lagi yang bertudung? Memang pun, sebab kebanyakan pakaian untuk pergi dinner mesti yang macam seksi seksa sikit kan. heee.

Fesyen pada hari ini merupakan industri yang pesat membangun. Kalau hari ni trend baju kurung moden, esok-esok dah glemer dengan dress pulak. Apa yang popular hari ni mungkin akan menjadi trend yang lapuk sebab dah ketinggalan zaman kata orang. SO kita kena la pandai pilih fesyen yang indah dan tidak ditelan oleh fesyen-fesyen terbaru.

Dah, tak payah nak pening-pening pikir kat mana nak dapatkan pakaian dinner yang sopan dan menutup aurat. Korang boleh dapatkan pakaian dinner Muslimah yang sopan dan menutup aurat tu kat Zalora je, Gedung membeli belah di hujung jari. heee. Berlambak pakaian muslimah moden tapi masih menutup aurat dan sopan.

Baju idaman. Opss.

Sekarang ni kan trend fesyen pakaian Muslimah yang makin menjadi pilihan buat fashionista kat luar sana. Ciri-ciri baju dinner Muslimah yang semakin popular ialah baju dress Muslimah yang mempunyai rekaan yang lebih moden dan bergaya terutamanya mereka yang berhijab.





Resepi : Kerabu Telur Masin yang Sedap dan Mudah

Holla!! Apa menu lunch korang malam ni? Hee..hari ni aku berbesar hati nak kongsikan resepi kerabu telur masin yang mudah dan sedappp sangat. Asyik makan telur masin kosong camtu je kan, sesekali meh la kita tukar selera.


First time makan kerabu ni masa zaman couple ngan suami dulu kat sebuah kedai kat Temerloh. Disebabkan sedap sangat, aku pun recommend kat umi masa beliau datang kat umah aku. Disebabkn keenakannya, umi pun perati la seketul seketul bahan yang ada dalam kerabu tu dan cuba buat sendiri kat umah. Mabeles sangat weh...menjadi. So hari ni nak bagi pahala mengalir untuk umi, aku akan kongsi 'kerabu telur masin umi style'.

Kerabu Telur Masin



Bahan-bahan.
4 biji telur masin siap rebus.
Daun kesum secukupnya.
1/2 kuntum bunga kantan.
1/2 biji tomato
Limau nipis.
1 ulas bawang besar
Cili api secukupnya

Cara-cara
1. Telur masin di belah 4 bahagian.
2. Cincang halus semua bahan kecuali limau nipis.
3. Gaul semua bahan yang dicincang then masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Lepas tu masukkan telur masin yang dibelah. Gaul sampai rata.
5. Perah limau nipis secukup rasa.

Dah dapat resepinya kan? ayuhlah kita masuk ke dapur. hee. Selamat mencuba.

Friday, October 30, 2015

Trip to Krabi : 2nd Day, 4 Island Hopping With Private Boat

Cerita hari kedua kami bermula dengan sarapan pagi sepantas kilat sebab takut kena tinggal ngan driver. kahkahkah. Kami pilih untuk buat 4 Island Hopping pada hari ni. So awal pagi lagi kami turun dari hotel pergi cari makanan. Untuk Amni especialy.

            
                                                Sarapan kami pagi ni, beli kat 7Eleven je. 180 baht kalau tak silap. boleh la buat alas perut.

Selfie kejap sementara driver datang pick up.
Dalam jam 8.30 lebih sampai la driver tuk tuk bawak kami pergi ke travel agency. Then tukar naik van pulak. Kami yang tak paham pape ni just follow je sampai la kami dapat tahu yang sebenarnya kami dibawa ke tempat yang salah. kami pilih pakej speedboat, tapi driver tu bawak kami pergi dekat jeti longtail boat. Naseb baik la ada sorang ejen company kami pilih tu bawak balik ke travel agency yang tadi.

Gambar naik tuk tuk. hehe
Malangnya, orang kaunter tu bagitau speedboat dah berlepas. Apa la kelakar sangat nasib kami. haha. Lepas tu dek kerana rasa bersalah, orang kaunter tu sudi berikan kami private longtail boat. Just tambah 200baht per person sebagai bayaran national park fee. Bila pikir baik dan buruk, kitorang setuju. private boat, tak yah susah tunggu orang lain siap mandi baru gerak, boleh duduk kat satu tempat tu lama mana pun kitorang nak, tak yah berimpit-impit, boleh selfie kaw-kaw. haha.

Amni macam biasa, nangis beria masa naik bot. haha..

Pharang Cave Island.

Turun je dari bot terus amek gambar. Itu wajib okey.
1st destination, kitorang pergi ke Phranang cave. Tempat paling best untuk mandi manda. Amni yang takut air tu pun boleh happy sampai kecut jari dia duk main air. Kalau lapar, kat sini ada longtail boat yang jual pelbagai makanan. Harga pun okey. pancake pisang pun ada. hehe. So tak perlu susah kalau tak bawak makanan. kat hujung pulau ni ada gua tau, tapi kiotang punya syok mandi sampai dah takhirau kat gua tu. hehe.

Dinasihatkan, kalau amek private boat, duduklah kat pulau ni lama sikit, sebab kat pulau ni je macam boleh mandi kaw-kaw, boleh jalan-jalan tepi pantaui sampau Gua Phranang kat hujung pantai. Kitorang singgah sini takdela lama mana sebab ingatkan nanti kat pulau lain nak main air puas-puas lagi, rupanya kat lain tak sebest kat sini. Menyesal tak duk lama-lama.

Main lambung-lambung Amni.
Kalau lapar boleh beli dari kedai atas boat tu. Yang depan tu adik aku okey, bukan tukang jual. haha


Chicken Island and snorkelling.


tu haa..sebab tu la namanya Chicken Island, bentuk pulau tu memang macam ayam. Ayam jantan ke betina kena tanya ayam tu sendiri la ye. haha. Kat sini kitorang just berenti dan menikmati bentuk ayam tu je. Then terus gerak ke tempat snorkeling, area-area Chicken island ni jugak. Aku tak join snorkelling ni, adik ngan en suami je yang menyelam. Tapi menyelam lah sangat, haha sebab boat kitorang tu berenti kat tempat yang macam tak strategik sangat. Cukup sekadar celup badan, mereka pun naik. haha.

Tup Island.


Gambar tak ready lagi dia dah snap. Pftt.
Kat sini pon boleh tahan best nak main air. Pulau dia kecik je. tempat kitorang mandi ni, boleh jalan kaki je redah air sampai ke pulau kat belakang tu, sebab sesetengah tempat air tak berapa dalam. Kitorang berendam kejap dalam ni, amek gambar, then naik bot sebab lapar sangat. Kebetulan bila naik private boat ni tak makanan disediakan, so kena beli siap-siap sebelum naik tu. Kalau amek pakej biasanya diorang sediakan makanan.

Aku beli nasi lauk paprik. Pedas sampai berasap telinga weh. Amni aku dah spare roti Gardenia dari Malaysia untuk dia. Lepas tu pemandu boat tu ada belah nenas dan bagi kitorang makan sekali. Manis sangat nenasnya. Pemandu boat kitorang ni walaupun tak reti bahasa melayu dan Inggeris tapi okey la...mudah berkomunikasi walaupun macam ayam ngan itik bercakap. haha

Haa..kalau korang jalan je straight kat belakang tu boleh sampai ke pulau tu. Sebab pasir kat sini tinggi sikit. 
Haa..nganga luas-luas. haha. Cantik kan air dia. Rindunyaaa...

Poda Island
Nampak tak muka Amni mengantuk tu. Kesian dia.
Last pulau kami pergi Poda Isand. Kat sini ada gerai makanan, ada tandas dan tempat salin pakaian. Disebabkan Amni dah sangat-sangat mengantuk dan penat main air, kami just turun cukup syarat je. Salin baju Amni, amek gambor sekeping dua, lepas tu blah. haha. Mat-mat saleh cam biasa la, mana-mana tempat pun diorang berjemur. kahkahkah.

Kitorang tak salin baju pun, biar dia kering camtu je. haha. panas terik hoi, tak yah susah-susah salin baju, sampai darat nanti baju dah kering. Sekejap sangat-sangat kami berhenti kat sini, pemandu boat tu nak gi ngeteh pun tak sempat. haha. Ini la untungnya naik private boat, boleh berhenti lama mana kita suka. Boleh terus ajak balik bila dah penat. Hee.

Selesai sudah aktiviti hari kedua kami. Balik hotel dalam pukul 1 lebih. Sebelum balik cam biasa, beli pancake dulu. haha. Amni dah ketiduran masa dalam boat lagi.

Amni yang penat. haha.
Balik hotel, lepas bersihkan diri apa semua, tertidur keletihan sampai petang. Petang tu pulak hujan, tak boleh la nak meronda. Malamnya kami sewa skuter Fino, 200baht sehari. Meronda cari makan dan shopping sikit-sikit. Nanti i olls share tempat makan dan shopping yang murah. Dah panjang sangat entry ni. haha

harga pakej?
1500baht untuk 4 Island Hopping with speedboat hari kedua dan Hot Steam Water Bath dan Emerald Pool untuk hari ketiga. Murah dan berbaloi sangat. (Ini harga yang kitorang dapat before kitorang naik private boat)

Tips nak pilih pakej?

Better korang spend time untuk pergi round round kat travel agency yang bersepah kat tepi pantai tu. Macam-macam harga diorang letak. So kena pandai pilih la. Malas nak gi survey? boleh je amek pakej kat hotel. Even hotel yang aku stay tu pun ada tawarkan  pakej diorang, mula-mula dengar macam murah. Tapi akak yang aku jumpa kat lobi tu nasihatkan pergi survey kat tepi pantai. Lagi Murah.

Kitorang pilih Rungtawan Tours untuk buat aktiviti sebab antara banyak0banyak tempat yang kami survey, dia yang sudi bagi harga paling murah walaupun 50baht berbanding kat tempat lain. hee. Lepas tu dia punya pekerja pun baik dan peramah. Jangan lupa cari Rungtawan Tour tau. Pekerja dorang pakai baju warna pink. Gambar kedai tak snap la pulak. hee. Ampun. Gambar boat je yang ada. Boleh la daripada takde langsung kanssss...


Thursday, October 29, 2015

Trip to Krabi : 1st Day di Ao Nang

Kitorang sampai kat Krabi International Airport dalam pukul 11 jugak la sebab flight takleh nak landing. dekat ngan sejam jugak pilot tu duk bawak pusing turun naik tempat sama. haha. kami ni yang duk eksaited nak sampai cepat, dia pi bawak round pulak. kehkehkeh. Pape pun masalah yang dihadapi, hanya yang berpengalaman je tau, kami duk lam flight duk renung jam je.

Turun je dari kapal terbang, kami pi scan mata. Hehe, check in kat imigresen dia rasanya. cop passport, lepas tu ambik baggage, terus cari tempat tukar duit kat airport tu jugak. Sebab kitorang memang tak tukar langsung duit sebelum tu. haha. last minute sangat kan? Nasib baik ada money changer kat situ. Nilai matawang kita dah jatuh, terasa sangat la masa tukar duit tu. pfttt...

Lepas tu nak ke Ao Nang kitoang kena pilih, bas atau taxi? Kalau bas 150baht perperson. Taxi plak 600baht satu taxi. Tak nak membazir punya pasal kitorang pilih bas. Ramai jugak mat saleh naik bas. Maknanya tak de la kami je yang tak nak membazir kan? haha.

Tak caye kitorang kedekut? Nah bukti. hahaha. Tiker ni jangan hilangkan tau. Sebab korang akan di drop ikut warna tiket korang beli.
Malangya, kami tak tau apa masalah, diorang drop kami kat satu travel agency. Diorang cakap kena tukar kenderaan. Tunggu dalam setengah jugak la baru sampai 1 kereta yang akan bawak kami pergi hotel, Perjalanan dari airport ke Ao Nang dalam setengah jam atau 45 minit camtu la.

Dalam hati, baik pilih taxi je tadi.

Sampai kat hotel kami, Ao Nang Smile, kami ingat nak check in awal sebab dah rasa melekit sangat badan sebab dari semalam lagi pakai baju sama. haha. malang lagi sekali, tak dapat sebab  bilik penuh. Sobss. Sambil menunggu, kami mandikan Amni. Anak harus diutamakan kan? hehe. Sambil-sambil tu ada sorang akak dari Malaysia jugak bagi kami tips nak pilih pakej untuk buat aktiviti. Nanti i olls kongsi lain ye. hee.

lepas Amni dah setel, waktu pun masih awal, kami pilih untuk ronda-ronda kawasan tepi pantai Ao Nang. Jalan kaki tak sampai 5 minit pun dari hotel ni. Best kan? 7Eleven pun bersepah-sepah kat sini. Family Mart ada. Restoran halal pun banyak. Tepuk poket tanya perut. hehe.


Masa terasa lambat berlalu. Ohhh...untuk pengetahuan, masa di sini lewat 1 jam dari Malaysia tau. jenuh kami nak menunggu waktu untuk check in hotel. sobss.

Amni menikmati air coklat yang dibeli dari Familymart. 120baht sekotak. hehe. Jenama Dutch lady versi Thailand kot. hee

En suami ngan Amni je. Mama nye tak nak enteprame sebab muka cam cekodok pisang. hahaha

Sambil-sambil jalan tu ternampak la money exchange ni. Bersepah rupanya money exchange kat sini/ Yela, kalau tak mesti nanti ada mat salleh makan tak bayar kes lupa nak tukar duit kan? haha. Tapi tipsnya kat sini, jangan tukar duit kat bank camni, better tukar kat pengurup biasa je. sebab nilai dia kurang sikit kat sini.
money changer yang bersepah kat tepi pantai Ao Nang. 
Sambil-sambil tu kitorang cari pakej untuk aktiviti esok. Lepas tu shopping baju sikit-sikit. Hari 1st dah shopping kan? hahaha. Dah la kena tipu. Mahal. puihh. Nanti i share tips tak nak bagi kena tipu ye. haha. Jangan jadi macam kami. Kesian kesian kesian. Tapi takpe, we oll is redha.

Pancake pisang marvellous....!!
Haaa..sebelum singgah hotel kami sempat singgah kat gerai pancake ni. Jangan cakap korang datang Krabi kalau tak pekena pancake pisang ni.

Balik hotel, mandi-mandi, rehat kejap..pastu keluar balik. Nak menikmati sunset. hehe. Ontheway ke pantai tu ternampak plak pelangi yang indah. Murah rezeki kami hari ni. hehe.

Pelangi..nampak tak? hehehe. 
SUNSET. :)
Kesimpulannya, hari pertama kami memang duk rehat je. Sangat-sangat menikmati percutian kami. haha. Bye, See u soon. haha